SJ - 2186 : HUKUM MENERIMA WASIAT DRP BUKAN ISLAM

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2186 : HUKUM MENERIMA WASIAT DRP BUKAN ISLAM

:salam

APA PANDANGAN ISLAM TENTANG WASIAT. BOLEHKAH KITA MENERIMA WASIAT DRP ORG BUKAN ISLAM.JIKA BOLEH APAKAH YG HARUS KITA LAKUKAN TERHADAP WASIAT ITU.

WASSALAM.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2186 : HUKUM MENERIMA WASIAT DRP BUKAN ISLAM


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2186 : HUKUM MENERIMA WASIAT DRP BUKAN ISLAM

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara And tersebut. Jawapan kami adalah berdasarkan butiran-butiran berikut :

Pertama : APAKAH WASIAT ITU ? :

Wasiat menurut pengertian asal di dalam B. Arab ialah :

( Satu perkara yang menjadi isi perjanjian untuk dilaksanakannya selepas kematian orang yang mewasiatkannya ) .

Sedangkan menurut Istilah Fiqh pula :

( Wasiat ialah satu hak-milik yang akan didapati – oleh yang menerima wasiat - selepas kematian si pewasiat, sama ada ianya berbentuk barang-barang ataupun manfaat-manfaat , yang kesemuanya itu diperolehi dengan cara pemberian ) .

Kedua : BOLEHKAH SESEORANG MUSLIM ITU MENERIMA WASIAT DARIPADA BUKAN ISLAM ? :

Sepanjang pengetahuan kami – yang sedikit ini – TIDAK ADA SATU PUN TEGAHAN DI DALAM AGAMA KITA yang menegah dan melarang seseorang muslim itu menerima wasiat daripada orang yang bukan Islam .

Bahkan yang kami temui , ialah beberapa fatwa dan kenyataan yang membenarkan seseorang muslim itu untuk menerimanya. Berikut adalah kenyataan-kenyataan beberapa orang ulama’ terkenal mengenai hal itu :

A- Fatwa Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha ) :

Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar ini menyatakan di dalam web Islam.online bahawa , menerima wasiat daripada bukan Islam itu adalah sama hukumnya dengan menerima sedekah ataupun sumbangan daripada orang-orang bukan Islam .

Ulama’ mazhab 4 sendiri membenarkan untuk kita bermualamah ( berurusan ) dengan orang-orang bukan Islam termasuklah di dalam menerima sumbangan-derma dan wasiat mereka .

Al-Imam asy-Syafi’e ( rh ) sendiri menegaskan bahawa boleh kita menerima sesuatu wasiat ataupun sumbangan daripada orang bukan Islam , walaupun diniatkan untuk membina sebuah masjid . Kerana walaupun membina masjid itu bukanlah satu ‘ibadah bagi si pewasiat itu ( yang bukan beragama Islam ) , akan tetapi ia adalah ‘ibadah pada kita ( orang-orang Islam ) .

Dan pandangan Al-Imam asy-Syafi’e ( rh ) ini juga disokong di dalam kitab “ Kifayatul Akhyar “ ( Jilid 2 , ms 30 ) hinggakan kalau seseorang pewasiat yang bukan Islam itu telah berwasiat untuk memberikan sumbangannya untuk membaiki dan mempeluaskan Masjidil Aqsa di Palestin , maka wasiat itu tetap SAH dan boleh diterima .

Dan begitulah juga pendapat Al-‘Allamah Imam Ibnul Qudamah al-Hanbaliy ( rh ) di dalam “ Al-Mughny “ .

B – Fatwa S.S Mufti Negara Brunei Darus Salam :

Fatwa daripada negara jiran kita ini pun turut menyokong apa yang dinyatakan di atas . Dan S.S Mufti Brunei Darus Salam menambah lagi :

Menurut nash Al-Imam Al-Syafi‘e dengan terang menyatakan adalah harus orang bukan Islam berwasiat membina masjid untuk orang-orang Islam. Al-Imam itu juga mengharuskan orang bukan Islam berwakaf sekalipun untuk masjid.

Berkata Al-Imam Al-Nawawi dalam Raudhah Al-Thâlibîn 6/98: Ertinya: "Sah wasiat orang kafir dengan sesuatu yang boleh dijadikan harta atau boleh dimiliki. Dan tidak sah wasiat dengan arak dan khinzîr sama ada wasiat itu untuk orang Islam atau orang dzimmi, dan tidak juga bagi tujuan maksiat seperti menta‘mîr gereja atau membangunnya atau mencetak kitab Taurat dan Injil atau membaca kedua-kedua kitab itu dan lain-lain seumpamanya."

Menurut Fatwa tersebut lagi yang berhujah pula dengan kitab “ Kifayatul Akhyar “ :

"Dan sekiranya yang mewakafkan itu seorang dzimmi, lalu dia berhukum kepada kita dalam perkara yang sedemikian itu (mewakafkan sesuatu harta kepada rumah berhala, gereja, kitab-kitab Taurat dan Injil) boleh kita batalkan wakafnya itu, sekiranya wakaf itu kepada sudut dalam hal-hal yang dilarang oleh orang Islam."

C – Menurut Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily ( ha ) :

‘Alim besar yang bertugas di Fakulti Syariah & Usulnya di University Of Damascuss ini menyatakan di dalam kitabnya yang sangat terkenal : “ Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuh “ ( Jilid ke – 10 , ms 7474 , Terbitan : Darul Fikr Al-Mu’asir , Beirut ) :

“ Tidaklah disyaratkan wujudnya agama yang sama di antara si pewasiat dengan si penerima wasiat sebagai syarat sahnya sesebuah wasiat itu “ .

KESIMPULANNYA :
Tidaklah menjadi larangan untuk seseorang muslim itu menerima wasiat daripada orang yang bukan Islam selagi ianya tidak berbentuk maksiat dan tidak pula membahayakan si penerima wasiat ( yang beragama Islam itu ) .

Ketiga : APAKAH HUKUMNYA JIKA ORANG YANG BUKAN ISLAM ITU MEWASIATKAN GEREJA KEPADA SESEORANG ISLAM ? :

Sebagai mana dinyatakan di atas , HARAM hukumnya seseorang muslim itu menerima wasiat untuk membangunkan rumah ibadat bukan – Islam seperti gereja dan HARAM pula jika dia menerima sesuatu wasiat yang meminta dia memperbaiki ataupun meluaskan gereja .

Akan tetapi , jika seseorang muslim itu menerima wasiat yang berbentuk barang ataupun benda – seperti sebuah gereja – dan muslim itu yakin yang gereja itu boleh ditukar menjadi sebuah masjid misalnya , dan dia juga yakin bahawa perkara itu tidak menyebabkan dia terpaksa berhadapan dengan masalah undang-undang ( sebab gereja itu sudah menjadi hak-miliknya ) , maka TIDAKLAH MENGAPA dia menerima wasiat itu .

Di negara-negara Barat sendiri , seperti di U.K , sudah banyak gereja yang berjaya ditukarkan sebagai masjid ataupun pusat aktiviti komuniti Islam di sana . Maka alangkah beruntungnya jika seseorang muslim itu menerima wasiat seperti ini .

Akan tetapi jika perkara itu menyebabkan si penerima wasiat ( muslim ) itu terpaksa berhadapan dengan banyak risiko dari segi perundangan – seperti wasiat itu dengan jelas menyatakan bahawa gereja yang diwasiatkan itu tidak boleh ditukar menjadi selainnya dan kalau ditukar maka gugurlah pemilikan si penerima wasiat ( muslim ) terhadap wasiat itu – maka di saat seperti ini , HARAM lah dia menerima wasiat tersebut kerana ianya membawa mudharat .

Maka selagi wasiat itu memang memberikan hak-pemilikan secara total kepada seseorang muslim itu , dan selagi ianya tidak berbentuk maksiat ataupun mudharat , maka tidak mengapa seseorang muslim itu menerimanya.

****************************************

[=blue] RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

[b] 1 – FATWA AL-‘ALLAMAH SYEIKH ‘ATIQH SAQR DI ISLAM.ONLINE :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10561

2 – FATWA S.S MUFTI NEGRA BRUNEI DARUSSALAM :
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic11_2002.htm

3 - AL-FIQHUL ISLAMIY WA ADILLATUH – Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily ( ha ).
( Jilid ke – 10 , ms 7474 , Terbitan : Darul Fikr Al-Mu’asir , Beirut )

4 – FIQHUL KITAB WAS SUNNAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Amir Abdul ‘Aziz
( Pensyarah Ilmu Perbandingan Fiqh di Universiti An-Najah al-Wataniah , Palestin )
Jilid Pertama , Ms : 121 sehingga seterusnya.
Terbitan : Darus Salam , Kaherah

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
14 / Dzulqa’edah / 1423 H
16 / Januari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum