SJ-2188: Hukum pemakaian purdah??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2188: Hukum pemakaian purdah??

:salam
Apakah hukumnya memakai purdah, dan sejarah asal-usul pemakaian purdah?
:grin:

Re: SJ-2188: Hukum pemakaian purdah??

:wassalam
Jawab:
Purdah bermaksud pakaian bagi wanita Islam terdiri dari dua jenis: Hijab atau Hijab+ Niqab
Hijab bermaksud pemakaian sederhana yg membuka muka dan dua tapak tangan.
Niqab bermaksud berhijab dan ditambah dgn niqab atau burqa (penutupan muka)

Sebelum Islam, wanita Arab jahiliyah memakai bermacam ragam pakaiaan. Tapi yg common ialah: khimar (menutup kepala), dar' (menutupi badan), jilbab (pakaian yg dipakai di atas Dar') dan mengenakan pula niqab (menutup muka kecuali dua mata) atau Burqa (menutup semua sekali).
Bila Islam datang, pakaian yg disyari'atkan ialah hijab sahaja (seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan). Jilbab dan khimar itu dikekalkan kecuali niqab atau burqa'.
Dalil: 24: 31 dan 33: 59. Jika ada fuqaha' yg mewajibkan niqab atau burqa, ia adalah khilaf yg sudah ditolak oleh ahli Tahqeeq.
Oleh kerana anda berhajatkan asal usul purdah, kami syorkan anda memiliki kitab2 berikut:
a. Sayyid Abul A'ala almawdoodi, Purdah and the Status of Women in Islam
b. Syaikh Mutawalli Darsy: Niqab or Hijab, IBT Kuala Lumpur, 1997
c. alMuhaddith Albani, al Jilbab al mar-ah, (terjemahan Indonesia)
d. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Jilbab al mar'ah, Tahqeeq Muhaddith albani (ada terjemahan Indonesia). Ini kerana kami kesuntukan masa utk membuat penyelidikan mengenai sejarah dan asal usul Purdah. WA