SJ - 2241 : UPAH HAJI

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2241 : UPAH HAJI

:salam

bagaimana org yg menerima upah haji,adakah ianya boleh melakukan haji untuk nya atau utk org yg diupah sahaja.adakah ianya boleh menerima banyak org utk tujuan haji.

Re:SJ - 2241 : UPAH HAJI

wa'alaikumussalam

Alhamdulilah. Untuk menjawab persoalan upah Haji atau wakil Haji eloklah terlebih dahulu kita melihat syarat-syarat orang yang melakukannya. Ulama telah menggariskan beberapa syarat (Dr Wahbah Zuhailly membentangkan 20 syarat) dan diantara syarat utama badal haji ialah :-

1. Orang yang melaksanakan badal Haji hendaklah mengerjakan untuk dirinya samada mampu atau tidak. kata Al-Syafie dan Al-Hanbali : "Tidak sah Haji dari mereka yang pengganti yang tidak melakukan Haji untuk dirinya" (Fikh Al-Islami, 3/54). Dengan kata lain, orang yang ingin mengerjakan haji bagi pagi pihak orang lain mestilah pernah mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Antara dalilnya ialah : dari Ibnu 'Abbas :

[="#ff00000" size="3"]þÃä ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÓãÚ ÑÌáÇ íÞæá áÈíß Úä þ þÔÈÑãÉ þ þÞÇá ãä þ þÔÈÑãÉ þ þÞÇá ÃÎ áí þ þÃæ ÞÑíÈ áí þ þÞÇá ÍÌÌÊ Úä äÝÓß ÞÇá áÇ ÞÇá þ þÍÌ Úä äÝÓß Ëã ÍÌ Úä þ þÔÈÑãÉ
{Bahawa Rasulullah saw mendengar seorang lelaki berkata: "Labbaika daripada Syabramah", maka bertanya Nabi, "Siapakah Syabramah itu?" Lalu dijawab: "Dia adalah saudaraku atau kaum kerabatku." Maka bertanya lagi, "Apakah anda telah menunaikan Haji buat anda sendiri?" Jawabnya belum, maka sabda Nabi, "Lakukanlah Haji untuk diri anda dahulu, kemudian barulah untuk Syabramah."} (Riwayat Abu Daud).

2. Badal Haji tidak boleh dikerjakan untuk lebih daripada seorang pada satu masa. Ini boleh dilihat dari dalil diatas dimana lelaki tersebut telah berniat Haji untuk Syabrumah dengan berkata : "Labbaika daripada Syabrumah". Adalah afdal seseorang itu menyebut niat dengan lisannya seperti:

[="#ff00000" size="3"]äæíÊ ÇáÍÌ Úä ÝáÇä æÃÍÑãÊ Èå Çááå ÊÚÇáì, áÈíß Úä ÝáÇä
" Aku berniat Haji daripada FULAN dan aku berihram haji dengannya kerana Allah Ta'ala, dan Labbaika daripada FULAN". (Fikh Al-Islami, 3/50).

3. Dia mestilah berihram pada Miqat orang yang dihajikan atau pada tempat yang sama jauhnya dengan Miqat itu, jika ditentukan kepadanya sesuatu Miqat hendaklah ia berihram pada Miqat yang ditentukan itu, jika tidak ditentukan mana-mana Miqat maka harus bagi orang yang mengambil upah itu berihram pada Miqat yang dilaluinya. Berkata Al-Syafie :"Wajib keatas Al-Naa'ib Al-Haj (pengganti Haji) dari miqat asalnya (orang yg dihajikan). Kerana sesungguhnya Haji itu wajib di miqatnya." (Fikh Al-Islami, 3/51).Berkata Al-Hanbali pula :"Wajib keatas Al-Naa'ib Al-Haj (pengganti Haji) dari negara asalnya (orang yg dihajikan).

4. Dia haruslah orang yang mempunyai pengetahuan dalam seluk-beluk ibadat Haji. Menurut Abdul Aziz bin Baaz (bekas Mufti Saudi) : Sesiapa yang ingin menjadi wakil Haji untuk seseorang haruslah :

[="#ff00000" size="3"]ãä Ãåá ÇáÏíä æÇáÃãÇäÉ , ÍÊì íØãÆä Åáì ÞíÇãå ÈÇáæÇÌÈ
"dari Ahli Agama dan Amanah, sehinggalah ada kepastian bahawa sehingga qiamat melakukan yang wajib"

=========

Apabila dilihat dari syarat diatas maka :

a) S - "adakah ianya boleh melakukan haji untuk nya atau utk org yg diupah sahaja"
J - Ia hanya boleh melakukan untuk orang yang diHajikan sahaja.

b) S - "adakah ianya boleh menerima banyak org utk tujuan haji."
J - Ia hanya boleh melakukan satu Haji (untuk orang yang di Hajikan) pada satu musim Haji sahaja.

Wallahu'alam

Rujukan :-

1. Dr. Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami wa'adillatuhu - Jilid 3. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.
2. Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz. Majmuu' Fatawa - Jilid 7. Riyadh : Dar al-Watan, 1996.

-wassalam-

خيرالأمين

Re: SJ - 2241 : UPAH HAJI

:salam

Jawapan Al-Fadhil Tuan Haji Kamin sudah memadai . Saya hanya edit sistem penomboran Soal-Jawab Fiqh sahaja agar tidak bercelaru dan agar mudah dirujuk. :grin:

:wassalam