SJ-1989: Dakwah, Tarawih

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1989: Dakwah, Tarawih

Asasalamualaikum Wmt Wkt,Ahli Panel Ahkam

1. Adakah maksud dakwah dengan cerita dongeng itu bermaksud berdakwah menggunakan cerita rekaan yang tidak ada sebarang unsur Israiliyyat dan hadis mauduk.....bagaimana kalau dakwah dengan cerita yang direka tanpa mendakwa ia adalah kisah salaf, Nabi atau ulama?

2. Berkenaan solat tarawih, kalau lihat kepada falsafahnya ialah solat yang rihat...... jadi ini bermakna sebarang aktiviti yang mengganggu kerihatan harus dihindarkan?

Wassalam

Re: SJ-1989: Dakwah, Tarawih


Jawab:
1. Uslub atau approach fiksen (fiction) atau cereka (cerita rekaan) selalunya digunakan dalam menghasilkan novel, drama atau perfileman. Maka dakwah secara media hiburan alternatif spt menghasilkan novel, drama TV, teater atau filem cereka, maka dibolehkan menggunakan pendekatan fiksyen tapi dalam bentuk menimbulkan kesedaran atau pengajaran. Ia mestilah dibawah pengendalian pengarang, penulis skrip, pengarah dan pelakun yg baik atau soleh dan beriman. Ini pendapat beberapa ulama' antaranya Dr Nasih Ulwan rh dalam Hukm alIslam fi Wasail al_I'lam (Cairo, 1983), Qardhawi, Bayyinat alHal alIslami. Tapi dalam pendekatan dakwah yg lain spt kitab2 agama tulin dan tafsir atau ceramah/kuliah agama, mesti hanya dibawa kisah2 yg benar dan bukan fiksen sebab dalam khazanah Islam penuh dgn cerita2 yg banyak sekali pengajaran termasuk kisah2 Anbiya' sejak Adam AS, kisah Luqman, Khidr, ali Imran dsbnya (Syaikh Baz, Fatwa Daimah)

2. Benar, itulah amalan salaf mencakupi erti rihat yg membawa maksud tarawih setelah Qiyam (berdiri) yg agak lama setiap empat raka'at . Maka mengikut tradisi salaf, memang ia sepatutnya acara bebas tanpa ada pengisian apa-apa. (Albani, Solat tarawih) WaLlahu a'alam