SJ-2100: Azan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2100: Azan

Assalamu'alaikum,

1) Adakah nas yg melarang kita berbual ketika azan?
2) Adakah nas yg melarang kita bersolat (sunat) ketika azan?
3) Jika waktu solat fardhu sudah hampir dan kita yakin azan akan berkumandang pd bila2 masa, adakah kita dilarang @ dimakruhkan untuk solat sunat tahiyatul masjid?
4) Ketika azan berkumandang, ramai org dilihat berdiri (mungkin menghormati azan). Akan tetapi adakah dalil mengenai perkara itu?
5) Apakah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika azan berkumandang?
6) Apakah perkara yang dilarang / ditegah utk dilakukan ketika azan? Jazakallah!

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2100: Azan

:wassalam
Jwb:
1. HR alBukhari-Muslim dari Abu Sa'eed alKhudry ra." apabila kamu mendengar azan, bacalah spt yg dilafadz oleh mu'adzin."
2. Fiqh Syafi'iy: dilarang keras solat sunat ketika azan. Alasan: untuk mendapat dua pahala: pahala jawab menjawab azan dan pahala solat tahyatul mesjid (Fiqh Islami 1/570)
Fiqh Hanbali dan Zahiri: makruh tapi boleh dan solatnya sah (alMuhalla, 3/147; alMughny 1/428)

3. Jika yakin azan akan dikumandang bila2 masa, perbahasannya spt no 2 (di atas)
4. Berdiri ketika azan merupakan ijtihad fuqaha' madzhab Jumhur termasuk Syafi'iy, supaya mendapat pahala solat sunat tahyatul mesjid.
5. Sunnah ketika azan berkemundang
a. meniru lafaz mu'adzin
b. berhenti dari semua jenis aktiviti (kecuali yg sedang solat)
c. menumpukan kepada azan
6. Perkara yg ditegah ketika azan:
a. menambah kalimah sayyidina dalam azan, tasyahud dan iqamah
b. membaca selawat beramai2 selepas azan
c. meninggalkan mesjid ketika azan berkemundang
d. mendirikan solat ketika azan
e. membaca alQur'an
f. berzikir (Ref: Prof Hasbi Siddiqiey, Pedoman Solat, PT Bulan Bintang) WA
:yess