SJ - 2014 : KEKALKAH SYURGA (Lanjutan SJ-1979) ? .

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2014 : KEKALKAH SYURGA (Lanjutan SJ-1979) ? .

Assalamualaikum.

Terimakasih kerana memberi penjelasan isu tersebut. Jika tidak dibangkitkan maka saya sebagai orang awam tak tahu menahu mengenai kes tersebut.

Saya tertarik dengan Surah Hud ayat 107. Untuk penghuni syurga pula pada ayat 108 iaitu
"Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam surga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. "

Apakah yang berlaku pada ahli syurga menurut ayat ini?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2014: Lanjutan SJ-1979,


Jawab:
Sebaiknya kita kekal memegang dgn ijma' ASWJ yakni tidak mempertikaikan kekalnya syurga dan neraka. Siapa yg ingkar akan keabadian syurga, adalah kafir menurut ijma'. Adapun ayat yg anda sebut itu tidak dapat dijadikan hujah mengenai status syurga yg telah disepakati. Kita tutup kes ini dgn membawa hadis Muslim, 4/no 2188 (wahai penduduk syurga, kekallah tiada kematian, wahai penduduk neraka, kekallah tanpa kematian.)
Ijma' ini disebut dalam kitab Nawawi, syarah sahih Muslim, 10/291, Ibn Hazm, Maratib alIjma' no 173), Imam Ibn Taymiyah, Aqedah al Wasitiyah)

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2014 : KEKALKAH SYURGA (Lanjutan SJ-1979) ? .


SEBAGAI TAMBAHAN BAGI JAWAPAN AL-FADHL USTAZ THTL :

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara itu . Dan ayat yang menjadi topik utama perbincangan kita ini ialah ayat 108 , Surah Hud daripada juzuk ke-12 . Untuk memahaminya dengan lebih jelas lagi , kita hendaklah melihat Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada ayat ke-106 lagi :

ÝóÃóãøóÇ ÇáøóÐöíäó ÔóÞõæÇú ÝóÝöí ÇáäøóÇÑö áóåõãú ÝöíåóÇ ÒóÝöíÑñ æóÔóåöíÞñ
Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih) ~ Ayat ke-106

ÎóÇáöÏöíäó ÝöíåóÇ ãóÇ ÏóÇãóÊö ÇáÓøóãóÇæóÇÊõ æóÇáÃóÑúÖõ ÅöáÇøó ãóÇ ÔóÇÁ ÑóÈøõßó Åöäøó ÑóÈøóßó ÝóÚøóÇáñ áøöãóÇ íõÑöíÏõ
mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi , kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. ~ Ayat ke-107

æóÃóãøóÇ ÇáøóÐöíäó ÓõÚöÏõæÇú ÝóÝöí ÇáúÌóäøóÉö ÎóÇáöÏöíäó ÝöíåóÇ ãóÇ ÏóÇãóÊö ÇáÓøóãóÇæóÇÊõ æóÇáÃóÑúÖõ ÅöáÇøó ãóÇ ÔóÇÁ ÑóÈøõßó ÚóØóÇÁ ÛóíúÑó ãóÌúÐõæÐò

Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai kurniaan yang tiada putus-putusnya. ~ Ayat ke-108

T A F S I R A N N Y A :

Kami memilih kali ini Tafsir Al-Munir , hasil tulisan Al-‘Allamah Prof. Dr Wahbah Az-Zuhaily ( Dekan Jabatan Fiqh Islam & Mazhab-Mazhabnya di Universiti Damsyiq , Syiria ) . Ini disebabkan kitab tafsiran beliau menghimpunkan beberapa pendapat daripada ulama’ dahulu dan sekarang .

Menurut Prof. Dr . Wahbah Az-Zuhaily :

(( mereka kekal di dalamnya )) : Ertinya , mereka mendiami di dalamnya secara berterusan selama-lamanya . Maksud perkataan ini ialah untuk menunjukkan keabadian dan juga sebagai menafikan sebaliknya .

Dan harus juga diberikan pengertian bagi “ langit dan bumi “ di dalam ayat tersebut ialah “ langit dan bumi di waktu akhirat “ ( bukannya langit dan bumi yang kita lihat sekarang . Langit dan bumi di dalam bahasa Arab , khasnya di dalam ayat-ayat Al-Quran Al-Karim , tidaklah merujuk kepada langit dan bumi yang kita fahami di dalam bahasa Melayu kita semata-mata , akan tetapi langit ialah setiap yang berada di atas kita ataupun setiap apa sahaja yang menaungi kita . Manakala bumi pula ialah tempat kediaman – tambahan drp pendekar ) .

Dalil-dalilnya ialah :

Firman Allah Ta’ala di dalam ayat 48 , Surah Ibrahim :

íóæúãó ÊõÈóÏøóáõ ÇáÃóÑúÖõ ÛóíúÑó ÇáÃóÑúÖö æóÇáÓøóãóÇæóÇÊõ æóÈóÑóÒõæÇú ááøåö ÇáúæóÇÍöÏö ÇáúÞóåøóÇÑö

Ertinya : “(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan meraka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.

Firman Allah Ta’ala di dalam ayat 74 , Surah Az-Zumar :

æóÞóÇáõæÇ ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö ÇáøóÐöí ÕóÏóÞóäóÇ æóÚúÏóåõ æóÃóæúÑóËóäóÇ ÇáúÃóÑúÖó äóÊóÈóæøóÃõ ãöäó ÇáúÌóäøóÉö ÍóíúËõ äóÔóÇÁ ÝóäöÚúãó ÃóÌúÑõ ÇáúÚóÇãöáöíäó

Ertinya : “Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal".

Sudah semestinya di hari akhirat kelak ada sesuatu yang menaungi dan menjadi tempat bertapaknya ahli-ahli syurga , Maka yang menaungi itulah langit dan tempat bertapak itulah bumi .

(( kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain) )) Ertinya : “ Kecuali “ di sini menunjukkan kehendak Allah dan tiada satu apa yang berlaku di dunia dan di akhirat kelak melainkan semuanya dengan kehendak Allah – ( Dan kekalnya syurga dan neraka juga adalah dengan kehendak Allah , bukannya dengan kehendak selain-Nya ~ tambahan pendekar ) – dan semuanya itu adalah semata-mata untuk mengaitkan hukum-hakam ( sebab-musabab ) itu dengan kehendak Allah Ta’ala semata-mata .

Imam Ibnu Jarir At-Tobari ( rh ) mengatakan :

“ Orang-orang Arab biasanya kalau hendak mensifatkan kekal-abadi bagi sesuatu perkara itu . maka mereka akan berkata : “ Benda ini akan kekal selama adanya langit dan bumi “ , ataupun mereka akan berkata : “ Benda ini akan berterusan abadi selagi adanya malam dan siang yang silih-berganti “ .

Imam Az-Zamakhsyari mengatakan :

“ Ahli neraka bukan sahaja diazab di dalam neraka , bahkan mereka akan ditimpa pula dengan azab yang berbagai-bagai lagi selain daripada neraka itu , iaitu kemurkaan Allah Ta’ala , sebagai mana juga ahli syurga , mereka bukan sahaja mendapat syurga sahaja , bahkan mereka akan mendapati perkara yang lebih besar daripada itu , iaitu keredhaan Allah Ta’ala . Dalilnya ialah firman Allah Ta’ala yang menggunakan perkataan : “sebagai kurniaan yang tiada putus-putusnya “ .

“ Maka pengecualian di sini bukanlah menunjukkan ada tempohnya bagi kekalnya syurga ataupun neraka , akan tetapi untuk menunjukkan selain kehendak Allah Ta’ala untuk memasukkan ahli neraka ke dalam neraka itu , Allah Ta’ala juga berkehendak untuk menimpakan lagi ke atas mereka itu beberapa azab selain azab neraka itu . Seperti itu jugalah kehendak Allah Ta’ala bagi para penghuni syurga “ .

Imam Abu Haiyan (rh) menyatakan pula :

“ Pengecualian di dalam ayat Al-Quran itu jika merujuk kepada masa , maka ia bermakna : “ Melainkan masa lain yang Allah kehendaki , iaitu masa di mana makhluk tiada di syurga dan di neraka ( kesemuanya mereka tiada di dalam syurga dan neraka kerana dikumpulkan di padang mahsyar ) “ .

“ Tetapi kalau pengecualian itu merujuk kepada kekal ataupun tidak seseorang di dalam neraka , maka ianya bermakna : Melainkan orang-orang yang Allah kehendaki untuk keluar daripada neraka , tidak menjadi penghuni kekal di dalam neraka . Mereka yang dikecualikan daripada menjadi penghuni neraka selama-lamanya ialah orang-orang beriman yang melakukan dosa-dosa . Adapun orang-orang kafir dan msuyrikin maka mereka tetap di dalam neraka selama-lamanya . Manakala ahlu syurga pula , mereka tidak menghadapi apa yang berlaku kepada para ahli neraka , iaitu ahli-ahli syurga akan terus-menerus mendiami syurga “ .

K E S I M P U L A N N Y A :

Apa sahaja yang berlaku kepada para penghuni syurga dan neraka , sama ada mereka akan tinggal terus-menerus di dalam syurga , ataupun tinggal selama-lamanya di dalam neraka , ataupun tinggal sebentar di dalam neraka kemudian dimasukkan ke dalam syurga untuk tempoh selama-lamanya , maka semuanya itu adalah untuk menunjukkan kehendak Allah Ta’ala yang tidak boleh dipertikaikan lagi oleh sesiapa pun , kerana Dialah Yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya .

Maka , semua tafsiran di atas sama ada daripada kalangan ulama’ dahulu ( salafus-solihin ) ataupun ulama’ mutaakhirin ( moden ) tidaklah bercanggah dengan nas-nas Al-Quran Al-Karim itu sendiri .

Dan benarlah juga , apa yang telah dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz THTL di atas . Semoga Allah Ta’ala lebih memanfaatkan beliau untuk umat Islam sekalian . Amin .

R U J U K A N :

1 – AT – TAFSIR AL-MUNIR , JILID 12 , MS 150 – 153
Oleh : Al’-Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily
( Dekan Jabatan Fiqh & Mazhab-Mazhabnya , Universiti Damsyiq , Syiria )
Terbitan : Darul Fikr .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

17 / Ramadhan / 1423 H
22 / November / 2002 M

Jumaat – Bandaraya Kaherah

Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum