SJ-2013: Puas nafsu dengan tangan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2013: Puas nafsu dengan tangan

Apakah hukumnya menyuruh isteri memuaskan nafsu suami dengan menggunakan tangan? Apakah hukumnya jika isteri enggan menurut kemahuan suaminya itu?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2013: Puas nafsu dengan tangan

Jawab:
1. Islam tidak menentukan teknik berasmara (bercumbuan) dan persetubuhan, melainkan ia terserah kepada budibicara pasangan itu, asalkan ia dalam batas2 susila agama, adab, nilai2 luhur ketimuran kita. Pokoknya teknik cumbuan dan jima' (seks) itu diredhai oleh keduanya. Seks memberi nikmat jika kedua pasangan itu suka melakukannya dan mereka juga bebas memilih teknik yg dapat memberi kepuasan kepada keduanya. (Dr Ismail Tamby, PKPPN)
jadi teknik menggunakan tangan, lidah, semuanya diharuskan.

2. Jika isteri enggan mengikuti stail suami, maka ini perlu kepada tolakansur, bukan suami menggunakan kuasa vetonya dan unsur paksaan. Carilah teknik seks yg disenangi oleh keduanya. Wanita cuma dilaknat jika enggan mengadakan hubungan seks dgn suaminya dalam keadaan dia tidak ada sebab berbuat demikian, sbgmn maksud alhadis asysyarif," jika suami mengajak isterinya ke katil (hubungan seks), tapi isterinya enggan, dia dilaknat Malaikat hingga fajar (Abu daud dan Nasa'iy). (Albani, Adabul Zifaf)