SJ-1912: mandi jenazah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1912: mandi jenazah

Assalamualaikum,

Dimulakan dengan ucapan tahniah dan syabas kepada para ustaz semua kerana berjaya mewujudkan suasana ilmu diruangan ini.

masalahnya..berkenaan dgn memandikan jenazah yg. pada anggota badannya ada sesuatu yg tidak sampai air kepada anggota. Contohnya kuku yg bercat atau rambut yang diwarnakan, yg mana bahan tersebut adalah kalis air. Setelah berbagai usaha dilakukan ianya masih tidak dapat dibuang, soalanya:

1. Adakah perlu kuku itu dicabut @ rambut digunting/cukur....
saya ada dengar pendapat yg sedemikian. Sepengetahuan saya kalau ianya tidak dpt.dihilangkan setelah berbagai usaha dilakukan (mungkin kehendak Allah) maka jenazah tersebut diuruskan begitu sahaja tanpa perlu membuang/menggunting mana2 anggota...wallahulam, Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1912: mandi jenazah


Jawab:
Kami juga berterimakasih kepada anda kerana menjadikan Ahkam Online sebagai salah satu destinasi Fiqh anda di alam Cyber.

Mengenai apa yg dikemukakan, tidak dibahaskan dalam kitab2 feqah kerana budaya mengecat kuku dan mewarnakan rambut selain menggunakan bahan asli seperti inai dan katam itu tidak dilakukan oleh umat Islam di zaman silam. Perbuatan mengecat kuku danmemanjangkannya atau mewarnakan rambut dengan warna-warni ini adalah amalan umat muttakhir, umat yg lemah dan tewas kepada budaya asing.
Jawapan kita: Jika pewarna (kuku atau rambut) itu termasuklah tatoo yg mustahil untuk ditanggalkan, maka biarlah dalam keadaan itu tidak perlu mencukur atau mencabutnya (Dr Wahbah, Fiqh Islami; Syaikh Albani, Ahkam aljJanaiz wa Bid'iha)