SJ - 2185 : 7 ORANG BERWAJAH SAMA

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2185 : 7 ORANG BERWAJAH SAMA

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Adakah terdapat nas yang sahih mengatakan bahwa “dalam dunia ni ada 7 org yang berwajah sama”?? dan hukum mempercayainya?

Wallahua’lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2185 : 7 ORANG BERWAJAH SAMA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2185 : 7 ORANG BERWAJAH SAMA

Alhamdulillah , segala puja-puji hanyalah untuk Allah Ta’ala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .

Selamat bersua kembali dan terima kasih kami ucapkan kepada Saudara VhoutenJr yang budiman . Nampaknya setelah sekian lama saudara tidak pulang bercuti di kampung , saudara sekarang dapat juga sekarang bersenang-senang di kampung dan juga “ membalas dendam apabila dapat “ mengadap komputer “ dengan menghantar banyak soalan ke al-Ahkam Online .

Alangkah bagusnya kalau semua pemuda / I bersemangat seperti saudara untuk mempelajari agama Islam . :yess

Ishh…macam-macam dan beraneka rupa pula soalan Saudara VHOutenJr ni ya . Walau bagaimana sekalipun , kami akan tetap cuba menjawabnya sekadar ilmu dan kemampuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala ini .

Setahu kami ( berdasarkan ilmu pengetahuan kami yang sedikit ini ) , tidak ada sebarang nas ( bukti ) yang sahih yang ada menyatakan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda sedemikian .

Walaupun begitu , banyak juga perkara yang tidak pernah disebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w akan tetapi kita BOLEH juga mempercayainya , di antaranya ialah : Kepercayaan bahawa memakan Tongkat Ali boleh menyebabkan seseorang itu kuat . Percaya bahawa sesiapa sahaja yang memiliki “ lesen terbang “ kelak nanti akan ditangkap oleh JPJ . Percaya bahawa di dalam al-Ahkam Online ini terdapatnya mereka yang baik hati dan suka menyumbang derma untuk perjuangan Islam ( khasnya kepada al-Ahkam Online ) .

Begitu juga ada kepercayaan yang MESTI kita percaya dengannya walaupun ianya tidak pernah disebut langsung oleh Baginda Rasulullah s.a.w , contohnya ialah :

2 X 2 = 4
1 + 1 = 2
Bapa lebih tua daripada anak
Setiap benda / jisim sudah tentu memenuhi sesuatu ruang

Begitulah juga dengan masalah 7 orang berwajah sama ini .

Menurut ahli-ahli Biologi , di dalam dunia ini terdapat 7 orang yang mempunyai wajah yang sama / hampir sama ( sama tetapi tidak serupa ) . Dan tidak mustahil , daripada teori inilah tercetusnya idea untuk mengkaji konsep dan kaedah pengklonan manusia .

Itulah kata mereka , dan terpulanglah kepada kita sama ada hendak percaya kepada kata-kata itu ataupun tidak . Percaya kepada teori itu tidaklah merosakkan iman kita dan tidak percaya juga tidaklah menyebabkan kita akan berdosa , kecualilah kalau kita percaya bahawa Allah tidak berkuasa mencipta 7 orang yang berwajah sama , bahkan seiras . SubhalLah ‘an misli hadzal qaul ( Maha Sucilah Allah daripada kata-kata ini ) .

Dan kalau teori itu memang benar , maka itu LEBIH MENAMBAH keyakinan kita kepada kehebatan dan kekuasaan Allah Ta’ala untuk berbuat apa sahaja , dan kalau teori itu tidak benar , kita tetap yakin bahawa Allah Ta’ala itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana di dalam mengatur perjalanan alam maya ini .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
03 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
03 / Jun / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum