SJ - 2365 : GELARAN " SYEIKHUL ISLAM " BAGI IBNU TAIMIYAH RH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2365 : GELARAN " SYEIKHUL ISLAM " BAGI IBNU TAIMIYAH RH

:salam

Ana nak tahu sebab sedikit bagaimana sejarahnya gelaran Syeikhul Islam (gelaran besar tu) diberikan pd Ibn Taimiyyah. Mesti ada contribution yg begitu besar diberikan sehingga gelaran itu diberikan kpd beliau.

Minggu lepas ada sorang ustaz ni bg sedikit tazkirah di surau. Antara isi kandungan tazkirah tersebut ialah dia menyatakan bahawa pernah Ibn Taimiyyah bermimpi yg Rasulullah menyebatnya krn beliau banyak mendha’ifkan hadith2 yg di bawa oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah di dlm kitab2 nya. Dan apabila beliau terjaga dr tidur, beliau mendapati belakang badannya berbekas-bekas (berbirat) akibat kesan sebatan yg dialami di dlm mimpinya. Tapi last sekali dia menyatakan ini adalah untold stories, mungkin ramai org tak tahu. Ketika masa itu ana dah meragui kesahihan cerita itu (so-called untold stories).

Lagi satu dia ada menyatakan ketika Imam Al-Ghazali melawat maqam Rasullulah SAW, ada tangan yg keluar dr kubur bersalam dgn Imam Al-Ghazali tanda hormat Nabi kpd Imam Al-Ghazali. Adakah berita ini benar atau hanya sembang kedai kopi? Kalau betul kenapa tak pernah dengar?

Ana harap Ustaz dpt jelaskan insha-allah! Jazakallah!

:confused:

Re: SJ - 2365 : GELARAN " SYEIKHUL ISLAM " BAGI IBNU TAIMIYA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2365 : GELARAN “ SYEIKHUL ISLAM ” BAGI IBNU TAIMIYAH RH

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Abdulrahman di atas soalan yang dikemukakan .

Perkataan “ Syeikh “ pada makna asalnya di dalam B. Arab bermakna orang tua .

Kemudian ianya dijadikan gelaran kepada golongan Arab yang mempunyai kematangan di dalam selok-belok ilmu-ilmu warisan Islam kerana “ syeikh “ itu sendiri bermakna orang tua dan orang tua kebiasaannya sudah matang di dalam ilmu , pengalaman dan hidup .

Bagi orang-orang kita pula , gelaran “ syeikh “ ini digunakan apabila bercakap dengan rakan yang dihormati dari segi pengetahuannya di dalam selok-belok agama Islam dan keimanannya . Dan ianya juga digunakan untuk berbasa-basi dengan golongan ustaz yang dianggap boleh dipercayai keilmuannya terutama sekali golongan ustaz yang sudah veteran , O.T ( Old Timer @ Otai ) . Contohnya : Syeikh Zain ys , Syeikh thtl dan Syeikh Hj Kamin . :yess

“ Syeikh “ ini juga digunakan dengan makna “ MAHAGURU “ seperti “ Syeikhul Azhar “ ertinya Grandmaster Of al-Azhar ( sebuah institusi pengajian Islam yang terkenal di Mesir ) . Syeikhul Azhar sekarang ialah Al-‘Allamah Prof. Dr . Muhammad Saiyyid Tontowi ( ha ) . Gelaran ini di sisi masyarakat Mesir adalah sama tinggi dengan gelaran Presiden republik itu . Dan sememangnya Al-Azhar dahulu dianggap “ Kerajaan di dalam Kerajaan “ ( satu kerajaan yang wujud di dalam Kerajaan Mesir ) .

Begitu juga dengan gelaran “ SYEIKHUL ISLAM “ yang mana ianya merupakan sebuah penghormatan umat Islam kepada golongan ulama’ tertinggi yang hidup di satu-satu zaman dan telah meninggalkan jasa yang amat gemilang bagi umat Islam .

Di antara yang memperolehi gelaran “ SYEIKHUL ISLAM “ ini ialah :

1 – Syeikhul Islam Fil Hadist ( Mahaguru Umat Islam di dalam bidang hadist ) disandang oleh al-Imam Ibnu Hajar al-Asqolani ( rh ) , pengarang kitab “ Fathul Bari Syarh Sahih al-Imam al-Bukhari rh “ , “ Tahdzib at-Tahdzib “ , “ Taqrib at-Tahdzib “ , “ Bulughul Maram “ , dan sebagainya .

2 – Syeikhul Islam Fi Mazhab al-Imam asy-Syafi’e rh ( Mahaguru Umat Islam di dalam Fiqh Mazhab Imam asy-Syafie rh ) disandang oleh al-Imam Zakaria al-Ansori rh , pengarang kitab “ Asna al-Matolib “ , “ Syarh al-Bahjah “ , “ Syarh at-Tahrir “ , “ Fathul Wahhab “ dan sebagainya .

3 – Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah rh – ada yang berpendapat beliau mendapat gelaran “ Syeikhul Islam “ lantaran banyaknya fatwa yang beliau lakukan , ada pula yang mengatakan bahawa beliau adalah “ Syeikhul Islam “ di dalam mazhab al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh , ada pula yang mengatakan gelaran itu diberikan lantaran ketokohannya yang ketara di dalam bidang Aqidah dan Tafsir .

4 – Syeikhul Islam al-Imam ‘Abdullah Bin Hijazi asy-Syarqawi rh ~ Salah –seorang ulama’ Mesir ( meninggal tahun 1227 H ) yang pernah mengetuai institusi Al-Azhar asy-Syarif .

5 – Syeikhul Islam al-Imam Muhammad Bin ‘Abdul Wahhab rh ~ Seorang tokoh mujaddid yang pernah muncul di Hijaz ( sekarang Hijaz dikenali sebagai Arab Saudi ) . Namun gelaran ini sangat “ memanaskan punggung “ golongan yang anti kepada usaha yang dibawa oleh beliau rh lalu gelaran ini menjadi satu perkara yang KONTROVERSI .

6 – Syeikhul Islam Lid Daulah ‘Utsmaniah ( Mahaguru Umat Islam Bagi Empayar Islam Utsmaniah ) , dipegang oleh para mufti bagi Empayar Islam Utsmaniah yang dihancurkan pada tahun 1924 m . Mufti terakhir empayar ini ialah Al-‘Allamah Syeikh Mustafa Sobri rh yang pernah mengeluarkan fatwa bahawa SEKULARISME ADALAH JALAN PINTAS MENUJU KEPADA KOMUNISME .

Selepas itu sudah tiada lagi mana-mana tokoh umat Islam yang menyandang gelaran yang sangat mulia ini kecuali di Thailand sehingga kini . Gelaran Syeikhul Islam Thailand ini diberikan kepada seorang ulama’ Thailand yang mewakili majoriti penduduk Thailand dari kalangan muslimin .

Gelaran seperti itu adalah satu tanda hormat umat Islam terhadap para ulama’ ( rh ) yang telah banyak berjasa kepada umat Islam daripada satu masa ke semasa .

Terdapat juga gelaran-gelaran lain yang digunakan oleh umat Islam sebagai tanda hormat mereka kepada golongan ‘alim-‘ulama’ ( rh ) . Sila lihat :

SJ - 2110 : GELARAN " KARRAMALLAHU WAJHAH " BAGI SAIDINA 'ALI ( R.A )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9300

MENGENALI ISTILAH RADHIALLAHU ANHU, KARRAMALLAHU WAJHAH DLL
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=9299

KETERANGAN TTG ISTILAH-ISTILAH GOLONGAN AGAMA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=11071

****************************************

Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ialah Ahmad Bin Abdus Salam Bin Bin Ali Bin Abdullah Bin Taimiyah . Dilahirkan pada tahun 661 H / 1263M di sebuah kampung yang bernama “ Harran “ di Syam ( dikenali sekarang sebagai Syiria . Termasuk juga Palestin , Utara Jordan dan Lubnan ) .

Beliau adalah tokoh yang dikatakan oleh orang-orang Arab sebagai : “ Rajulun Ghaniyun ‘anit ta’arif “ ( seorang tokoh yang sudah tidak perlu lagi diperkenalkan sebab memang sudah begitu popular ) .

Beliau adalah seorang tokoh umat Islam yang terkenal ketokohannya di dalam selok-belok pengetahuan Islam seperti Tafsir , Hadist , Fiqh , Ilmu al-Kalam , Usul Fiqh , Mantiq , Falsafah , B. Arab , Matematik dan Seni Khat . Selain itu beliau juga pernah mengetuai tentera Islam berjihad menentang penjajahan Tatar Moghul ( Mongolia ) sekitar tahun 700 hijrah .

Beliau meninggal dunia pada tahun 728 H / 1328 M dan dikebumikan di Damsyiq ( Dimashq / Damascuss ) . Kubur beliau sekarang terletak di dalam lokasi sebuah taman kecil di Jami’ah Dimashq ( University Of Damascuss , Syiria ) .

Beliau telah meninggalkan warisan ilmu-ilmu Islam di dalam berbagai bidang . Dilaporkan bahawa hasil-hasil penanya telah mencapai jumlah 200 buah buku dan risalah yang dapat dikesan dan hampir 300 tajuk lagi masih belum dapat dikesan. Antara yang dapat dikesan itu telah pun dicetak ( matbu’at ) dan ada pula di dalam bentuk manuskrip ( makhtutot ) .

Di antara karya-karyanya yang begitu terkenal ialah :

1 – Majmuah al-Fatawa ( 37 jilid tebal ) .

2 – Tafsir Ibn Taimiyah rh .

3 – As-Sorimul Maslul ‘Ala Shatimir Rasul s.a.w .

4 – Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah fi Naqd Kalam asy-Syi’ah Wal Qadariyah .

5 – Al-Jawab as-Sohih Liman Baddala Dinal Masih .

6 – Al-Jawamie’ fi Siyasah al-Ilahiyyah Wal Ayat an-Nabawiyah .

7 – As-Siyasah asy-Syar’ieyah Fil Islahi ar-Ra’ie War Ra’ieyah .

8 – Iqtidho’ as-Siratil Mustaqim .

9 – Al-‘Aqidah al-Wasitiyyah .

10 – Al-Furqan Baina Awliya’ir Rahman wa Awliya’ asy-Syaiton .

Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai sejarah hidup beliau rh , sila dapatkan buku :

1 – BEBERAPA ASPEK ILMU KALAM MENURUT IBN TAIMIYAH
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kamil Bin Hj. Abd Majid ( UM )
Terbitan : Penerbit Media Ilmu , Kajang

2 – TOKOH ISLAM
Terbitan : Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM )

3 – Sila ke perpustakaan ataupun kedai-kedai buku dan sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai tokoh besar ini yang akan anda perolehi .

****************************************

Quote:
Minggu lepas ada sorang ustaz ni bg sedikit tazkirah di surau. Antara isi kandungan tazkirah tersebut ialah dia menyatakan bahawa pernah Ibn Taimiyyah bermimpi yg Rasulullah menyebatnya krn beliau banyak mendha’ifkan hadith2 yg di bawa oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah di dlm kitab2 nya. Dan apabila beliau terjaga dr tidur, beliau mendapati belakang badannya berbekas-bekas (berbirat) akibat kesan sebatan yg dialami di dlm mimpinya. Tapi last sekali dia menyatakan ini adalah untold stories, mungkin ramai org tak tahu.

Siapakah ustaz itu ? . Di manakah beliau menuntut ilmu agama sebelum ini ? . Adakah beliau mendapat gelaran “ Ustaz “ disebabkan pandai bersyarah semata-mata , ataupun disebabkan dia adalah tabib tradisional ataupun disebabkan dia pernah menjadi guru Kalari Payat ? . :duel2

Daripada manakah pula dia mengetahui “ Untold Stories “ itu ? . Daripada kitab-kitab yang muktabar ( yang boleh diterima pakai ) ataupun daripada kata-kata golongan “ Dajjalin “ ( Pengikut Dajjal ) ? .

Ternyata kisah Ustaz itu TIDAK BOLEH DITERIMA LANGSUNG 100 % dan ternyata keilmuannya di dalam bidang Hadis sangat dangkal . Nasihatilah si ustaz itu agar sudi-sudilah menyambung lagi ilmunya dan jangalah sengaja membawa kisah-kisah sensasi demi sesuap nasi dan secawan kopi ! . :non

Orang-orang yang pernah belajar ilmu hadist secara “ dirayah “ ( bukan secara “riwayah” sebagai mana masyarakat awam belajar di masjid / surau ) , khasnya belajar mengenai Ilmu Mustolah al-Hadis , Ilmu Rijal al-Hadis , Ilmu Manahij al-Muhaddistsin dan sebagainya TENTU AKAN TERTAWA mendengar tazkirah ( ? ) sedemikian rupa .

Kehebatan kitab IHYA’ ULUMIDDIN karangan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rh adalah satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi , khasnya di dalam bidang Akhlak dan Tasawwuf . Namun itu tidaklah bermakna TIADA SATU RUANG LANGSUNG untuk memperbaiki beberapa kelemahan di dalam kitab itu menurut adab dan disiplin ilmu-ilmu Islam ! .

Kalau benarlah al-Imam Ibnu Taimiyah rh pernah disebat “ secara mimpi “ oleh Baginda Rasulullah s.a.w , maka kenapa pula al-Hafiz al-‘Iraqi rh tidak pula disebat sedemikian !? . Tidakkah beliau sendiri telah memberikan komentar berkenaan hadist-hadist di dalam kitab Ihya’ itu termasuk menyatakan beberapa kelemahannya !? . Kalau tidak percaya bukalah kitab beliau yang bertajuk “ Al-Mughny ‘an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi takhrij Ma Fi al-Ihya’ Minal Akhbar “ !!! .

Bukan beliau sahaja , malahan Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ( rh ) yang dianggap sebagai “ Tokoh Hadist di abad ini “ juga tidak terlepas daripada memberikan teguran terhadap beberapa hadist di dalam kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan al-Imam al-Ghazali rh .

Bukan beliau seorag sahaja , malahan guru-guru saya di Al-Azhar asy-Syarif tidak menafikan wujudnya hadist-hadist yang dhoi’ef ( lemah ) di dalam Ihya’ Ulumiddin itu dan ini TIDAKLAH BERMAKSUD kita menolak al-Imam al-Ghazali rh 100 % .

Sebenarnya perkara kritik-mengkritik ini di dalam ilmu-ilmu warisan Islam adalah satu perkara biasa dan ianya dilakukan secara beradab dan terlalu cermat . Lantaran itulah di antara pecahan ilmu-ilmu Hadist yang termasyhur sekali ialah ILMU NAQD ar-RIJAL ( Ilmu Mengkritik Periwayat-Periwayat Hadist ) ataupun dikenali sebagai “ ILMU al-JARH WAT TA’ADIL “ ( Ilmu berkenaan dengan cara memuji dan mengkritik para perawi hadist ) .

Yang luar biasa ialah MENGKRITIK SECARA MEMBUTA-TULI ataupun TIDAK BOLEH LANGSUNG DIKRITIK ! .

Walaupun al-Imam Ibnu Taimiyah rh tidak disenangi oleh segolongan umat Islam , akan tetapi tidaklah sampai mereka mengada-adakan cerita karut seperti ini . Dan ini bukti bahawa kisah ustaz itu lebih bahaya berbanding dengan kritikan-kritikan keras yang pernah ditujukan kepada al-Imam Ibnu Taimiyah rh ! .

Saudara kena minta AJK surau saudara agar menyiasat latar-belakang ustaz tersebut , agar ustaz yang dijemput itu memang dijemput kerana ketokohan ilmunya , bukan sekadar ustaz seperti “ penjual ubat di jalanan “ . Apatah lagi di akhir zaman ini gelaran ustaz amat mudah didapati oleh sesiapa sahaja hatta si tabib tradisional , si dukun dan mereka yang pandai “ bersilat lidah “ ! .

Kami bimbang jika mimpi seperti itu dijadikan hujah agama lalu tiadalah beza di antara ustaz itu dengan “ golongan Bani Tamim “ ( konon-kononnya ) YANG BERTAPA di kawasan elit Bandar Country Homes , Rawang . Golongan ini adalah golongan yang TERKENAL di dalam berhujjah menggunakan ramalan-ramalan dan mimpi-mimpi !! . :devil

Hati-Hati !!! .

****************************************

Quote:
Lagi satu dia ada menyatakan ketika Imam Al-Ghazali melawat maqam Rasullulah SAW, ada tangan yg keluar dr kubur bersalam dgn Imam Al-Ghazali tanda hormat Nabi kpd Imam Al-Ghazali. Adakah berita ini benar atau hanya sembang kedai kopi? Kalau betul kenapa tak pernah dengar?

Pada pendapat saya bukan al-Imam al-Ghazali rh seorang mahaguru terbesar umat Islam , malahan ramai lagi . Kalau benarlah kisah itu maka daripada manakah sumber asalnya !? .

Cakap tanpa sumber yang sahih tidak ubah seperi orang-orang fasiq membawa berita yang sengaja direka-reka ! .

Bukan al-Imam al-Ghazali rh seorang yang kita hormati dan sayangi , bahkan ramai lagi tokoh ilmuan Islam yang kita sanjung akan tetapi tidaklah dengan cara “ melekatkan “ kisah-kisah yang tidak tentu punca kepada mereka .

Bukan al-Imam al-Ghazali rh seorang yang dianggap sebagai TOKOH BESAR TASAWWUF , bahkan ada yang lebih menyanjung al-Imam Junid al-Baghdadi rh , al-Imam Fudhail Bin ‘Iyadh rh, asy-Syeikh Abdul Qadir al-Jilani rh dan tidak kurang juga yang menyanjung Ibnul ‘Arabi rh ~ seorang tokoh tasawwuf yang kontroversi .

Akan tetapi mereka tidak pernah pula membuat kisah-kisah sedemikian rupa terhadap mahaguru-mahaguru mereka !!! .

Saya nasihatkan ustaz itu agar marilah kita sama-sama takut kepada Allah Ta’ala . Janganlah “ menjual ubat-ubatan palsu “ di dalam rumah Allah Ta’ala .Dan elakkanlah diri daripada menjadi “ mufti kedai kopi “ yang bercakap masalah agama sambil main dam haji dan menggulung rokok daun tanpa ada sebarang ilmu pengetahuan yang ampuh mengenai Islam !!! . :tumbuk

Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan kita sentiasa daripada golongan “ penjual agama “ . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
10 / Muharram / 1424 H
13 / Mac / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum