Diskusi: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah Bhg 1

Primary tabs

Nota: Berikut ini adalah petikan diskusi di sekitar masalah mendekatkan antara mazhab Ahlus Sunnah dan Syiah. Kerana isikandungannya dirasakan bermanfaat dan diharap dapat menjelaskan kekeliruan perselisihan Ahlus Sunnah – Syiah, maka saya menerbitkan semula diskusi berkenaan di ruang utama al-ahkam.net.

Diskusi asal diskusi berkenaan dapat diperolehi di URL berikut:
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27149

File dalam format pdf akan disediakan agar para pengunjung boleh memuat turun dan seteruskan disebarkan samada dalam bentu elektronik atau cetakan.

zain y.s

 


 

------------------------------------

AbDuL KaReEm AdNaN - July 22, 2004 - 04:11 PM

Post subject: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah

------------------------------------

Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar orang membicarakan mengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan kurang jelas, kabur, dan negatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya bahawa syiah itu kafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan antara Syiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng).

Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap guruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari mushaf Uhtman dan lain-lain.

Justeru itu mereka membuat kesimpulan bahawa Syiah itu kafir. Mereka menegaskan bahawa memerangi Syiah itu mesti diutamakan daripada memerangi Yahudi. Padahal Yahudi tidak pernah membezakanya musuhnya sama ada Sunnah atau Syiah.

Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak mendalam, membuat rujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau kitab-kitab tertentu yang ditulis khas untuk melahirkan permusuhan di kalangan umat Islam.

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Quran dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAWA lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Quran dan Hadith Nabi SAWA.

Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Jafariyyah dan Zaidiyyah. Mereka diringkaskan sebagai ghulat.

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Jafar as-Sadiq AS pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Quran dan Hadith.

Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah Nabi SAWA kemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai oleh Imam Malik yang lahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah, Abu Hanifah yang lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150 Hijrah, Syafie yang lahir tahun 150 Hijrah dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal yang lahir tahun 164 Hijrah dan meninggal tahun 241 Hijrah.

Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang diketuai oleh A-Asyari yang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah tahun 330 Hijrah dan al-Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal 331 Hijrah?

Adalah suatu kenyataan bahawa orang di tiga abad pertama (di permulaan sejarah Islam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada mana-mana madzhab itu. Dan madzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga abad pertama, padahal itu adalah masa-masaa yang terbaik.

Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat, kedudukan pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa madzhab merekalah yang terbaik.

Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masehi dan meninggal 537 Hijrah bersamaan 114 Masehi, seorang Hanafi, telah menggambarkan kedudukan madzhab Empat/Ahlul Sunnah pada masa itu seperti berikut:

Jika mereka bertanya tentang madzhabku,

Aku berdiam diri lebih selamat,

Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,

Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,

Jika aku mengakui bermadzhab Syafie, mereka akan berkata: aku menghalalkan berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan.

Jika aku seorang Maliki, mereka berkata: aku menharuskan memakan daging anjing,

Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: aku meyerupai Tuhan dengan makhluk.

Dan jika aku seorang ahli al-Hadith, mereka akan berkata: aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Jilid, II, hal.494).

Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan madzhab-madzhab itu sendiri.

Dan di abad kemudiannya dihadkan madzhab kepada empat sahaja oleh pemerintah sekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali penentuan itu berdasarkan kepada Hadith-Hadith Nabi SAWA. Malah penentuan kepada empat itu adalah penentuan politik bagi menentang pergerakan Syiah Imamiyyah atau dalam erti kata yang khusus ialah pergerakan Ahlul Bayt.

Hanya di abad ketiga belas tiap-tiap pengikut madzhab menyenaraikan nama-nama pengikutnya seperti as-Subki menulis senarai nama-nama pengikut as-Syafie dalam bukunya Tabaqat as-Syafiiyyah al-Kubra.

Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab Empat/Ahlul Sunnah mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari Kebangkitan).

Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Quran adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAWA, tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Uthman yang digunakan oleh seluruh umat Islam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar atas arahan Khalifah Uthman.

Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah mengenai ayat al-Quran, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.

Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara iaitu (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadat, (2) Sembahyang, (3) Puasa, (4) Zakat, (5)Haji.

Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan jihad.

Ahlul Sunnah berpendapat bahawa Nabi tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada sesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul, mungkinkah Nabi yang menyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi beliau sendiri tidak melakukannya!

Syiah Imamiyyah percaya bahawa Imamah/Khalifah adalah jawatan yang dianugerahkan Tuhan kepada Ahlul Bayt khususnya Ali AS sebagai orang yang diwasiatkan untuk menjadi Imam/Khalifah berdasarkan kepada Hadith Ghadir Khum, Hadith AS-Safinah, dan lain-lain (Hakim Nisaburi;al-Mustadrak , bab kelebihan Ali).

Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah; Hasan, Husayn, Ali Zainal Abidin, al-Baqir, As-Sadiq, al-Kazim,al-Rida sehingga Mahdi al-Muntazar (Imam ke-12).

Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadith Imamah/Khalifah dua belas yang bermaksud:"Urusan dunia selepasku tidak akan selesai melainkan berlalunya dua belas Imam".(Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Bab al-Imarah).

Mereka juga dikenali dengan madzhab Jafariyyah iaitu dinisbahkan dengan Imam keenam Jafar as-Sadiq AS yang bersambung keturunannya di sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar as-Siddiq ibunya bernama Ummu Farwah bt. Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq.

Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (as-Sajjad) b. Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah az-Zahra bt Muhammad Rasulullah. Dan beliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

Ahlul Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya bahawa manusia adalah lebih mulia dari para malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang hampir (al-Muqarrabun) kepada Tuhan.Manusia dianugerahkan dengan hawa nafsu dan keilmuan berlainan dengan malaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu dan para malaikat disuruh sujud kepada bapa manusia, Adam.

Hanya Muktazilah yang mempercaya bahawa malaikat itu lebih mulia dari manusia, kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan baginya sujud malaikat kepada Nabi Adam adalah sujud hormatm bukan sujud yang bererti kehinaan.

Oleh itu Ahlul Sunnah dn Syiah Imamiyyah berpendapat bahawa Nabi Muhammad adalah lebih mulia dari semua makhluk Allah, termasuk malaikat.

------------------------------------

zain-ys - July 24, 2004 - 04:24 PM

Post subject: Re: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah

------------------------------------

[Salam]

Sdra cuba membawa idea syiah atau taqrib syiah dan sunnah. Idea ini jelas tidak dibenarkan di sini.

 

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar orang membicarakan mengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan kurang jelas, kabur, dan negatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya bahawa syiah itu kafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan antara Syiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng).

 

Gambaran syiah kabur dan kurang jelas? Bukan masalah terkeluar dari mazhab empat itu dikira menyeleweng. Kan banyak lagi mazhab2 lain dalam ahlus sunnah, kita tak kata kafirpun. Cuma mungkin mazhab2 itu tak wujud lagi, tapi ada termaktub di dalam kitab2 karya mereka. Dan, ada juga sebahagian pendapat mereka yg orang pakai.

 

 

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan, menganggap guruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari para malaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain dari mushaf Uhtman dan lain-lain.

 

Anta tak baca ker kitab2 muktabar syiah ttg benda ni? ustaz ziy@d boleh setelkan dan bantu sdra memahami hakikat syiah Imamiah.

Kalau nak maklumat lanjut ttg tahrif {quran lihat link ini...}

Tak percaya lagi? Cuba lihat imbasan dari kitab Araaun Haulal Quran, karya Ayatullah al-Fani al-Isfahani.

[Image]

 

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak mendalam, membuat rujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau kitab-kitab tertentu yang ditulis khas untuk melahirkan permusuhan di kalangan umat Islam.

 

Bukan masalah fanatik tetapi sudah memang syiah Imamiah menyeleweng, tentulah menjadi kewajipan umat Islam lain membenterasnya. Syiah Imamiah pula, perlulah mereka membetulkan penyelewengan mereka. Tak perlu keluar syiah dan masuk sunni, cukup buat pembetulan sahaja.

Kalau ajaran syiah imamiah tidak bermasalah dan tidak sesat, tak payahlah sdra ni nak susah2 nak jadi konon2nya orang perantara utk mendekatkan antara dua mazhab ni. Kita akan tahu sendiri. Kita tidak akan berbalah jika penyelewengan itu tidak wujud.

Satu lagi, kalaulah puak2 syiah ikhlas kata bahawa sunni dan syii sama sahaja kenapa masih mengumandangkan gendang2 kesesatan syiah di Malaysia ataupun di Indonesia? Kerana kalau dah sama, biarkanlah saja umat Islam di Malaysia dengan sunninya. Di Iran sana dengan syiinya. Sebab sama sahaja. Macam umat Islam malaysia dgn Syafiinya dan umat Islam Pakistan dengan Hanafinya. Org Pakistan tak sibuk pun macam sibuknya sdra atau gang2 syiah lainnya utk meng-hanafikan org2 malaysia.

Bahkan mamak/muslim keturunan India yg asalnya Hanafi tak ada masalahpun nak amal Islam di malaysia dalam suasana syafii. Malah mereka tak berkempenpun utk org lain jadi hanafi. Sebab, hanafi kah dan syafii kah, sama sahaja.

Namun ini tidak berlaku pada sunni dan syii, sebab syii/imamiah memang bermasalah.

 

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Yang dimaksudkan dengan Syiah yang menyeleweng ialah Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Jafariyyah dan Zaidiyyah. Mereka diringkaskan sebagai ghulat.

 

Tidak, syiah imamiah memang menyeleweng. Dan Syiah Imamiah juga ghulat. Sepatutnya tak perlu taqrib antara dua mazhab ni. Yang perlu ialah syiah imamiah perlu meluruskan isi ajaran mereka. Inilah taqrib yg sebenar2nya.

 

 

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan madzhab-madzhab itu sendiri.

 

Diaorang nak suruh sunni jangan fanatik, tapi syii macamana pula. Nak suruh org2 sunni berlapang dada dgn ajaran syii yg jelas menyeleweng. Lepas tu, mudahlah tarik orang ni ke lembah kesesatan syiah. Ala, taktik lama tuu.

Kalaulah syiah boleh berlapang dada, kenapa Syaikh Muhammad bin Muhammad Dhiya`i seorang ulama sunni Iran terima tekanan yg hebat di sana. Syeikh diumumkan mati oleh pemerintah Iran pada 20 Julai 1994. iaitu selepas seminggu syeikh hilang. Dan kaum keluarga syeikh percaya ada satu pakatan jahat di sebalik kematiannya.

Seorang lagi Ayatullah Al Uzma Sayyid Abu Fadhl bin Muhammad At Taqiy bin Ali bin Musa Ar Ridha Al Burqui, seorang ulama besar syiah yg akhirnya diberi Allah cahaya untuk keluar dari kegelapan dan kebatilan syiah imamiah. Beliau pergi ke pangkuan Ahlus Sunnah wal jamaah. Beliau mempertahankannya serta membongkar segala penyelewengan yg wujud dalam ajaran syiah Imamiah. Diterjemahkannya karya syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mukhtasar Minhaajus Sunnah ke bahasa Farsi dan menulis beberapa karya kritikan terhadap syiah imamiah.

Hidupnya selepas menjadi sunni amat memedihkan. Dia pernah diculik dan dikurung dalam penjara.

Sebelum itu, syeikh ahmad al-Kisrawi telah mendahulu al-Burqui bertaubat dari kesesatan syiah imamiah.

({Sila rujuk link ini utk penjelasan lanjut...})

 

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

 Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah mengenai ayat al-Quran, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.

 

Perbezaan biasa? Dalam kalangan mazhab2 sunni memanglah perkara biasa, tapi antara sunni dan syii perbezaan luar biasa.

 

[Wassalam]

 

------------------------------------

murid - July 24, 2004 - 10:54 PM

Post subject: 

------------------------------------

[Salam]

 Alhamdulillah, peluang tambah ilmu sudah datang.

 Ana dulupun terkeliru dan hampir termakan dakyah syiah ini.

Penerangan ustaz ziy@d dan tuan madini(bicara muslim cyber) banyak membantu ana dlm memahami betapa jauhnya jurang antara kita dan mereka.

 Teruskan sifoo..... :knight:

 

------------------------------------

Naza - July 25, 2004 - 02:53 AM

Post subject: Syiah....??

------------------------------------

fuhh..nasib baik ade org bg reply..kalo tidak ana dah terkeliru dgn pendapat mengenai syiah tuh.Tolong la sape2 lagik beri penjelasan pasal syiah dan kesesatan yg dibawenye...jazakallah.

 

------------------------------------

anakmurid - July 26, 2004 - 08:24 AM

Post subject: 

------------------------------------

Saya cadang saudara AbDuL KaReEm AdNaN jangan dok sibuk nak masukkan idea syiah dalam Al-Ahkam. Kalau ada masalah tanya aje....Ustaz di Al-Ahkam boleh jawab.....tak perlu bawa idea syiah di sini........

[pagebreak]

------------------------------------

AbDuL KaReEm AdNaN - July 26, 2004 - 11:23 AM

Post subject: Siapa yg menfatwakan Syiah sesat?

------------------------------------

adakah ulama-ulama muktabar pernah menfatwakan bahawa semua golongan syiah sesat?

 

------------------------------------

ziy@d - July 26, 2004 - 11:36 AM

Post subject: 

------------------------------------

[Salam]

anda perlu teliti buku2 atau kitab2 syiah terlebih dahulu. dalami apa kitab2 karangan khomeini. baru anda tahu tinggi rendah langit akan syiah ini. Banyak ulamak2 syiah keluar dan masuk ke ASWJ.

Sbg contohnya, As-Syaukani yg dahulunya Mazhab Syiah Zaidiyah. Al-Musawi, rakan karib al-khomeini, juga telah meninggalkan syiah kerana syiah penuh dgn ajaran yg pelik.

 

------------------------------------

zain-ys - July 27, 2004 - 11:38 AM

Post subject: Re: Siapa yg menfatwakan Syiah sesat?

------------------------------------

[Salam]

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

adakah ulama-ulama muktabar pernah menfatwakan bahawa semua golongan syiah sesat?

 

Cukup kita senaraikan 2 penyelewengan Syiah Imamiah. Jika sdra dari kalangan Ahlus Sunnah, sdra tak perlukan fatwa khusus dari ulama muktabar. Sdra sendiri pasti tahu apa hukumnya jika orang beritiqad seperti itiqad berikut:

1. Syiah Imamiah meyakini bahwa Al-Quran sekarang ini telah dirubah, ditambahi atau dikurangi dari yang seharusnya. (Al-Kafie, Kitabul Hujjah: I/417)

Ada tambahan "fii Aliyyin" dari teks asli Al-Quran yang berbunyi:

"wa inkuntum fii roibim mimma nazzalna ala abdina fa`tu bi shuratim mim mits lih" (Al-Baqarah:23)

Karena itu mereka meyakini bahwa: Abu Abdillah a.s (imam Syiah) berkata: "Al-Quran yang dibawa oleh Jibril a.s kepada Nabi Muhammad saw adalah 17.000 ayat (Al-Kafi fil Ushul Juz II hal.634). Al-Quran mereka yang berjumlah 17.000 ayat itu disebut Mushaf Fatimah (lihat kitab Syiah Al-Kafi fil Ushul juz I hal 240-241 dan Fashlul Khithab karangan An-Nuri Ath-Thibrisy)

2. Syiah Imamiah meyakini bahwa para Sahabat selepas wafat Nabi saw, semuanya murtad, kecuali beberapa orang saja, seperti: Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Dzar Al-Ghifary dan Salman Al-Farisy (Ar Raudhah minal Kafi juz VIII hal.245, Al-Ushul minal Kafi juz II hal 244)

Sekian, [Wassalam]

 

------------------------------------

tok pakir - July 27, 2004 - 01:39 PM

Post subject: sesat

------------------------------------

sesat kerana berbeza pendapat .. adakah ini yang jadi pegangan ahli fiqah ..

 

------------------------------------

zain-ys - July 27, 2004 - 06:38 PM

Post subject: Re: sesat

------------------------------------

tok pakir wrote:

sesat kerana berbeza pendapat .. adakah ini yang jadi pegangan ahli fiqah ..

 

hmmm....

Apa pula ini pegangan ahli feqah.. Ini pegangan Islam.

Perbezaan pendapat bukan dilarang, tapi ada batasnya. Perlukah dijelaskan lagi benda yang mudah, apa yang boleh dan apa yang tak boleh?

Contoh mudah:

Syafii berbeza dengan Hanafi, tapi tak adapun org kata Hanafi sesat. Umat Islam berselisih dengan Qadyani, semua umat Islam sepakat kata mereka sesat. Malah kalau tak kata sesat, maka mereka itulah yang sesat.

--------------

Dalam hal menambah-nambah isikandungan al-Quran pun, kalau dah ada orang kata itu tak sesat, itu hanya perselisihan kecil yg tak menyesatkan, saya tak tau nak cakap apa lah.

 

------------------------------------

abrar - July 27, 2004 - 10:07 PM

Post subject: 

------------------------------------

Berbeza pendapat dlm Islam itu biasa,ttp jgn taksub @ taklid itu luar biasa...

W/A.

 

------------------------------------

zain-ys - July 27, 2004 - 11:57 PM

Post subject: 

------------------------------------

abrar wrote:

Berbeza pendapat dlm Islam itu biasa,ttp jgn taksub @ taklid itu luar biasa...

W/A.

 

T/kasih abrar..

Ya, memang berbeza pendapat adalah dibenarkan. Namun dalam hal-hal cabang bukan dasar. Kalau hal-hal dasar dah diharu-birukan, masih ada yang boleh selamba dan masih boleh berlapang dada, dayus namanya. Kerana sanggup memejamkan mata tanpa mempertahankannya ketika syariatNya dipermainkan dan dirobek-robekkan.

Kalau ada orang kata bahwa Al-Quran sekarang ini telah diubah, ditambahi atau dikurangi dari yang semestinya, apakah ini perbezaan yang dibenarkan?

Kalau kita benarkan, bermakna, al-Quran yang ada ditangan kita ini bukan al-Quran yg sebenar. Ada lagi al-Quran lain yg isinya berbeza.. Kacau jadinya..

Perselisihan kita dengan syiah Imamiah bukan sekadar perselisihan feqh jatuh talak perlu saksi atau tidak. Kalau setakat itu, lantaklah.. Siapapun tak kisah. Tapi perselisihan dasar-dasar dalam agama.

Persatuan umat Islam! Umat Islam perlu bersatu..!! Bukan barat. Bukan timur. Tetapi kesatuan umat Islam!

Ah! Itu laungan mereka sahaja.

Imam Ali r.a. berkata, kalimah2 jenis ini adalah kalimah yang benar tetapi bermaksud batil.

Selepas mereka melaungkan persatuan dan kesatuan umat Islam, mereka mencerca para sahabat. Mereka mengeji umahaat mukminin.

Kalau sesiapa yang sanggup lagi berlapang dada dalam hal ini, maka apakah mereka itu layak dianggap sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah lagi?

[Wassalam]

 

------------------------------------

amir_alias - July 28, 2004 - 05:13 AM

Post subject: Re: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah

------------------------------------

AbDuL KaReEm AdNaN wrote:

Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Quran dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".

Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi SAWA lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Quran dan Hadith Nabi SAWA.

Wei, nak keco2 pasal perkataan Syiah tu ade dalam al-Quran ngan Hadis. Hujah yang langsung tak kuat, alasan tah hape2.

 

Kalo nak kata Syiah ade dalam al-Quran, banyak lagi ayat lain ade dalam al-Quran.

Perkataan Dan di sebut berkali-kali dalam Quran. Perkataan Katakanlah pun banyak kali gak sebut dalam Quran. Perkataan Allah lagi banyak sebut dalam Quran. Dalam Quran tu byk lagi perkataan2 yg menarik2 dari perkataan Syiah.

Takyah fanatik sangat sebab perkataan Syiah ade disebut dalam Quran. Nama kawan aku pon ade dalam Quran.. Saleh, Syuib.. banyak lagi. Takde lak dorang fanatik, sampai buat ajaran sendiri ke, ape ke.

Yang penting, kaji dulu Syiah tu dulu.. bandingkan dengan kecantikan Islam, keindahan Islam, kelembutan Islam.. segala sifaat2 murni Islam.

Gagahkah Islam kalau adanya Taqiyyah? Pengecut sungguh umat Islam kalo boleh berpura2.

Cantikkah Islam kalau adanya aqidah Rajah? Yang jelas ada unsur membalas dendam.

Adakah Islam agama yang menitik beratkan sifat2 yg terpuji jika menuduh/menghamun/memandang buruk orang lain dengan sesuka hati seperti abu bakar, umar berhala yahudi.. abu hurairah pengkhianat islam?

Adilkah jika syiah mengatakan hadis2 sunni berat sebelah kerana kurang meriwayatkan hadis2 dari Ali? Kata sedangkan Ali paling lama dgn Rasulullah.

Abes Syiah sendiri hadis2nya dok amek dari satu keturunan jek. Mana gi kengkawan Rasulullah yg lain? Kiranya hadis sunni lagi cantik, walaupun Syiah klaim hadis riwayat dari Ali kurang.. sekurang2nya ade gak. Malah bukan saja dari Ali, tetapi dari kesemua sahabat2 baginda.

Dua tahun dulu, kawan aku ajak aku join syiah.. member baik. Die syiah. Start dari tu dok baca, belajar pasal Syiah, makin aku belajar.. makin nampak Syiah tak cantik. Ajar orang berpura2, ajar orang berdendam, ajar orang agungkan manusia, ajar org menuduh org tu jahat.. org tu baik, ajar org berat sebelah, ajar org berhasad dengki.

Lagi satu.. ade lak ek, syiah sesat ngan tak sesat. Tapi kalo sunni, asal sesat.. mmg dah terkeluar dari sunni terus.. malah Islam. Takdenyer sunni sesat.

Sunni memuliakan semua pejuang2 Islam yg memperjuangkan Islam. Semua sahabat dimuliakan. Malah turut memuliakan Ali, keturunan2 Rasulullah.

Tapi Syiah dok, tak Imam Ali, Imam Husin, Imam Hassan, Imam Jaafar as-Sadiq, Imam Muhammad Baqir, Imam zain al-Abidin.. abes sumer keturunan. Dok ulang2 kat situ..

Sape fanatik sekarang? Dr. Kronik lar ko nih.

 

------------------------------------

tok pakir - July 28, 2004 - 01:58 PM

Post subject: syiah

------------------------------------

kenapa hendak menjatuhkan hukum yang tak pernah ada .. bukankah syiah juga beriman dgn allah dan mengakui kerasulan nabi muhammad s.a.w , layakkah saudara menyesatkan manusia yang beriman kepada allah dan rasulnya? fahami asas dulu jangan terus nak berhukum, berhujah membabi buta ... langsung tak berfaedah .. pandai sendiri , lupa diri .. maaf

 

------------------------------------

Fathoni - July 28, 2004 - 02:25 PM

Post subject: 

------------------------------------

Mengapa Syiah Wajib Ditolak.

Ana hanya bagi rumusan dari penulisan Ustz Rasul Dahri.

1.Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

2.Al-Quran Menurut Syiah yang ada sekarang diubah-suai, ditambah dan dikurangi

3.Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya.

4.Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

5.Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah

6.Syariat Syiah Yang Menyesatkan

7.Nikah Mutah

8.Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara percaya pada Allah, Keadilan, Kenabian, Imam dan Hari Kiamat.

 

Hmppphh :-k

Apa patut kita hukum pegangan camni agaknya?

[pagebreak]

------------------------------------

AbDuL KaReEm AdNaN - July 28, 2004 - 03:44 PM

Post subject: Islam

------------------------------------

Apsal nak gaduh-gaduh pasal sunni dan syii..??

Kalau sunni ada dalil yg mengatakan mereka betul dalam Islam...

Syii juga begitu..

Tujuan saya membangkitkan

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA AHLUL SUNNAH DAN SYIAH

bukan untuk saling kafir-mengkafir, sesat-menyesat

Saya cuma ingin berkongsi sedikit maklumat yg saya ada...

dan tak perlulah ia dibahas sehingga menjadi isu yg memecahbelahkan islam..

Memang diakui SUNNI dan SYII itu begitu berbeza..

tetapi ada persamaan

Islam di Malaysia ialah Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah

dan ajaran Syiah sama sekali tidak boleh dikembangkan di Malaysia..

Tetapi perlu diingat walaupun mereka berbeza pendapat mereka masih beriman dengan Allah S.W.T sebagai tuhan

dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

Aku tak berani nak kata semua syiah sesat sebab

kalau beberapa golongan sahaja yg sesat takkanlah korang nak kata mereka semua sesat?

Sepertimana yang berlaku di kalangan mereka yang mengaku sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah tetapi tidak mengamalkan ajaranNya

Adakah sebab mereka, kita akan mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah itu sesat?

ILMU MANUSIA TIDAK MELIPUTI ILMU TUHAN..

MANUSIA HANYA MENILAI, TUHAN YANG MENENTUKAN...

Fikir-fikir,

Renung-renung

Akhir kata

Salah dan silap harap dimaafkan...

Ramai lak perati, ingat aku syiah...sebab artikel pertama aku

aku nak tegaskan sekali lagi..

AKU AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH

jangan salah anggap lak

Wallahu alam

Nauzubillahi

 

------------------------------------

zain-ys - July 28, 2004 - 04:28 PM

Post subject: Re: syiah

------------------------------------

tok pakir wrote:

kenapa hendak menjatuhkan hukum yang tak pernah ada .. bukankah syiah juga beriman dgn allah dan mengakui kerasulan nabi muhammad s.a.w , layakkah saudara menyesatkan manusia yang beriman kepada allah dan rasulnya? fahami asas dulu jangan terus nak berhukum, berhujah membabi buta ... langsung tak berfaedah .. pandai sendiri , lupa diri .. maaf

 

Memang syiah beriman dengan Allah. Dan mengakui kerasulan Muhammad s.a.w. Qadyani juga beriman dengan Allah. Dan mengakui kerasulan Muhamad s.a.w.

Qadyani menyeleweng kerana mendakwa ada nabi atau rasul selepas Muhamad. Syiah imamiah menyeleweng kerana mendakwa al-Quran yg ada sekarang bukan al-Quran sebenarnya. Ia telah diubah. Mereka menyeleweng kerana mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w.

Bila orang kata Qadyani menyeleweng, anta angguk2 kepala. Bila kata imamiah menyeleweng anta tak terima.Peliklah anta ni. Bila para sahabat Rasulullah s.a.w.dikafirkan anta kata org yang kafirkan itu tak menyeleweng. Malah anta cuba nak pertahankan.

Barangkali anta tau apa maksud di sebalik mengkafirkan para sahabat? Maksudnya, kalau kita terima idea berkenaan kita kena pakai al-Kulaini. Kita kena buang jauh2 Bukhari dan Muslim. Apa ertinya pakai al-Kulaini dan buang Bukhari dan Muslim? Semua pembaca boleh jawab sendiri soalan ini.

 

tok pakir wrote:

layakkah saudara menyesatkan manusia yang beriman kepada allah dan rasulnya?

 

Layakkan sdra menghukum sebagai tidak sesat ke atas orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya tetapi meyakini ttg tahrif al-Quran dan mengkafirkan para sahabat?

 

tok pakir wrote:

fahami asas dulu jangan terus nak berhukum, berhujah membabi buta ... langsung tak berfaedah .. pandai sendiri , lupa diri .. maaf

 

Rupanya anta yg tak faham asas. Dan rupanya anta yang membabi-buta dalam mengeluarkan hukum. Anta keluarkan hukum kebalikan. Iaitu hukum kata tak apa pada golongan yang mengkafirkan para sahabat dan para ummil mukminin.

 

Dan anta yg lupa diri.

[Bersambung ke bahagian ke-2..]