SJ - 2201 : SEJAUH MANAKAH KITA MESTI MELAKSANAKAN PERINTAH-

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2201 : SEJAUH MANAKAH KITA MESTI MELAKSANAKAN PERINTAH-

:salam

Dalam tafsir al-quran oleh prof dr.h.mahmud yunus surah at-tagahaabun ayat 16,

“takutlah Allah kpd Allah sekedar tenaga mu dengarkanlah dan ikutlah dan berdermalah,niscaya lebik baik bagi dirimu.barang siapa yang memelihara dirinya dari kebakhilan,maka mereka itulah yg menang.”

Apa yang dimaksudkan dengan sekedar tenaga mu?
Adakah pada fizikal yang berkaitan dgn amal ibadat atau pada ilmu?

Terimakasih.
:before :bis

Re: SJ - 2201 : SEJAUH MANAKAH KITA MESTI MELAKSANAKAN PERIN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2201 : SEJAUH MANAKAH KITA MESTI MELAKSANAKAN PERINTAH-PERINTAH ALLAH TA’ALA ?


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin

Terima Kasih kami ucapkan kepada Saudara Osman di atas soalan yang baik itu . Sebenarnya , kami lebih suka jika saudara/I kami mempelajari tafsiran ( huraian / syarahan ) Al-Quranul Karim secara pengajian “ menadah kitab “ ( talaqqi ) ataupun secara mendengar huraian secara lisan ( musyafahah ) sebagai mana yang diadakan di pondok-pondok , sekolah-sekolah agama , dan rumah-rumah Allah Ta’ala. Kerana dengan dua cara tersebut , saudara/I boleh bersoal-jawab secara lebih mudah ( secara balas-membalas ) ataupun mengemukakan persoalan berbangkit yang berkaitan dengan sesuatu ayat Al-Quranul Karim , dan cara itu lebih efektif ( berkesan ) kepada umat Islam berbanding dengan cara bertanyakannya kepada para pengendali halaman-halaman web seperti al-Ahkam online ini .

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana sekalipun ) , kami tetap akan melayan pertanyaan saudara tadi. Dan berikut adalah huraiannya secara ringkas sekadar sedikit ilmu pengetahuan yang ada pada kami , Insya-Allah .

Ayat yang menjadi maudhuk ( topik ) kita pada hari ini ialah ayat 16 daripada Surah at-Taghabun , Juzuk ke 28 dan surah ke – 64 . Firman Allah Ta’ala :


ÝóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú æóÇÓúãóÚõæÇ æóÃóØöíÚõæÇ æóÃóäÝöÞõæÇ ÎóíúÑðÇ áøöÃóäÝõÓößõãú æóãóä íõæÞó ÔõÍøó äóÝúÓöåö ÝóÃõæúáóÆößó åõãõ ÇáúãõÝúáöÍõæäó

Ertinya : “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta'atlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu . Dan barangsiapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung “ .

SEBAB DITURUNKAN AYAT INI :

Sebab-sebab sesuatu ayat itu diturunkan dinamakan di dalam istilah pengajian ‘Ulumul Quran ( Usul at-Tafsir ) sebagai ASBABUN NUZUL . Asbabun Nuzul ini merupakan salah-satu perkara yang mesti diketahui oleh seseorang ahli tafsir demi memastikan tafsirannya terhadap ayat-ayat Allah Ta’ala tidak tersasar daripada maksud yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w .

Maka dengan ini , orang yang hanya mempelajari terjemahan Al-Quranul Karim , ataupun sekadar mengetahui sesuatu terjemahan berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh para ulama’ tempatan ( menyalin daripada bahasa Arab ke bahasa ibunda ) TIDAK LAYAK SAMA-SEKALI mendakwa diri mereka boleh menafsirkan Al-Quranul Karim kerana bukan ilmu terjemahan sahaja yang perlu diketahui oleh setiap orang yang hendak mendakwa dirinya sebagai “ ahli tafsir “.

Dan dengan ini , TIDAK LAYAKLAH JUGA SAMA-SEKALI mana-mana orang Islam yang mendakwa bahawa semua umat Islam boleh menafsirkan ( menghuraikan ) ayat-ayat Al-Quranul Karim sekadar mengetahui apa yang terkandung di dalam terjemahan-terjemahan Al-Quran ! .

Kembali kita kepada sebab mengapakah ayat ini diturunkan oleh Allah Ta’ala :

Menurut al-Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuti ( rh ) , pengarang kitab “ LUBABUN NUQUL FI ASBABIN NUZUL “ , ayat ini diturunkan sebagai mana berikut :

Terjemahannya : “ Dikemukakan oleh al-Imam Ibnu Abi Hatim ( rh ) yang bersumber dari Saidina Sa’id Bin Jubair ( r.a ) yang berkata : Ketika diturunkan ayat 3 daripada Surah Ali ‘Imran yang erti ayatnya : ” WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH SEBENAR-BENAR TAQWA DAN JANGANLAH SAMA SEKALI KAMU MATI MELAINKAN DI DALAM KEADAAN KAMU SEBAGAI ORANG-ORANG ISLAM “ . Maka tatkala sahaja orang-orang yang beriman di zaman Baginda Rasulullah s.a.w – iaitu Para Sahabat r.a – mendegar arahan Allah Ta’ala ini , maka mereka pun bersungguh-sungguh melakukan ibadat dan segala amal kebaikan sehingga bengkak kaki-kaki mereka dan luka wajah-wajah mereka . Lalu Allah Ta’ala pun menurunkan ayat 16 daripada Surah at-Taghabun ini sebagai keringanan ke atas mereka .

### Tamat terjemahan kitab di atas ###

( Tambahan kami : Sebab yang dikemukan oleh al-Imam as-Suyuti ( rh ) tadi, sama dan secocok dengan apa yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu Katsir ( rh ) . Silalah rujuk kepada kedua-duanya demi menambah keyakinan saudara dan saudari semua ) .

TAFSIRAN AYAT DI ATAS :

Menurut al-Imam al-Hafiz Ibnu Katsir ( rh ) di dalam tafsirnya, ayat di atas hendaklah difahami berdasarkan hadist Baginda Rasulullah s.a.w yang menyatakan :


( ÅÐÇ ÃãÑÊßã ÈÃãÑ ÝÃÊæÇ ãäå ãÇ ÇÓÊØÚÊã æãÇ äåíÊßã Úäå ÝÇÌÊäÈæå )

Ertinya : “ Apabila kamu diperintahkan mengerjakan sesuatu , maka laksanakanlah ia sedaya-upaya kemampuanmu , dan jika kamu dilarang daripada sesuatu maka hendaklah kamu menjauhinya “.

{ Nota daripada al-Ahkam : Hadist yang semakna dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Katsir ( rh ) ini boleh juga dirujuk kepada Sahih al-Imam al-Bukhari ( rh ) : Kitab al-Ie’tisom Bil Kitab Was Sunnah , Bab ke-2 , No hadist : 7288 / Sahih al-Imam Muslim ( rh ) : Kitab al-Fadhoil : 130 & Kitab al-Hajj : 412 ( 1337 ) / Sunan al-Imam Ibnu Majah ( rh ) : Kitab al-Hajj : 1 / Sunan al-Imam Ibnu Majah ( rh ) : Muqaddimah : 1 / Hadis ke –9 di dalam Hadist Empat Puluh oleh al-Imam an-Nawawi ( rh ) } .

KOMENTAR KAMI :

Pengertian ( “ Sedaya-Upaya kamu “ ) ataupun apa sahaja perkataan yang seerti dengannya , TIDAKLAH BERMAKNA kita boleh meninggalkan perintah-perintah Allah Ta’ala sesuka hati kita dengan alasan dan dalih : “ Ah ! saya tidak terdaya melakukannya dan saya rasa tidak mengapa kalau saya meninggalkannya kerana Allah Ta’ala pun tidak memerintahkan kita melainkan berdasarkan kemampuan masing-masing “ .

Akan tetapi ianya hendaklah difahami bahawa perintah Allah Ta’ala yang bersifat WAJIB itu , tidak dapat tidak , mestilah dilaksanakan oleh setiap orang-orang Islam selama mereka masih mempunyai akal.

Contohnya : Solat 5 waktu sehari-semalam adalah wajib ke atas setiap muslim . Maksud wajib di sini ialah mesti dilakukan . Maka jika kita tidak terdaya melakukannya secara berdiri sebagai mana asalnya , ini tidaklah bermakna kita hendaklah meninggalkan terus perlaksanaan solat itu.

Bahkan sebenarnya , kita mestilah melaksanakannya mengikut tenaga dan kemampuan yang masih berbaki pada diri kita . Jika tak mampu dilakukan secara berdiri , maka duduklah . Jika tidak mampu secara duduk , maka mengiringlah . Jika tak mampu secara itu , maka secara apa sahaja posisi kita sehinggakan kalau dah tak mampu melaksanakannya dengan pergerakan badan , maka secara kelipan mata ataupun hati. Dan kalau tidak mampu juga dengan menggunakan hati , itu ertinya sudah mati !.

Begitulah juga dengan mereka yang tidak mampu mengambil air sembahyang disebabkan masalah kesihatan ataupun disebabkan cuaca yang sejuk . Maka perintah BERSUCI hendaklah dilaksanakan juga dan Wudhuk yang sepatutnya dilakukan bolehlah diganti dengan bertayammum di saat itu.

Itu masalah yang berkaitan dengan perintah-perintah yang bersifat WAJIB .

Adapun perintah yang bersifat SUNAT ( iaitu sesuatu yang diberikan pahala apabila dilaksanakannya dan tidak berdosa jika tidak dilaksanakannya ) , maka itu adalah mengikut pilihan kita , sama ada hendak melaksanakannya ataupun tidak , walaupun melaksanakannya itu dituntut ( disukai dan digalakkan ) .

Contohnya : Perintah supaya dilakukan solat sunat Subuh . Boleh sahaja kita melakukannya dan boleh juga kita tinggalkannya.

Contoh lain : Perintah agar dilaksanakan Puasa 6 ( Syawal ) . Boleh dipilih , sama ada hendak melakukannya ataupun tidak.

Walaupun perkara-perkara SUNAT ini diberikan kita pilihan untuk melakukannya ataupun tidak , akan tetapi paling kurang pun ( at least ) kita hendaklah melakukannya walaupun sekali seumur hidup, dan inilah pandangan Para Ulama’ Salafus Solihin ( rh ) . Mengapa pula begitu ? .

Sebab , dibimbangi kalau langsung tidak dilakukannya walaupun ia sunat , kita akan tergolong dari golongan manusia yang disifati oleh Baginda Rasulullah s.a.w :


Ýóãóäú ÑóÛöÈó Úóäú ÓõäøóÊöí ÝóáóíúÓ ãöäøöíó

Ertinya : “ Barangsiapa yang benci kepada sunnahku ( caraku ) maka dia bukanlah daripada ( golongan ) aku “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari ( rh ) , al-Imam Muslim ( rh ) , al-Imam an-Nasai ( rh ) , al-Imam Ahmad Bin Hanbal ( rh ) dan al-Imam ad-Darimiy ( rh ) .

Na’uzubillahi min dzalik ( Semoga Allah melindungi kita daripada menjadi seperti itu ) . Amin .

Dan al-hasil daripada ayat Al-Quran di atas dan hadist-hadist yang berkaitan dengan persoalan tersebut , maka para cendekiawan Fiqh telah mengemukakan satu formula ataupun kaedah Fiqh , iaitu :


ÇáãíÓæÑ áÇ íÓÞØ ÈÇáãÚÓæÑ

Ertinya : “ Sesuatu perbuatan yang mudah dilakukan , tidak akan gugur begitu sahaja disebabkan kesukaran yang ditempuhi “ .

Semoga ada manfaatnya daripada jawapan ini . :grin:

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

****************************************

BAHAN-BAHAN RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 - MAUSU’AH AL-QURANUL KARIM
( al-Jalalain , at-Tobari, al-Qurtubi & Ibnu Katsir )
Syarikat ECS , Cairo .

2 – LUBABUN NUQUL FI ASBABIN NUZUL
Oleh :al-Imam al-Hafiz Jalaluddin as-Suyuti ( rh )
Edisi Malaysia diterbitkan oleh : Darul Fikr , Kuala Lumpur
Halaman : 599 .

3 – FATHUL BARI BISYARH SOHIH al-IMAM al-BUKHARI ( RH )
Oleh : al-Imam Syeikhul Islam Ibnu Hajar al-‘Asqolani ( rh )
Jilid ke – 15 , halaman ke-189 – 192
Terbitan : Darul Fikr , Bairut

4 – SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM ( RH )
Oleh : al-Imam an-Nawawi ( rh )
Komentar : al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ( rh )
Bhg ke-15 , halaman 497
Terbitan : Darul Khair , Beirut

5 – HURAIAN DAN TERJEMAHAN HADIS 40 al-IMAM an-NAWAWI ( RH ) – EDISI JAWI
Oleh : Allahyarham Ustaz Mustafa Abdul Rahman
Halaman : 165
Terbitan : Dewan Pustaka Fajar , Kg. Baru , K. Lumpur

6 – KAEDAH-KAEDAH FIQIH
Oleh : Drs. H. Asjmuni A. Rahman
Halaman : 129
Terbitan : Penerbit BULAN BINTANG Jakarta
.


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
18 / Dzulqa’edah / 1423 H
20 / Januari / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum