SJ - 2593 : MENGHINA AGAMA ORANG LAIN

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2593 : MENGHINA AGAMA ORANG LAIN

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Apa hukumnya kita mengata agama orang lain?

Wallahua’lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2193 : MENGHINA AGAMA ORANG LAIN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2193 : MENGHINA AGAMA ORANG LAIN

Alhamdulillah , segala puja-puji hanyalah untuk Allah Ta’ala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .

Selamat bersua kembali dan terima kasih kami ucapkan kepada Saudara VhoutenJr yang budiman . Nampaknya setelah sekian lama saudara tidak pulang bercuti di kampung , saudara sekarang dapat juga sekarang bersenang-senang di kampung dan juga “ membalas dendam apabila dapat “ mengadap komputer “ dengan menghantar banyak soalan ke al-Ahkam Online .

Alangkah bagusnya kalau semua pemuda / I bersemangat seperti saudara untuk mempelajari agama Islam . :yess

Kembali kepada soalan yang diajukan oleh saudara .

Apakah yang saudara maksudkan dengan “ MENGATA “ itu ? , adakah ia bermaksud : “ MENGEJI “ dan “ MENGHINA “ ??? .

Kalau ya , maka jawapannya ialah ;

Walaupun Islam menganggap semua agama , ideologi , falsafah dan ajaran yang tidak berasal daripada wahyu Ilahi dan bertentangan dengannya sebagai SESAT & MENYELEWENG , akan tetapi Islam tidak membenarkan ( mengharamkan ) para penganutnya menghina agama-agama itu dengan sewenang-wenangnya , apatah lagi menghina tuhan-tuhan mereka .

Firman Allah Ta’ala di dalam ayat 108 , surah al-An’am :


æóáÇó ÊóÓõÈøõæÇú ÇáøóÐöíäó íóÏúÚõæäó ãöä Ïõæäö Çááøåö ÝóíóÓõÈøõæÇú Çááøåó ÚóÏúæðÇ ÈöÛóíúÑö Úöáúãò ßóÐóáößó ÒóíøóäøóÇ áößõáøö ÃõãøóÉò Úóãóáóåõãú Ëõãøó Åöáóì ÑóÈøöåöã ãøóÑúÌöÚõåõãú ÝóíõäóÈøöÆõåõã ÈöãóÇ ßóÇäõæÇú íóÚúãóáõæäó

Ertinya : “ Janganlah kalian, wahai orang-orang mukmin, mencela patung-patung yang disembah oleh orang-orang musyrik selain Allah. Hal itu akan membuat mereka marah lantaran perbuatan kalian, dengan berbalik mencela Allah akibat sikap melampaui batas dan kedunguan mereka. Seperti apa yang Kami hiasi mereka dengan rasa cinta terhadap patung-patungnya, masing-masing umat juga Kami hiasi dengan pekerjaannya sesuai kesiapannya. Kemudian, semuanya hanya akan kembali kepada Allah di hari kiamat. Dia akan memberitahu mereka hasil perbuatannya dan akan memberikan balasannya “:.

Bukan itu sahaja ,. Malah agama Islam sendiri mengajar para peganutnya agar BERADAB di dalam berurusan dengan golongan bukan Islam , apatah lagi apabila berdialog dan berdebat dengan mereka mengenai masalah perbandingan di antara agama Islam dengan selainnya

Firman Allah Ta’ala lagi menjelaskan di dalam Surah an-Nahl , ayat 125 :


ÇÏúÚõ Åöáöì ÓóÈöíáö ÑóÈøößó ÈöÇáúÍößúãóÉö æóÇáúãóæúÚöÙóÉö ÇáúÍóÓóäóÉö æóÌóÇÏöáúåõã ÈöÇáøóÊöí åöíó ÃóÍúÓóäõ Åöäøó ÑóÈøóßó åõæó ÃóÚúáóãõ Èöãóä Öóáøó Úóä ÓóÈöíáöåö æóåõæó ÃóÚúáóãõ ÈöÇáúãõåúÊóÏöíäó

Ertinya : “ Wahai Nabi, ajaklah manusia meniti jalan kebenaran yang diperintahkan oleh Tuhanmu. Pilihlah jalan dakwah terbaik yang sesuai dengan kondisi manusia. Ajaklah kaum cendekiawan yang memiliki pengetahuan tinggi untuk berdialog dengan kata-kata bijak, sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Terhadap kaum awam, ajaklah mereka dengan memberikan nasihat dan perumpamaan yang sesuai dengan taraf mereka sehingga mereka sampai kepada kebenaran melalui jalan terdekat yang paling cocok untuk mereka. Debatlah Ahl al-Kitâb yang menganut agama-agama terdahulu dengan logika dan retorika yang halus, melalui perdebatan yang baik, lepas dari kekerasan dan umpatan agar mereka puas dan menerima dengan lapang dada. Itulah metode berdakwah yang benar kepada agama Allah sesuai dengan kecenderungan setiap manusia. Tempuhlah cara itu dalam menghadapi mereka . Sesudah itu serahkan urusan mereka pada Allah yang Maha Mengetahui siapa yang larut dalam kesesatan dan menjauhkan diri dari jalan keselamatan, dan siapa yang sehat jiwanya lalu mendapat petunjuk dan beriman dengan apa yang kamu bawa “~ ( Tafsir al-Muntakhab keluaran Kem. Waqaf Mesir )

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-‘Ankabut , ayat 46 :


æóáóÇ ÊõÌóÇÏöáõæÇ Ãóåúáó ÇáúßöÊóÇÈö ÅöáøóÇ ÈöÇáøóÊöí åöíó ÃóÍúÓóäõ ÅöáøóÇ ÇáøóÐöíäó ÙóáóãõæÇ ãöäúåõãú æóÞõæáõæÇ ÂãóäøóÇ ÈöÇáøóÐöí ÃõäÒöáó ÅöáóíúäóÇ æóÃõäÒöáó Åöáóíúßõãú æóÅöáóåõäóÇ æóÅöáóåõßõãú æóÇÍöÏñ æóäóÍúäõ áóåõ ãõÓúáöãõæäó

Ertinya : “ Janganlah mendebat orang-orang Yahudi dan Nasrani yang berselisih pendapat denganmu kecuali dengan cara yang paling tenang, paling lembut dan paling dapat diterima. Kecuali dengan orang-orang yang melampaui batas normal dalam berdebat, maka tidak ada dosa bagimu untuk menghadapi mereka dengan keras . Dan katakanlah kepada orang-orang yang kalian debat, "Kami percaya dengan apa yang diturunkan Allah kepada kami, yaitu al- Qur'ân, juga dengan apa yang diturunkan kepada kalian, yaitu Tawrât dan Injîl. Tuhan kami dan Tuhan kalian adalah satu. Dan kami hanya tunduk kepada-Nya semata “ . ~ ( Tafsir al-Muntakhab keluaran Kem. Waqaf Mesir )

Adapun mengenai sikap para ulama’ rh kita di dalam menghadapi mereka ketika berdialog ataupun perdebatan , maka itu bukanlah bermakna para ulama’ kita menghina agama-agama masyarakat bukan Islam , sebaliknya itu adalah memberikan keterangan berkenaan dengan perbezaan Islam dan keunggulannya berbanding agama-agama lain .

Begitu juga , kebanyakan hujah yang digunakan oleh para pendakwah Islam ketika berhadapan dengan golongan agamawan bukan Islam adalah secara “ keris makan tuan “ agar mereka sendiri terfikir kewarasan dan kebenaran hujah yang mereka pegang selama ini ataupun kesahihan ajaran yang mereka anuti .

Jadi tidaklah timbul persoalan mengapakah ulama’ rh kita menghina agama-agama selain Islam kerana berdialog dan berdebat itu sendiri berbeza dengan cara menghina dan memperlekehkan secara langsung .

Kalau mengata agama orang lain sendiri pada ASAL dan ASASNYA tidak dibenarkan oleh Islam, maka apatah lagi jika umat Islam itu sendiri menghina dan mempertikaikan kemampuan agama Islam yang sesuai pada setiap masa dan tempat !!?? .

Jangan kita fikir umat bukan Islam sahaja menghina Islam , bahkan sebenarnya mereka itu menghina Islam disebabkan ada sebahagian umat Islam yang dungu itu sendiri yang menghina agama Islam . Ada umat yang mengaku Islam mempertikai hukum hudud , ada umat yang mengaku Islam menghina Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Ulama’ r.a , ada sebahagian manusia yang masih berani mengaku Islam tetapi terang-terang hidup dan berfikir seperti masyarakat bukan Islam ……………dsbgnya lagi .

Umat Islam sepatutnya menjadi MAHAGURU dan CONTOH TERBAIK untuk diteladani oleh golongan bukan Islam, tapi sayang seribu kali sayang , kita pula yang terpaksa belajar adab dan nilai-nilai murni daripada mereka !!! .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
05 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
05 / Jun / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum