:salam
Saya ingin bertanya lagi, bagi seorang perempuan, apakah perlu mengulang semula solat sekiranya setelah selesai solat, kelihatan 2 atau 3 helai rambut berjuntaian keluar. Rambut ini mungkin sudah terjuntai sebelum solat tetapi tidak menyedarinya (kerana tidak mengemaskini pakaian sebelum solat). Diharap ustaz2 di sini sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat
Primary tabs
Tue, 13/05/2003 - 8:08am
#1
SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Insyallah kami akan menjawab soalan sdri Thoolibah ini dengan sekadar yang mampu.
Ulama semua bersetuju bahawa menutup aurat merupakan syarat sah solat seseorang. Dalilnya, firman Allah swt :
Mengenai aurat terbuka semasa solat, Imam Al-Syafie r.h. berkata:
Ibn Qudamah r.h. didalam Al-Mughni berkata :
Menurut beliau lagi bahawa, mengelak perkara-perkara yang kecil mungkin merupakan satu perkara yang amat sukar, maka kalau perkara itu kecil, ia dima'afkan. Inilah perkara-perkara yang tidak didefinasikan didalam Islam yang dianggap sebagai 'uruf yang menentukan, sebagaimana yang diapplikasikan didalam 'pergerakan yang banyak semasa bersolat'.
Sheikh Khalid Al-Jundi, seorang ulama' Al-Azhar memberikan satu komentar yang baik didalam permasalah ini. Kata beliau :
Kesimpulannya, jika berlaku terkeluarnya rambut tanpa diketahui, ini dianggap sebagai satu kema'afan (atau satu kelupaan), dan solatnya masih sah. Manakala jika ia sedar rambautnya terkeluar semasa bersolat, maka solat tersebut perlu diulangi kembali.
wallahu 'alam
-wassalam-
Rujukan :
1. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid. Aurat terbuka didalam solat. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3075&dgn=3&dgn=2
2. Shiekh Khalid Al-Jundi. Fas'aluu Ahlu Al-Zikr : fatawa mua'sirah. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2003. ms. 80.
خيرالأمين