SJ-2369: Hablun minallah vs Hablun minan nass

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2369: Hablun minallah vs Hablun minan nass

Assalamu'alaikum Warah MatulLah,

Ingin saya memohon sedikit Huraian tentang Konsep HablumminalLah dan Hablumminnas. JazakalLah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2369: Hablun minallah vs Hablun minan nass

:wassalam
Jawab:
Hablun atau tali ini boleh dilihat dalam surah ali Imran: 103 dan ayat 112.
Tali dgn Allah bermaksud apa yg mengikat manusia dgn Allah.
Tali dgn manusia pula ialah apa yg mengikat manusia sesama manusia.
Yang mengikat manusia dgn Tuhan sudah tentulah aqeedah, iman dan ibadah atau agama atau alQur'an itu sendiri; manakala yg mengikat manusia sesama manusia sudah tentu mu'amalat, munakahat, jinayat, siasah dan hubungan antara agama dan antarabangsa. Bila manusia tidak beriman, tidak solat, tidak berpuasa, maka putuslah hubungan mereka dgn tali Allah dan bila mereka bermusuhan, mencuri, merompak, pecah amanah, rogol, liwat, melacur, GRO, minum arak, judi, kasino, tiada hudud, rosaknya politik, rasuah, derhaka ibubapa, curang suami isteri, maka putuslah hubungan sesama manusia. Itulah masyarakat Barat yg materialistik, walaupun maju tapi hubungan dgn Pencipta terputus, dan hubungan dikalangan penduduknya tidak aman. WA