SJ-2067: Wujudkah `Iman yang sesat'?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2067: Wujudkah `Iman yang sesat'?

Soalan (1):
Saya selalu tertanya-tanya, dari manakah kekuatan dan keyakinan yang diperolehi oleh aktivis-aktivis bukan beragama Islam di dalam perjuangan mereka. Terdapat pejuang hak asasi manusia, sebagai contoh, yang bukan beragama Islam tetapi sanggup menghadapi dugaan dengan tabah dalam perjuangan. Apabila ditanya, jawapan yang diberikan oleh mereka ialah `Faith', bermaksud Iman. Adakah `wrong Faith' juga boleh memberi kekuatan, ketenangan kepada penganutnya sebagaimana Iman (`right Faith'), iaitu Islam. Mansor al-Hallaj pun sanggup diseksa sampai mati kerana mempertahankan doktrin syirik beliau. Saya hairan...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2067: Wujudkah `Iman yang sesat'?

Jawab:
Iman yg sesat itu dilonggok di bawah nama kufur. Iman yg benar ialah seseorang yg beriman dengan apa yg dibawa oleh Rasul yg terakhir dan beramal dengan apa yg dibawa oleh Muhammad saw shj. Ini dijelaskan dalam ayat Kursi: 2:257
Maka iman Islami melahirkan kekuatan yg hakiki dan diterima Allah sebagai amal salih, sedangkan iman yg fasid (iman sesat dan rosak) walaupun juga kuat tapi ditolak oleh Allah. Iman yg fasid ini tidak memberi kekuatan/ketenangan hakiki, cuba kita lihat sekulerisme, komunisme, kapitalisme, semuanya menuju ambang kehancuran, bahkan Komunis yg pertama runtuh. Kehidupan Barat termasuk USA dan Europe, adalah bumi yg diliputi jenayah berat dan London dianggap bandar paling tidak selamat didunia. Iman yg fasid ini juga ada kekuatan kerana Iblis juga kuat dalam kekufurannya. Dia sanggup memilih neraka dan meminta izin dari Tuhan untuk memperhambakan dirinya dan keturunannya menyesatkan iman yg baik. Kekuatan iblis atau maharaja Syaitan ini adalah kekuatan yg superficial sahaja. Mansor alHallaj sebelum dipancung, ia meminta untuk solat dua raka'at, nah dimanakah kekuatan alHallaj? WA