SJ-1904: Jima' ketika puasa qada'

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1904: Jima' ketika puasa qada'

Assalamu'alaikum!

1) Ustaz, apakah hukumnya berjima' ketika puasa qada'? Anggaplah keadaannya ketika si isteri sahaja yg berpuasa sedangkan suami tidak berpuasa. Adakah dituntut kifarah "syahraini mutatabi'in" seperti berjima' ketika puasa Ramadhan?

2) Sebelum ini saya pernah bertanya ttg hukum bersalam dgn wanita yg telah putus haid & ustaz telah menjelaskan hukumnya. Bagaimana pula jika bersalam dengan wanita non-muslim yg tidak tahu ttg hukum Islam (dlm keadaan tidak menimbulkan fitnah seperti di khalayak ramai -> seperti mana yg selalu diamalkan oleh pemimpin2 Islam ketika ini ketika melakukan lawatan bertemu rakyat.)

3) Apakah cadangan terbaik yg mungkin Ustaz fikirkan bagi org awam seperti kami dlm menyambut salam (tangan) dr wanita non-muslim?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1904: Jima' ketika puasa qada'


JWB:
1. Jima' ketika puasa Qadha' dan Nazar tidak dikenakan kiffarat menurut semua madzhab empat besar fiqh hanya Qatadah yg mewajibkan kaffarat terhadap puasa qadha'. (Nailool Awthor, 6/395S=; Syarah Muslim lil Nawawi 5/88)
Wbmnp ia suatu dosa dan telah membatalkan puasanya.

2. Bersalaman dengan wanita ini bukanlah culture (budaya) Islam, tidak diamalkan oleh Nabi saw dan para salaf. AlQardhawi (Fatawa Mu'asirat) membolehkan jika salam itu berlaku secara spontan, ia dimulakan oleh orang lain dan kita tidak ada rasa syahwat. Prof M Qurashi Shihab dari Indonesia (fatwanya) menjelaskan haram ini ada dua jenis: haram kerana zat spt daging babi dan ada yg diharamkan kerana ia boleh membawa kepada yg haram. Misalnya berkhalwat itu diharamkan kerana ia boleh membawa kpd zina. Maka jika berlaku upacara salam itu dikhalayak ramai, ia tidak membawa kepada yg haram, maka bersalaman yg disaksikan oleh ramai orang, sudah tentu tidak akan mendorong kepada yg haram.

3. Dr Qardhawi (FM) menggariskan 5-6 panduan, antaranya: kita tidak memulakan salam itu (maksudnya salam itu dimulakan oleh wanita bukan Islam itu terlebih dahulu dan kita menyambutnya kerana dharurat); lelaki muslim itu menjaga hatinya supaya tidak ada syahwat yg timbul..WaLLahu 'alam