SJ-2385 - Puasa 3 hari didalam Bulan Hijriyyah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2385 - Puasa 3 hari didalam Bulan Hijriyyah

assalamualaikum wmt wkt,

Adakah boleh berpuasa pada 13,14, 15 hb pada setiap bulan hijriyyah? apakah maksud hadis sebaik-baik puasa 3 hari dalam bulan hijriyyah

Wassalam

Re: SJ-2385 - Puasa 3 hari didalam Bulan Hijriyyah

Wa'alaikumussalam Cikgu73.

Alhamdulillah. Menurut Dr Mustafa Al-Bugho didalam buku Al-Fiqh Al-Manhaji ms 357- bahawa berpuasa 3 hari pada setiap bulan - "adalah afdal melakukannya dimalam-malam Al-Bidh [="#800000" size="3"](ÇáÈíÖ). Ia itu 3 hari pada hari ke 13, 14 dan 15 didalam setiap bulan. Dinama hari-hari Al-bidh, sesungguhnya ia merupakan malam-malam hari itu terjadinya pembentukan sinaran bulan terang."

Syed Sabiq menerangkan bahawa dalil afdal berpuasa pada 3 hari didalam setiap bulan ialah :

[="#ff00000" size="3"]ÞÇá ÃÈæ ÐÑ ÇáÛÝÇÑí:ÃãÑäÇ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ãä äÕæã ãä ÇáÔåÑ ËáÇËÉÃíÇã ¡ÇáÈíÖ ¡ËáÇË ÚÔÑÉ ¡æÃÑÈÚ ÚÔÑÉ ¡ æÎãÓ ÚÔÑÉ æÞÇá :"åí ßÕæã ÇáÏåÑ"ÑæÇå ÇáäÓÇÆí
Berkata Abu Dzar Al-Ghifari : Rasulullah saw telah memrintahkan kami agar kami berpuasa 3 hari didalam satu bulan, Al-Bidh, 13, 14 dan 15. Dan berkata :"dia seolah-solah kamu berpuasa berpanjangan".- Riwayat Al-Nassai.

Dan didalam hadith Riwayat Tirmudzi pula berbunyi: Dari Abu Dzar Al-Ghifari .ra. berkata, telah bersabda Rasulullah saw :

[="#ff00000" size="3"]ÅÐÇ ÕãÊ ãä ÇáÔåÑ ËáÇËÇ¡ ÝÕã ËáÇË ÚÔÑÉ ¡æÃÑÈÚ ÚÔÑÉ ¡ æÎãÓ ÚÔÑÉ.
"Jika kamu berpuasa 3 hari ddialam satu bulan, maka berpuasalah pada hari 13, 14 dan 15" - Hadis Hasan.

Jelas hadith diatas menunjukkan yang dimaksudkan 'lebih baik berpuasa' pada 3 hari didalam setiap bulan menunjukkan amalan-amalan ini termasuk didalam amalan puasa sunat atau puasa tambahan [="#800000" size="3"](Õæã ÇáÊØæÚ), seperti Puasa Isnin-Khamis, puasa asyuraa', puasa hari Arafah dan puasa enam hari didalam bulan Syawwal.

Menurut Dr Mustafa Al-Bugho, cuma pada hari ke 13 didalam bulan Zulhijjah tidaklah termasuk hari yang disunatkan berpuasa, kerana ia termasuk didalam hari-hari yang diharamkan berpuasa, iaitu Hari Tasriiq.

wallahu'alam

wassalam

==========

Rujukan :

1. Dr Mustafa Bugho [etc.] Fiqh Al-Manhaji. Cetakan ke 4. Damsyik :Dar Al-Qalam, 2000.
2. Dr Sayyid Sabiq. Hukum berpuasa 3 hari dipertengahan setiap bulan. url : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=3347

خيرالأمين