SJ-2644 - TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH DAN ASMA' WAS SIFAT

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2644 - TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH DAN ASMA' WAS SIFAT

APA ITU TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH DAN ASMA' WAS SIFAT

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2644 - TAUHID ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH DAN ASMA' WAS SIF

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Yusry dengan memetik makalah yang telah ditulis oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang bertajuk : "Al-Duruus Al-Muhimmatu li'aammati al-Ummati" [="#800000" size="3"](ÇáÏÑæÓ ÇáãåãÉ áÚÇãÉ ÇáÃãÉ ) atau "Pelajaran penting bagi orang awam" didalam bahagian 3 bab (ms 3): Pembahagian tauhid dan syirik. Kata Bin Baaz :

"Tauhid Rububiyah ialah mengimani bahwa Allah swt adalah pencipta segala sesuatu dan mentadbir kesemuanya dan tidak ada sekutu bagiNya dalam perkara tersebut.

Tauhid Uluhiyah ialah mengimani bahwa Allah swt lah yang berhak untuk disembah, tidak ada sekutu bagiNya dalam hal tersebut. Inilah makna, tidak ada yang berhak disembah dengan haq kecuali Allah swt. Maka, segala bentuk ibadah seperti solat, puasa dan yang lainnya, wajib dilaksanakan hanya untuk Allah swt. Tidak boleh ada satu bentuk ibadah pun yang ditujukan kepada selain Allah swt.

Tauhid Asma' wa Sifat ialah mengimani semua apa yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith-hadith sahih tentang nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya. Maka menetapkan itu semua untuk Allah swt 'tahrif' (mengubah), tanpa ta'thil (menidakkan), takyif (menanyakan bagaimana caranya), dan tanpa tamstil (penyerupaan), sesuai dengan firman Allah swt:

[="#ff0000" size="3"]Þõáú åõæó Çááøóåõ ÃóÍóÏñ Çááøóåõ ÇáÕøóãóÏõ áóãú íóáöÏú æóáóãú íõæáóÏú æóáóãú íóßõäú áóåõ ßõÝõæðÇ ÃóÍóÏñ
"Katakan, Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat bergantung. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada yang setanding denganNya akan sesuatu pun." (Al-Ikhlas: 1-4).

Dan firman Allah swt :

[="#ff0000" size="3"]áóíúÓó ßóãöËúáöåö ÔóíúÁñ æóåõæó ÇáÓøóãöíÚõ ÇáúÈóÕöíÑõ

"Tidak ada yang seperti Dia sesuatu pun dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syura: 11).

Tapi ada sebagian ulama yang membahagikan tauhid menjadi dua bahagian sahaja dengan menggabungkan Tauhid Asma' wa Sifat pada Tauhid Rububiyah. Dan tidak ada masalah dalam hal ini, karena yang dimaksud oleh dua jenis pembahagian ini sudah jelas. "

Wallahu 'alam

-wassalam-
--------------------------
Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Duruus Al-Muhimmatu li'aammati al-Ummati. Riyad : Dar Adhwa', 2002.

2. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Duruus Al-Muhimmatu li'aammati al-Ummati url : http://www.binbaz.org.sa/Display.Asp?f=drs00003.htm

خيرالأمين