SJ-2463: Pakaian bercampur tahi burung

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2463: Pakaian bercampur tahi burung

Assalamua'laikom ustaz,

1] Sehelai seluar yg terkena tahi burung se waktu di jemuran kemudian tahi burung yg sudah kering itu jatuh dalam longgokan pakaian ketika hendak menggosok. Adakah saya perlu membasuh semula longgokan pakaian tersebut?

2] Apakah yg perlu saya lakukan jika sering berulang membaca niat ketika hendak berwuduk dan bersolat. Masalahnya saya tidak dapat mendengar dalam hati akan sebutan "ta'ala'. adakah disah jika niat itu dibaca sebagai "...kerana allah" tanpa ada sebutan 'ta'ala'

Re: SJ-2463: Pakaian bercampur tahi burung

:wassalam

Jawab:
1. Dima'afkan tahi burung yg gugur dari burung yg terbang atas 'Umum alBalwa' (kesulitan yg amat sukar dihindari), Inilah pendapat sebahagian Syafi'iyah (Mughny Muhtaj: 1/188) dan Hanafiah (Radd alMukhtar: 1/287). Jika ia najis sekalipun, bila sudah kering kerana panas mentari dan hembusan angin, maka hilanglah sifat najisnya (Fiqh Sunnah) WA

2. Niat adalah amalan hati dan tidak perlu bacaan. Bahkan perjalanan menuju ke bilik air utk mengambil wudhu' sudah dikira niat. Niat itu azam atau cita2 atau kehendak hati atau lintasan hati sahaja. (Ibn Qayyim, Ighatsah alLahafan)WA