SJ-2275: persoalan perbezaan pendapat ulama

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2275: persoalan perbezaan pendapat ulama

:)
:salam

Perbezaan pendapat ulama dlm sesuatu perkara adalah sesuatu yg lumrah. Persolannya disini bagaimana pula bagi org biasa macam kita hendak mengguna pendapat yg mana. Adakah kita boleh menerima pakai pendapat yg sedikit, pendapat yg bersesuaian dgn kita atau menerima pendapat yg paling banyak persamaannya.
Adakah salah disisi agama kalau kita menggunakan pendapat yg sesuai dan berkemampuan utk kita walaupun pendapat itu hanya sedikit. wallahualam,
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2275: persoalan perbezaan pendapat ulama

:wassalam
Jawab:
Persoalannya bukan bergantung pada pendapat minoriti atau majoriti (jumhur), ia bergantung kepada sejauh mana anda menguasai instruments (tools atau alat) untuk menyelidiki punca perselisihan itu. Instuments itu juga meliputi siapakah fuqaha' yg menjadi sandaran anda. Misalnya: Isu batal wudhu' bila menyentuh wanita: pendapat minoriti ada dua: pertama batal bila menyentuh wanita dalam semua keadaan (syafi'iyah); tidak batal dalam semua keadaan sentuhan (hanafiah): majoriti : batal bila sentuhan yg bersyahwat.
Maka di sini anda hendaklah memiliki instruments utk memeriksa dalil2 dua pegangan minoriti dan dalil majoriti. Anda sudah tentu kena memiliki ilmu asas2 dalam alQur'an, alHadis, usyul fiqh, dsbnya serta memiliki kitab2 tafsir dan hadis utk melihat tahap dan status hadis2 tsb.
Cth lain: Qunut Subuh. seimbang (tidak ada majoriti dan minoriti): syafi'iyah dan malikiah kata sunat baca. hanbaliah dan hanafiah kata tak sunat kecuali nazilah.

Anda juga kena memiliki sejumlah kitab takhrij hadis, syarah hadis dan kitab2 tahqeeq dan koleksi fatwa utk dibuah kajian perbandingan. WA