SJ-2007: Pelbagai permasalahan..

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2007: Pelbagai permasalahan..

Assalamualaikum,
Disini, saya ingin kemukakan beberapa persoalan.

1. Solat Jumaat
Situasi skarang, diluar negara. Bilangan org Islam, hanya dlm linkungan 20 org shj (lelaki). Sekarang nie, ada bermacam2 pendapat mengenai solat jumaat.
Ada yg kata, kalau tak cukup 40, takleh nak buat. Dan ada pulak kata, boleh buat, hatta 2 org shj. Dan lagi satu, ada yg kata, kalau tak cukup, boleh buat TAPI, kena buat pulak solat zohor lepas tuh. Jadi skarang, yang mana satu betul?

2. Rukun khutbah
Hari tuh, kat tempat saya berlaku percanggahan pendapat mengenai hal ini. Pelajar MSia berkeyakinan, bahawa kalau tak cukup rukun, maka solat jumaat tak sah. Tapi pelajar negara lain kata, solat sah, sebab itu tanggungjawab imam, takde kena mengena dgn makmum. Imam yg salah, biar dia yg tanggung.

Pendapat ini disokong oleh seorang pendawah bebas yg datang ke tampat saya beberapa minggu lepas (dr Asia Barat).

Dalam erti kata lain, dlm solat jemaah, kalau imam tak ikut rukun, setakat yg saya belajar, solat imam & makmum tak sah! Kan..?? Tapi, pada mereka pulak, solat makmum sah, sebab yg salah imam. Antara hujah mereka, Allah maha mengetahui apa yg kita buat. So, solat sah!

Macam mana skarang ini?

3. Mazhab
Bila belajar di tempat orang, bermacam2 mazhab kita jumpa. Kekadang, jadi satu masalah pulak bagi kami pelajar Msia, nak join depa. Kita buat lain, depa buat lain. Depa, seolah2 nak pertahankan mazhab yg depa pegang, jadi susah kami dibuatnya.

Ada sorang uztaz Z dr Msia datang sini. Katanya, kita kena pertahankan mazhab Syafie. Jgn ikut sangat apa yg depa buat. Kalau depa tak nak terima pendapat mazhab Syafie, kita cari tempat lain utk ibadat.

So skarang, seolah2 perbezaan mazhab membuatkan kita org Islam susah nak bersatu dgn org islam lain, sekiranya ikut spt apa yg Ustaz Z kata. Apa yg perlu dilakukan?

Sekian, teima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2007: Pelbagai permasalahan..


Jawab:
1. Bilangan ahli Juma'at
Pendapat yg rajih (lebih tepat) ialah Juma'at adalah syi'ar agama dan boleh dilakukan hanya dengan berjama'ah dua orang. Pendapat Syafi'iyah (alUmm, 1/169) tidak disandarkan kepada dalil yg sahih. Imam Nawawi (alMajmu' 4/504) mengakui sendiri kelemahan sandaran madzhab Syafi'iy dalam menetapkan bilangan 40. Inilah pendapat ahli tahqeeq: Syaukani, Nailool Awthor, 2/262, dan Albani, Ahkam alJum'ah wa Bid'uha. Dalil syaikh Albani ialah Fatwa Umar alKhattab ra memerintahkan umat Islam diserata pelusuk daerah mendirikan Juma'at walaupun yg ada dua orang.
2. Pendapat yg rajih ialah tidak ada rukun khutbah. Apa yg disebut rukun2 khutbah itu hanya sunnat2nya sahaja. Sayyid sabiq, Fiqh Sunnah; Albani, Ahkam alJum'ah) Jika Imam batal solatnya, maka solat Imam itu batal dan solat makmum itu sah. Dalil : HR Muslim dan Abu Daud dari Abu Bakrah. (Ibn Hazm, alMuhalla 4/217
3. Perbuatan mengutamakan madzhab dari mencari kebenaran adalah perbuatan jahiliyah. Utamakan perpaduan kerana itu fardhu 'ain sedangkan perselisihan dalam ranting agama hendaklah berma'afan. Hapuskan ruh bermadzhab dan berpuak-puak kerana itu budaya lama yg sepatutnya kita jadikan iktibar. Carilah kitab2 fiqh Sunnah atau fiqh muqaran (fiqh perbandingan) untuk mengendurkan faham taksub madzhab ini. Era global dan ICT sepatutnya Muslim global dalam fiqh dan cepat dalam aliran maklumat agama dan realiti.
WaLlahu a'alam