Sj-2118: Cara berdakwah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Anonymous (not verified)
Sj-2118: Cara berdakwah?

assalamualaikum w.b.t...

Bolehkah seseorang itu berdakwah dan dalam masa yang sama seseorang melakukan dosa atu maksiat? Contohnya, seseorang itu hendak berdakwah kepada sahabatnya yang selalu buat maksiat seperti pergi disko, minum arak dan dalam masa yang sama pendakwah itu terpaksa pergi ke disko dengan niat untuk berdakwah atau pun dengan maksud yang lain ialah pendakwah itu mengikut rentak sahabatnya itu dahulu. Apakah hukumnya dalam Islam? adakah cara ini dibenarkan dalam Islam.