SJ-1962: Kaifiat Solat Hajat/Istikharah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1962: Kaifiat Solat Hajat/Istikharah

Assalamualaikum.
Saya dah cari kat enjin pencari,ttp tak jumpa tajuk ni yang memuaskan hati saya berkaitan penjelasannya.
Bagaimana cara utk melakukan solat hajat/istikharah yang paling afdhal? Ini kerana saya bertemu dgn pelbagai bentuk solat,dan saya keliru utk memilih yang mana satu.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1962: Kaifiat Solat Hajat/Istikharah


Jwb:
Tatacara atau kaifiat solat2 sunat ini memang pelbagai dan ada pelbagai variasi kerana dipengaruhi oleh aliran dan madzhab atau Imam-imam fiqh.
Yang rajih (paling hampir kpd kebenaran) ialah kaifiat atau tatacara melakukan solat Hajat dan Istikharah ini adalah bebas asalkan dua raka'at, boleh dilakukan bila-bila masa (asalkan di luar waktu terlarang atau makruh) dan boleh membaca apa saja surah baik yg pendek atau panjang. Cuma do'a yg makthur semasa solat Istikharah boleh membaca do'a dalam hadis Bukhari riwayat Jabir ra; manakala solat Hajat pula tidak ada do'a yg khas. (Prof Teuku Hasbi asSiddiqiey, Pedoman solat Sunat, Pustaka Reszki Semarang)