SJ-2103: taharah (sambungan)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2103: taharah (sambungan)

Assalamu'alaikum wbt

Terima kasih kerana telah menjawab soalan saya sebelum ini
Saya sedikit keliru tentang bagaimana anjing dan khinzir dikategorikan sebagai najis mughalazah. Adakah khinzir dikiaskan kepada kenajisan anjing atau sebaliknya?

Merujuk kepada SJ-2089, tuan ada berkata yang khinzir itu haram memakannya sahaja. Adakah jika bersentuh dgn khinzir (basah atau kering) atau najisnya masih sama cara penyuciannya dgn penyucian najis mughalazah biasa?

Sekiranya baru disedari sabun yang digunakan untuk mandi selama ini mengandungi lemak khinzir, adakah perlu disucikan tubuh keseluruhannya atau adakah dianggap tidak perlu kerana ia telah berubah bentuk? Manakah pendapat yg lebih kuat?
Terima kasih, wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2103: taharah (sambungan)

:wassalam
Jawab:
1. Kenajisan khinzir memang dikiaskan dari kenajisan anjing bahkan lebih jijik dari anjing. Fiqh Islami
2. Kekeliruan dari SJ-2089: Fiqh Syafi'iy jika tersentuh dgn khinzir yg basah atau najisnya (kencing atau tahi) kena basuh 7X spt anjing. Jika dgn khinzir yg kering, tidak mengapa, memadai basuh dgn air sekali sahaja
3. Jika menggunakan sabun yg disahkan menggunakan lelemak khinzir, tidak perlu dibasuh 7X seluruh tubuh kerana ia mendatangkan kesulitan kepada seseorang sedangkan Islam itu agama yg mudah dan meringankan. Imam Aibidin dalam Hasyiahnya berpendapat jika sesuatu yg haram itu telah berubah sifatnya, maka hukumnya juga berubah. (Prof Hasbi Sidiqiey, Kuliah Ibadah, PT Rizki Putra, Semarang) WA