Cucu al-Banna Ditanya: Kamu Tak Percaya al-Ikhwan Yang Bakar Gereja?

Tariq Ramadan: 'Egypt is returning to a Mubarak era' - BBC World News

[Sesi temubual BBC bersama Dr Tariq Ramadhan cucu pengasas Ikhwan Muslimin, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna]

Pemberita: Bagaimana kamu boleh yakin bahawa Ikhwan Muslimin adalah satu pergerakan yang aman sedangkan ia didakwa menyerang gereja di seluruh Mesir beberapa hari ini?

Dr Tariq Ramadan: Sejak 60 tahun yg lalu, Ikhwan Muslimin sangat dekat dengan Kristian Koptik dan mereka saling melindungi. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sadat dan Mubarak juga telah melakukannya. Mereka tiada bukti untuk mengatakan perkara tersebut.

Pemberita: Jadi kamu tidak percaya bahawa penyokong Ikhwan Muslimin yang telah membakar gereja walaupun mereka marah terhadap Kristian Koptik yang menyokong tentera?

Dr Tariq Ramadan: Sangat kelakar apabila mereka mendakwa menjumpai senjata di Rabiatul Adawiyah tetapi tiada serangan bersenjata yang dilakukan oleh mereka (Ikhwan Muslimin) sejak 5 minggu mereka berhimpun. Inilah yang dilakukan oleh tentera. Lihatlah pada propaganda yang dilakukan oleh seluruh media di Mesir. Mereka mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin adalah pengganas. Cara terbaik untuk membenarkan lakonan ini adalah membuat seolah-olah mereka membawa senjata. Ini bukanlah perkara yang baru tetapi telah berlaku pada era Mubarak juga. Mursi telah mengulang sebanyak 60 kali bahawa Kristian Koptik juga adalah rakyat Mesir. Ikhwan Muslimin mungkin bertentangan dengan tentera tetapi mereka pastinya bukan pengganas.

Sumber: Mesirkini

Kategori Berita: