SJ-1963: Najis & Tayamum 3

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1963: Najis & Tayamum 3

Assalamualaikum wmt wkt

1.Benarkah najis boleh berpindah dari satu tempat ke satu tempat seperti orang yang tidak berselipar berwuduk dan kakinya basah berjalan di atas lantai bilik air yang bernajis dan kemudian beliau masuk ke dalam masjid? Adakah masjid menjadi najis lantainya?

2. Tempoh hari THTL sudah menjawab tentang org yang uzur berwuduk..jadi apa yang perlu dilakukan jika untuk bertayamum pun tidak boleh disebabkan luka yang sangat parah... adakah beliau perlu solat dengan tidak berwuduk dan apabila sihat wajib qada` solatnya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-1963: Najis & Tayamum 3


Jwb:
1. Sudah tentu najis boleh berpindah spt yg anda sebutkan itu. Maka ahli qaryah yg tidak berselipar ke bilik air dan tanpa membasuh kaki terus ke ruang solat adalah suatu perbuatan orang jahil atau kanak2.
2. Kewajipan solat tidak gugur selagi akal masih ada. Dia boleh dibantu untuk bertayammum atau menyapu jabirah. Orang lain boleh melakukan untuknya (on his/her behalf)
WaLlahu a'alam