SJ-1873: SEBAB-MUSABAB, TAQDIR & MASALAH MURTAD

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1873: SEBAB-MUSABAB, TAQDIR & MASALAH MURTAD

Assalamua'alaikum Ustaz,

Mungkin soalan ni tak bersangkut dengan feqh. Tapi ana minta jasa baik Ustaz kalau tak keberatan menjawabnya.

Adakah terjejas iman kita sekiranya kita berkata seperti, "Ubat ni bagus sikit daripada yg hari tu. Cepat sikit sembuh sakitnya". Ataupun "Doktor tu tak bagus sangatlah, makan ubat dia lambat sembuh, kita pegi klinik lain lah". Atau mungkin juga spt yg selalu kita sebut "Dia meninggal sebab accident" - walhal semua yg di atas adalah tertakluk di bawah qada' dan qadar ALlah SWT.

Anggaplah soalan ini dalam keadaan seseorang itu tiada niat menafikan qada' dan qadar Allah dalam hal itu, cuma kata-katanya sahaja yg tidak menyatakan (mungkin terlupa dan tidak sengaja) bahawa Allah lah yg menentukan sembuhnya penyakit atau matinya seseorang itu.

Kadang2 ana confuse juga sbb iman apa yg ana tahu iman kita boleh gugur dgn sebab niat, perkataan dan perbuatan. So adakah perkataan2 seperti itu boleh menjejaskan iman kita dgn sbb perkataan? Sekian, jazakallah!

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1873: Soal Aqidah


Jawab:
Apa yg anda tanyakan itu masih dalam Fiqh, tapi Fiqh alAqaid, yakni hukum amali yg melibatkan aqidah dalam kehidupan harian. Walaupun apa pun tajuk yg berkaitan agama kita, boleh saja dikemukakan kepada kami. Jika kami tidak tahu, kami akan dapatkan pakar untuk membantu.
Apa yg anda risaukan itu diistilahkan sebagai," Hukum Menggantungkan diri pada Usaha." Ahli Usyul membahagikan kepada tiga jenis manusia:
1. Golongan yg bergantung penuh pada usaha dan ikhtiar dan menafikan campurtangan Ilahi (kuasa Allah). Contoh: Jika si fulan itu yakin jenis2 ubat dan jenis2 doktor yg terbaik adalah asbab kpd penyembuhan tiada campurtangan Tangan Allah sedikitpun. Cth yang lain: Orang yg datang ke kubur keramat dan menyerahkan nasibnya pada keramat Wali tertentu itu menolongnya. Jika dia memiliki keyakinan demikian, maka dia telah syirik.
2. Golongan yg bergantung kepada asbab atau usaha, namun dia lupa kepada siapakah yg memberinya kemampuan untuk berusaha dan memilih. Kealpaan dan kecuaian ini juga dianggap syirik tapi tidak mengeluarkan ia dari agama.

3. Bergantung kepada sebab dan usaha tapi diwaktu yg sama dia juga bergantung kepada Allah yg dari-Nya jua datang asbab dan kemampuan memilih bagi si fulan itu.

Maka golongan ketiga itulah yg perlu kita berada. Tidak salah umat Islam mencari ubat yg lebih mahal atau mendapat rawatan yg lebih canggih dan pakar yg ternama termasuk rawatan di luar negara atau hospital swasta yg masyhur kerana ia masuk hukum asbab dan ikhtiyari (manusia ada daya untuk memilih yg terbaik untuknya sesuai dengan kemampuan material yg dimilikinya). Namun ia tidak lupa akan Allah yg telah memberinya rezki dan kemampuan material untuk mencari pilihan yg terbaik dan dia bergantung kepada Allah di waktu yg sama. (Fatwa Kerajaan Arab Saudi, Syaikh Salih alUthaymin, Fatawa 'anil Iman wa Arkaanuh) WaLlahu a'alam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1873: SEBAB-MUSABAB, TAQDIR & MASALAH MURTAD

Sebagai tambahan kepada apa yang telah dijelaskanoleh Tuan Guru kita, Al-Fadhil Ustaz THTL :

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara dan kita amat mengalu-alukan soalan seperti itu kerana perkara iman dan aqidah adalah perkara yang paling utama dan yang paling patut diutamakan berbanding dengan perkara-perkara lain. Ini disebabkan aidah adalah laksana akar bagi sesebuah pokok, maka kalau rosaklah akar ( aqidah itu ) dek baja yang beracun ( fahaman-fahaman yang sesat lagi menyeleweng ) maka habislah – binasa semua bahagian pada pokok itu , samada buahnya , bunganya dan sebagainya !!!.

Soalan ini mengingatkan ana kepada penerangan daripada Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Mudir Ma’ahad Ehya’ Asy-Sharif , Gunung Semanggol , Perak Darul Ridzuan , tatkala beliau mengajar kami pelajaran Tauhid di sana di awal tahun 90’an ( beliau menjadi Mudir ketika itu ) . Beliau menyatakan begini ( lebih-kurang lah ye sebab ni dikira cakap ajuk ) :

“ Bagi setiap orang beriman, mereka hendaklah memahami perbezaan di antara SEBAB dan KERANA , lantaran kedua-duanya itu sebenarnya mempunyai makna yang berlainan. SEBAB adalah sebab-musabab, SEBAB ialah sesuatu yang kita boleh fikirkan kenapakah jadi begitu ? mengapakah terjadi demikian ? manakala KERANA pula merujuk kepada TAQDIR dan KETENTUAN ALLAH TA’ALA.

Jadi tidak salah andainya kita mengapa seseorang itu mati diSEBABkan termakan racun – sbg contoh – tapi mati itu adalah KERANA ianya sudah ditentukan ( ditaqdirkan ) oleh Allah Ta’ala. Di dalam Bahasa Arab kita namakan SEBAB itu sebagai “ illat “ ataupun “ sabab “ , manakala KERANA pula sering disebut sebagai “ LILLAH “ !. “

{ Tamat Penerangan Beliau } .

**************************************

PENJELASAN :

SEBAB-MUSABAB ialah “ cause and effect “ .

KETENTUAN ALLAH TA’ALA adalah “ Fate “ = Takdir @ Suratan Ilahi.

****************************************************
BAGAIMANAKAH BOLEH GUGURNYA KEISLAMAN SESEORANG ITU ? :

Ya ! memang benar gelaran @ title ISLAM yang ada pada seseorang muslim itu boleh gugur disebabkan 3 perkara :

1- Disebabkan lidahnya – seperti bertutur pertuturan yang boleh menyebabkan dia murtad.
2- Disebabkan perbuatannya – seperti kelakuannya yang boleh menyebabkan dia murtad.
3- Disebabkan kepercayaannya – seperti mempercayai satu kepercayaan yang boleh menyebabkan dia murtad.

Jadi , andainya seseorang itu berkata : “ Bagus ubat ni, kalau makan ubat ni nanti cepat sembuh “ ! . Maka perkataan ini hendaklah dirujuk kepada sejauh mana niat dan kepercayaannya . Kalau dia berkata demikian sebagai menyatakan bahawa MEMAKAN UBAT itu memang secara kebiasaannya ataupun lumrahnya BOLEH – MENYEBABKAN ( “ cause & effect “ ) SESUATU PENYAKIT ITU CEPAT SEMBUH , maka tidaklah dia murtad SELAGI dia tetap beriman dan percaya bahawa yang maha berkuasa menentukan segala-galanya termasuklah menyembuhkan dan menyakitkan adalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Tapi andainya dia betul-betul percaya bahawa ubat itu adalah SEGALA-GALANYA , hinggakan dia memang percaya bahawa ubat itu mempunyai kekuasaan mutlak ( total ) seperti kekuasaan Allah Ta’ala, maka di saat itu sudah tidak syak lagi dia telah mempunyai satu keyakinan dan kepercayaan yang boleh menyebabkan dia murtad dan terkeluar daripada agama Islam , Wa Na’uzubillahi Min Dzalik !.

Begitulah juga dengan kata-kata : “ Dia tu mati disebabkan kemalangan “ . Perkataan ini TIDAKLAH MENYEBABKAN seseorang itu menjadi murtad selagi dia beriman bahawa kemalangan itu hanyalah sebab-musabab, tetapi semanya itu dibawah ketentuan taqdir Allah Ta’ala ( kerana Allah Ta’ala ).

Namun, saya kira, tiada umat Islam yang pernah mendapat didikan Tauhid yang secukupnya yang tergamak mempercayai sedemikian !.

Dan dalam hal ini, kita tidak boleh TERBURU-BURU dan SEWENANG-WENANGNYA ( semberono ) men “ takfir “ ( mengkafirkan ) kan seseorang yang bercakap sedemikian kerana hukum mentakfirkan seseorang yang pernah menjadi Islam , asalnya adalah tugas seseorang Mufti. Andainya kuasa men “ takfir “ ini diberikan kebebasan kepada sesiapa sahaja, maka akan huru – haralah sesebuah masyarakat Islam kerana timbulnya budaya saling kafir – mengkafirkan sesama umat Islam !.

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana sekalipun ) , seseorang yang bertutur , berkelakuan dan mempercayai unsur-unsur yang boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam ( murtad ) hendaklah dinasihati ( dikaunseling ) oleh pihak berwajib dan diselidiki sedalam-dalamnya akan niatnya melalui sesi kaunseling itu sehinggalah akhirnya Si Mufti ( ataupun pihak berkuasa ) boleh mengisytiharkan hukum seseorang itu. Dan , semua lafaz , perbuatan dan kepercayaannya juga hendaklah dilihat kepada Niat si pelakunya. Lalu, barulah ditentukan keadaannya dan hukum ke atasnya.

**************************************

BOLEHKAH KEISLAMAN SESEORANG ITU TERBATAL @ GUGUR !?

Ya kenapa pula tidak !?. Lihat sahaja dalam hal mengambil air sembahyang ( wudhuk ) pun ada perkara-perkara yang boleh membatalkannya.

Sembahyang pun boleh batal ! Tawaf pun boleh batal ! Puasa pun boleh batal !………….itu perkara ibadat yang betul – betul ibadat “ mahdhah “ ( ibadat secara mutlak – total ) – pure worship !.

Main bola pun boleh batal “ fault “ , begitu juga dengan sukan tinju ( boxing ) dan semuanya boleh “ fault “ kalau tidak mengikut lunas-lunas dan ketetapannya – dan ini adalah perkara keduniaan dan sukan !.

Jadi betapa pula dengan masalah yang menyangkut dengan perkara yang paling-penting , iaitu perkara IMAN dan KUFUR !!! Sudah tentulah ada masanya seseorang Islam itu boleh “ fault “ ( terkeluar daripada Islam ) andainya dia melakukan salah-satu daripada 3 perkara yang telah dinyatakan di atas.

Ya ! masyarakat kita agak terkejut apabila mendengar BOLEHKAH KEISLAMAN SESEORANG ITU TERBATAL @ GUGUR !? kerana selama ini kebanyakkan masyarakat kita hanya didedahkan dengan pengajian Tauhid yang kebanyakkannya masih “ terikat secara totok “ dengan isi-isi dan gaya penulisan kitab – kitab tua.

Ataupun disebabkan yang diulang-ulang hanyalah perkara yang sama ….hanya menekankan hafalan dan kefahaman yang dangkal mengenai WUJUD , QIDAM , BAQA’ ……………sehinggalah ke akhirnya , samalah dengan masalah HUDUD, masih ada umat Islam yang mengatakan ianya tidak ada di dalam kitab Fiqh , lalu mereka pun menyerang bermati-matian golongan yang berusaha melaksanakan HUDUD ini . Ya ! bagaimanakah “ boleh ada “ ( disangka ada ) persoalan hukum-hakam hudud itu andainya yang diajar di dalam Fiqh hanyalah masalah TOHARAH , SOLAT, PUASA , ZAKAT, HAJI dan persoalan-persoalan yang sedikit , tanpa mahu melanjutkan pengajian Fiqh itu sehingga masuk ke dalam permasalahan PEMERINTAHAN , JIHAD , MASALAH HUBUNGAN KEMASYARAKATAN DAN SEBAGAINYA !.

Asas masalah yang berlaku ini samalah juga dengan kefahaman masyarakat yang masih cetek mengenai Fiqh ( dan juga Tauhid ) , mereka tidak mahu melanjutkannya ke bab-bab dan permasalahan-permasalahan lain sehingga yang melucukan ialah wanita-wanita yang dah “ putus-haid “ ( menopause ) pun, masih diajar permasalahan Haidh, Nifas dan Istihadhah !!!.

Masih ramai guru-guru yang mengajar Tauhid kepada masyarakat kita tidak mahu “ MENGOLAH “ pengajian tauhid itu sesuai dengan kefahaman umat Islam di masa ini . Dan sangat kurang juga yang mampu mengaitkan pengajian Tauhidnya dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di zaman moden ini daripada sudut serangan-serangan isme ( fahaman ataupun ideologi ) yang menyesatkan , bahkan mampu mengeluarkannya daripada Islam !!!.

Masih ramai guru-guru yang mengajar Tauhid , “ berapi-rapi “ kuliahnya di saat menerangkan kesesatan “ Ad-Dahriyun “ , tapi bila menghadapi “ Ad-Dahriyun Moden “ yang dikenali sebagai Sekularisme , Komunisme dan Athisme , guru-guru ini senyap-membisu kerana itu semua tidak tercatat di dalam kitab-kitab tua yang mereka gunakan. Dan yang malang juga ialah sikap sebahagian guru-guru yang tidak ambil berat permasalahan Kristianisasi ( Baptism ) yang dihadapi oleh umat Islam di masa kini hanyalah disebabkan ianya tidak tertulis di dalam kitab – kitab pengajian mereka ( konon-kononnya ).

Begitulah juga, masih ramai yang “ berapi-rapi “ kuliahnya di saat menyerang “ kaum Muktazilah “ , walhal mereka berdiam diri apabila menghadapi “ Neo – Muktazilah “ ( Muktazilah Moden ) yang bergelar “ Rasionalisme “ kerana “ ianya tiada tertulis di dalam kitab ini pun “ , kata mereka !.

Ramai juga yang “ naik syeikh “ ketika menyerang “ Kaum Jabariyah “ ketika membicarakan masalah Tauhid, tapi tidak pula sedar di zaman ini masih ramai yang berfahaman “ Jabariyah Moden “ , khasnya mereka yang suka menganggur , yang berdalihkan pepatah sang pemalas “ rezeki secupak, takkan jadi segantang “ !.

Kami di Al-ahkam.net ini BUKANLAH MENYALAHKAN guru-guru yang mengajar pengajian Tauhid dengan menggunakan kitab-kitab lama itu , TIDAK SAMA SEKALI !. Yang kami maksudkan ialah : Pengajian Tauhid itu mestilah diolah sesuai dengan kefahaman dan masalah-masalah semasa yang berlaku di zaman kini dan ianya mestilah dikaitkan juga dengan menerangkan isme-isme, fahaman-fahaman, ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah yang juga boleh menyebabkan seseorang itu murtad dan sesat !!!.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

28/ Rajab / 1423 H
11 / September / 2002 M

Ahad – Bandaraya Kaherah