SJ-2399: Aurat di Bawah Dagu?

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2399: Aurat di Bawah Dagu?

Assalamu Alaikum

Aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.

Soalan saya:

Adakah bawah dagu juga dikira sebagai aurat bagi perempuan?

Saya keliru sebab ada yang katakan ianya aurat dan ada yang kata tidak. Namun yang jelas saya hampir tidak kelihatan perempuan yang menutup bawah dagu apabila bertudung di mana-mana walaupun isteri kepada seorang ustaz ataupun perempuan itu seorang ustazah.

Jadi apakah hukum sebenar? Apakah aurat sebenar perempuan di muka? Jika benar, adakah memadai dengan sekadar pemakaian tudung seperti biasa sebab bawah dagu tidak akan nampak dari depan atau tepi selagi perempuan itu tidak mendongak.

Minta ustaz tolong jelaskan secara terperinci beserta dalil atau nas yang kukuh. Saya terkejut apabila baru tahu ada yang mengatakan ianya juga aurat.

Sekian, terima kasih.

blaze (not verified)
Re: Aurat di Bawah Dagu?

:salam tak ada ke ustaz2 kita yang nak response? :bash

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2399: Aurat di Bawah Dagu?

:wassalam

Jawab:
Tidak ada Panel Fiqh yg respond bermakna bila meletusnya perang yg besar, maka sibuklah masyaikh Ahkam dgn isu semasa .

Yang sebenarnya apa yg anda musykilkan itu termasuk dalam daerah perincian yg tidak dituntut. Ia masuk bab daerah kema'afan dan memadai manusia memahami maksud 'Wajah'
apakah batasan wajah manusia misalnya ketika mengambil Wudhu'.
Maka apakah batasan wajah yg betul2 selesa bagi wanita, atas dagu atau dibawah dagu?
Sudah tentulah dibawah dagu, barulah kain tudung itu kejap dan kemas.
Jika diatas dagu, kemungkinan besar kain tudung itu akan tergelicir.
Batasan muka menurut kitab2 fiqh: bab wudhu' (Albani: Irwa' alGhaleel/92) ialah hujung dagu sampai kebawah dagu itu.

Rumusan: batasan muka sampai kebawah dagu itu sahih menurut kitab hadis. Oleh itu kain tudung berada di bawah dagu masih dibolehkan. (Fathul Bari: 11/ 312) WA