SJ-2172: Solat ketika uzur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2172: Solat ketika uzur

:salam

boleh tak terangkan cara-cara sembahyang ketika uzur ,
yakni uzur kecil sehinggalah uzur yg berat.

wasalam.

Re: SJ-2172: Solat ketika uzur

:wassalam
Jawab:

Kami seboleh-bolehnya tidak gemar menjawab soalan berbentuk ta'alim (kuliah ilmi), kami lebih suka jika anda membaca dulu dan jika ada kekeliruan dalam memilih pendapat yg rajih (lebih kuat) atau meminta tahqeeqan, maka itulah peranan terbaik kami. Jika kami terpaksa menjawab secara bahan kuliah, ia menjadi panjang dan sukar bagi penjaring membacanya dengan pantas.
Wbmn pun dasar Ahkam Fiqh Online akan cuba melayan sebarang permasalahan sebaik dan seringkas mungkin:

Tatacara solat dalam keadaan Uzur:
Maksudnya tatacara Solat lima waktu yg diringankan.
1. Uzur kerana musafir (kembara)
Jika musafir dibolehkan qasar solat (memendekkan solat 4R kpd 2R) dan Jama' (menghimpunkan soalt Zuhur dan Asr // maghrib dan Isya'). Dalil: AQ 4: 101. Dalil Hadis: "solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat " (alBukhari)
Syarat solat safar:
Jumhur: perjalanan jauh yg ada masyaqqah (kesulitan), Cth: asah dalam Syafi'iyah: 88-89KM
Salafiya (Imam Ibn Taymiyah): Safar itu sendiri. Jika perjalanan itu dinamakan musafir, maka boleh jama'-qasr.

2. Uzur disebabkan unsur alam: hujan lebat, salji, banjir, banjir lumpur, dsbnya. Jumhur membolehkan jika berlaku kesulitan disebabkan unsur/fenomena alam (alMughny, 2/117)
3. Uzur disebabkan sakit atau kesulitan umum
Malik dan Hanbali membolehkan jika sakit atau uzur yg umum
(Ibn Qudamah, alMughni, 2/121). Syafi'iy tidak membolehkan (al-Umm, 1/76)

4. Uzur kerana ditimpa ketakutan, cthnya di medan perang.
Cara solat. Cara solatnya ada pelbagai cara yg akan ditentukan oleh komander perang, hatta boleh melakukan solat 4R hanya satu R shj (alMughni, 2/ 264, alHafeedz Ibn Qudamah memetik fatwa Imam Ahmad, harus melakukan semua tatacara solat khauf yg thabit dari Nabi saw mengikut kadar/tahap perang itu)
5. Uzur yg bersangatan atau ekstrim (ketakutan yg memuncak spt semasa meletusnya perang atau dikepung musuh. Boleh solat dalam bagaimana cara sekalipun, mengikut kemampuan termasuk body language. (Imam Qurthubi, Tafsir Q, 3/223) Dalil ayat AQ: 2: 239

6. Uzur kerana sakit
HR alBukhari 2/41 Imran bin Hussin ra mengadu bahawa dia sakit buasir, Nabi saw bersabda," solatlah berdiri, jika tidak mampu (solatlah) secara duduk dan sekiranya tidak mampu solatlah sambil mengiring." Versi anNasa'iy," jika tidak mampu secara mengiring, solatlah sambil telentang.

Tatacara sambil duduk, sambil baring dan sambil telentang hendaklah dirujuk pada mana2 kita fiqh atau perukunan.

6. Uzur kerana berada di dalam kenderaan (kapal laut atau kapalterbang). Boleh solat secara duduk jika ada halangan. Dalil: HR adDaruqtni, 1/390 dari Ibn Umar ra, Nabi bersabda mengenai solat di atas bahtera," solatlah sambil berdiri, kecuali jika kamu takut karam (jatuh kapal). "
Rumusan: itulah 6 jenis keuzuran secara ringkas, pendetailan hendaklah dibaca sendiri dan jika ada kesulitan memahaminya atau ingin berpegang dgn suatu pendapat yg rajih, kembalilah kpd Ahkam. WA