SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat

:salam
Saya ingin bertanya lagi, bagi seorang perempuan, apakah perlu mengulang semula solat sekiranya setelah selesai solat, kelihatan 2 atau 3 helai rambut berjuntaian keluar. Rambut ini mungkin sudah terjuntai sebelum solat tetapi tidak menyedarinya (kerana tidak mengemaskini pakaian sebelum solat). Diharap ustaz2 di sini sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

Re: SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyallah kami akan menjawab soalan sdri Thoolibah ini dengan sekadar yang mampu.

Ulama semua bersetuju bahawa menutup aurat merupakan syarat sah solat seseorang. Dalilnya, firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]íóÇ Èóäöí ÂÏóãó ÎõÐõæÇ ÒöíäóÊóßõãú ÚöäúÏó ßõáøö ãóÓúÌöÏò
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan solat...)" - [al-A'raaf 7:31]

Mengenai aurat terbuka semasa solat, Imam Al-Syafie r.h. berkata:

[="#0000ff" size="3"]íÌúÒöí ÇáÑøóÌõáó æóÇáúãóÑúÃóÉó ßõáøó æóÇÍöÏò Ãóäú íõÕóáøöíó ãõÊóæóÇÑöíóíú ÇáúÚóæúÑóÉö , æóÚóæúÑóÉõ ÇáÑøóÌõáö ãóÇ æóÕóÝúÊ ( Ãí Èíä ÇáÓÑøÉ æÇáÑßÈÉ ) æóßõáøõ ÇáúãóÑúÃóÉö ÚóæúÑóÉñ ÅáÇ ßóÝøóíúåóÇ æóæóÌúåóåóÇ æóÙóåúÑó ÞóÏóãóíúåóÇ ÚóæúÑóÉñ ÝóÅöÐóÇ ÇäúßóÔóÝó ãöäú ÇáÑøóÌõáö Ýöí ÕóáÇÊöåö ÔóíúÁñ ãöãøóÇ Èóíúäó ÓõÑøóÊöåö æóÑõßúÈóÊöåö æóãöäú ÇáúãóÑúÃóÉö Ýöí ÕóáÇÊöåóÇ ÔóíúÁñ ãöäú ÔóÚúÑöåóÇ Þóáøó , Ãóæú ßóËõÑó æóãöäú ÌóÓóÏöåóÇ Óöæóì æóÌúåöåóÇ æóßóÝøóíúåóÇ æóãóÇ íóáöí ÇáúßóÝøó ãöäú ãóæúÖöÚö ãöÝúÕóáöåóÇ æóáÇ íóÚúÏõæåõ , ÚóáöãóÇ Ãóãú áóãú íóÚúáóãóÇ ÃóÚóÇÏóÇ ÇáÕøóáÇÉó ãóÚðÇ ÅáÇ Ãóäú íóßõæäó ÊóäúßóÔöÝõ ÈöÑöíÍò , Ãóæú ÓóÞúØóÉò , Ëõãøó íõÚóÇÏõ ãóßóÇäóåõ áÇ áõÈúËó Ýöí Ðóáößó ÝóÅöäú áóÈöËó ÈóÚúÏóåóÇ ÞóÏúÑó ãóÇ íõãúßöäõåõ ÅÐóÇ ÚóÇÌóáóåõ ãóßóÇäóåõ ÅÚóÇÏóÊõåõ ÃóÚóÇÏó æóßóÐóáößó åöíó .
"Adalah baik bagi kedua-dua wanita dan lelaki bersolat dengan menutup aurat mereka. Aurat lelaki sebagaimana yang telah dinyatakan (i.e., dari pusat ke lutut), dan semua pada wanita adalah aurat kecuali muka dan tangan. Bahagian atas kaki juga dikira aurat. Jika semasa solat mana-mana bahagian bagi lelaki diantara pusat dan kaki menjadi terbuka, atau mana-mana bahagian rambut wanita, samada banyak atau sedikit, atau mana-mana bahagian badannya dari muka, tangan dan pergelanggan tangan, dan tidak lebih dari itu, menjadi terbuka, samada mereka ketahui atau tidak, maka kedua-duanya (lelaki dan wanita) harus mengulangi solatnya - melainkan ia terbuka akibat tiupan angin, atau tergelincir dan dengan segera ditutup kembali tanpa menangguh" - Al-Umm, Bab Kayfiyyat Libs al-Thiyaab fi Al-Solaah.

Ibn Qudamah r.h. didalam Al-Mughni berkata :

[="#0000ff" size="3"]ÝóÅöäú ÇäúßóÔóÝó ãöäú ÇáúÚóæúÑóÉö íóÓöíÑñ . áóãú ÊóÈúØõáú ÕóáÇÊõåõ . äóÕøó Úóáóíúåö ÃóÍúãóÏõ æóÈöåö ÞóÇáó ÃóÈõæ ÍóäöíÝóÉó
"Jika sedikit dari aurat terbuka, ia tidak menjadikan solat itu tidak sah. Ini adalah pendapat Ahmad dan Hanifah".

Menurut beliau lagi bahawa, mengelak perkara-perkara yang kecil mungkin merupakan satu perkara yang amat sukar, maka kalau perkara itu kecil, ia dima'afkan. Inilah perkara-perkara yang tidak didefinasikan didalam Islam yang dianggap sebagai 'uruf yang menentukan, sebagaimana yang diapplikasikan didalam 'pergerakan yang banyak semasa bersolat'.

Sheikh Khalid Al-Jundi, seorang ulama' Al-Azhar memberikan satu komentar yang baik didalam permasalah ini. Kata beliau :

[="#0000ff" size="3"]ÇáãÑÃÉ ßáåÇ ÚæÑÉ ÚÏÇ æÌååÇ æßÝíåÇ¡ ÝÅÐÇ ÕáíÊ æßÇä ÔíÁ ãä ÔÚÑß ÙÇåÑÇ¡ æßäÊ ÊÚáãíä Ðáß ÝÕáÇÊß ÈÇØáÉ æÚáíß ÅÚÇÏÊåÇ¡ ÃãÇ Åä áã ÊÚáãí¡ æßÇä Ðáß Úä ØÑíÞ ÇáäÓíÇä¡ ÝÕáÇÊß ÕÍíÍÉ¡ æÇáÃæáì áß Ãä ÊÊÃßÏí ãä åÐÇ áÃäå Ãæáì áäÇ Ãä äÛØí ÚæÑÇÊäÇ ÃãÇã ÑÈ ÇáÚÇáãíä.
"bagi wanita, kesemuanya aurat kecuali wajah dan tapak tangan, maka jika apabila terzahir rambutnya ketika solat, dan ketika itu beliau mengetahuinya, maka Batalalah solatnya, dan harus diulanginya. Jika ia tidak mengetahui (rambut telah terkeluar), dan ini bermakna 'kelupaan', maka solat tersebut adalah sah. Adalah lebih awal lagi kita pastikan, kerana adalah satu pemberian untuk menutup aurat dihadapan Tuhan Sekalian Alam".

Kesimpulannya, jika berlaku terkeluarnya rambut tanpa diketahui, ini dianggap sebagai satu kema'afan (atau satu kelupaan), dan solatnya masih sah. Manakala jika ia sedar rambautnya terkeluar semasa bersolat, maka solat tersebut perlu diulangi kembali.

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid. Aurat terbuka didalam solat. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3075&dgn=3&dgn=2

2. Shiekh Khalid Al-Jundi. Fas'aluu Ahlu Al-Zikr : fatawa mua'sirah. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2003. ms. 80.

خيرالأمين