SJ - 2660: Batal atau tidak wudhuk?

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2660: Batal atau tidak wudhuk?

Baru-baru ini kakak kepada isteri saya berpisah dengan suaminya. Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tahun. Dengan pendapatan beliau yang kecil dan perlu menyara anak, saya dan isteri meminta beliau tinggal dengan kami. Anak perempuan beliau dengan saya agak rapat, mungkin kerana dia menganggap saya ayahnya. Persoalan saya, adakah wudhuk saya terbatal sekiranya tersentuh kulit dengan anak perempuan beliau?

semutapi (not verified)
Re: Batal atau tidak wudhuk?

Assalamualaikum;

Tidak batal wuduk sentuhan dgn kanak2.Bahkan dgn wanita dewasa juga tidak batal wuduk jika tanpa rasa shahwat (silalah saudara meniliti masalah ini di dalam arkib kita. Masalah sentuhan dgn wanita dewasa ini memerlukan pemahamam yg lebih detail lagi kerana ia berkaitan dgn mazahab)

Utk jawapan bersertakan dalil yang lengkap,tunggulah jawapan dari Al-Fadhil Ustaz kita. Nasihat saya utk saudara dan juga diri saya, rajin2lah belajar ilmu fardhu Ain. Kerana tidak ada istilah terlambat utk belajar. Wallahualam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2660: Batal atau tidak wudhuk?

Jawab:
Benar spt apa yg dikhabarkan oleh sdr Semutapi.
Kita memilih pendapat Syafi'iyah utk anda:
al Umm: 1/15; arRimli, anNihayah: 1/102; Khatib Syarbini, Mughny Muhtaj: 1/34
Syafi'iyah menetapkan: Tidak batal jika menyentuh perempuan kerana ia belum sampai keperingkat umur yg memberahikan menurut uruf (adat).
Kami juga membahaskan isu ini dari sudut tarjeeh dan tahqeeqan (perbandingan dan analitis). Sila brows archive. WA