SJ-1942: Membezakan Bida'ah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1942: Membezakan Bida'ah

Assalamu'alaikum!

Apakah cara terbaik untuk org awam seperti kami membezakan yang mana bid'ah dan yg mana keadaan/perlakuan yg tidak dilakukan oleh Nabi SAW tapi tidak menyalahi syara'?
Contohnya, apabila Ustaz mengatakan berzikir atau mencium Al-Quran itu bid'ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan sahabat, namun org lain mungkin akan berhujah, "bagaimana pula dgn bersolat di atas sejadah yg berwarna-warni atau di atas carpet dsb? Itu juga tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW."

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1942: Membezakan Bida'ah


Jwb:
Mudah saja. yakni kita menerima-pakai peristilahan bid'ah yg dikemukakan oleh Imam asySyaatibi (W 1388M) ulama kelahiran Granada, Spain dalam kitabnya al_I'tisom, Bid'ah itu ialah "cara beragama yg dibuat-buat, yg meniru syari'at, yg dimaksudkan dgn melakukan hal itu sebagai cara berlebihan dalam beribadah kepada Allah SWT." (1/37) Dalilnya: (HR Bukhari-Muslim-Abu Daud-Ibn Majah, alMuntaqa 1/112)," sesiapa yg mencipta hal baru dalam urusan kita (urusan agama) yg bukan bahagian darinya, ia tertolak."
Kalau kita pakai definasi ini sahaja, maka mudahlah kita tahu yg mana bid'ah dan yg mana sunnah dan selain itu ia termasuk urusan kehidupan harian atau alami.
Pokok atau root Bid'ah itu suatu cara yg berlebihan dalam beribadah kepada Allah SWT.
Maka jika kita quote kepada contoh2 yg anda bawa:
a. Berzikir. Berzikir itu sunnah. Tapi berzikir secara beramai-ramai selepas solat bersama Imam, ia bid'ah sebab menyalahi sunnah zikir secara peribadi dan jika ada yg mendakwa zikir secara jama'ah itu lebih baik, maka itulah bid'ah
b. mencium musyhaf alQur'an. yang ada contoh ialah mencium hajarul aswad ketika tawaf tapi tidak ada contoh dari nabi untuk mencium alQur'an.
c. melengkapi mesjid dengan carpet berwarna-warni. Hamparan, fabrik, batu-bata, marmar, senibina mesjid, peralatan lain termasuk microfon, aircond, mimbar adalah sesuatu yg bersifat citarasa, kauniah, alamiah yg tertakluk kepada perubahan teknologi, perubahan iklim, geografi, citarasa etnik yg dibenarkan selagi mana ia tiada kaitan dgn ibadah. Contoh lain, Nabi saw memilih unta sebagai kenderaan pilihannya, manakala kita hari ini memilih kereta keluaran Proton, ini bukan urusan ibadah tapi citarasa yg dipengaruhi teknologi. Mesjid zaman nabawi berlantaikan tanah, manakala mesjid hari ini berlantaikan marmar dan carpet. Ini bukan bermakna orang yg berkereta hari ini melakukan bid'ah, begitu juga umat Islam hari ini yg solat di mesjid yg bermarmar, berhawa dingin dan bercarpet telah melakukan bid'ah. Rasionalnya orang yg berkereta dan meletakkan carpet di mesjid bukanlah suatu cara yg berlebihan dalam ibadah. Misalan yg lain, kita mendirikan Ahkam Online sebagai suatu bentuk dakwah Cyber, ia bukanlah bid'ah agama kerana dakwah menggunakan media Cyber bukanlah suatu cara yg berlebihan dalam ibadah. Kembalilah lagi kpd kami jika masih keliru. WaLlahu a'alam