SJ - 2698: (Bahrain) taklid dalam hukum bacaan fatehah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2698: (Bahrain) taklid dalam hukum bacaan fatehah

Cuma inginkan kepastian...Saya tahu dalam mazhab Syafi'ee, makmum mesti membaca Fatehah di dalam jemaah. Masalahnya ialah di Bahrain, di mana saya menetap sekarang, walaupun mereka bermazhab Shaf'iee, tetapi mereka meletakkan Fatehah ke atas tangan imam bila berjemaah (saya sering di tegur kerana terlambat mengikut imam). Mungkin mereka bertaklid ke atas Hanafi dalam permasalahan ini. Persoalannya sekarang, adakah saya juga harus bertaklid seperti mereka atau teruskan dgn cara yg saya biasa (dan selesa) dan terus berdebat dgn makmum lain selepas solat. Kebanyakkan mereka tak percaya bila saya terangkan bahawa dalam mazhab Shafi'ee, fatehah wajib dihabiskan dan ada kelonggaran untuk ketinggalan (lambat) 2 rukun fi'li dgn bersebab daripada imam. Saya tak mahu menimbulkan fitnah terutama sekali apabila solat berjemaah. Saya harap ustaz faham soalan saya dan dapat beri penjelasan.

semutapi (not verified)
Re: taklid dalam hukum bacaan fatehah

:salam
Sedikit nota utk Saudara Mizzi4, persoalan ini diambil dari Al-Ahkam.
Terima kasih kembali kepada Al- Ahkam :doa. Tunggulah jawapan yg lebih jelas dari Al Fadhil Ustaz2 Al-Ahkam.

Assalamu'alaikum!

Ustaz THTL, merujuk kpd jawapan ustaz dlm SJ 1517, mengapakah di dalam Shahih Muslim terdapat Hadith Rasulullah (maksud hadith) yg mengatakan "Tiada solat tanpa Fatihah" dan pd masa yg sama ada juga maksud hadith yg menyatakan "Imam itu utk dituruti". Jadi bgmn kah keadaan makmum yg sebenarnya? Adakah maksud hadith yg menyatakan Tiada solat tanpa Fatihah itu hanya untuk solat sendiri sahaja? Jazakallah.

Jawab:
[U] = pelajaran ulangan

Apakah makmum membaca alFatihah di belakang Imam adalah isu khilafiah. Kita perturunkan sekali lagi rumusan dari

Madzhab empat yg Muktabar:

Syafi'iy: wajib makmum membaca Fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan

Hanafi: makruh tahrim bg makmum membaca fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan

Maliki: makruh membaca Fatihah jika dlm solat nyaring, sunat dibaca jika dalam solat perlahan

Hanbali: makruh dibaca jika dalam solat nyaring atau ketika Imam sedang membaca;Mustahab (disukai) jika dalam solat perlahan atau ketika Imam diam selepas selesai membaca fatihah.

Maka pendapat Maliki dan Hanbali itulah yg ramai disokong oleh ahli tahqeeq (penilai semula hukum2 feqh Islami), antaranya mantan Syaikhul Azhar, Sayyid Sabiq, yakni alFatihah tidak perlu dibaca dalam raka'at jahar (nyaring) dan dibaca ketika raka'at sirr (senyap) atau ketika makmum tidak mendengar bacaan Imam. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya Imam Ibn Qayyim alJawzea mendokong pendapat Hanbaliah. Muhaddis Syaikh Albani dalam solat Sifatun Nabi juga mendokong pendapat makmum tidak membaca ketika Imam membaca dgn nyaring dan makmum membaca ketika Imam membaca secara senyap. Pendapat Maliki dan Hanbali ini mengimbangi hadis yg anda bawa itu; manakala pendapat Syafi'iy yg diamalkan di Malaysia hanya mengguna hadis "Tiada solat tanpa fatihah". WaLlahu a'alam

Re: SJ - 2698: (Bahrain) taklid dalam hukum bacaan fatehah

Jawab:
:salam
Tidak ada perintah agama bahawa anda kena berpegang dgh alQur:an, Sunnah dan Madzhab. Muqallid bertaklid dgn apa yg dilakukan oleh kebanyakan orang disekelilingnya.
Jika benar spt yg anda jelaskan itu, amalan masyarakat setempat anda di Bahrain itu ialah Hanafi. Ini kerana imigran yg terbesar di negara2 Teluk ialah dari Indo-Pakistani yg rata2 bermadzhab Hanafi.
Langkah yg terbaik: meneliti fiqh ikhtilaf (bagaimana ulama' berselisih ) dalam masalah ini dan pendapat yg pertengahan ialah pendapat Hanbali, Maliki dan Salafiya (Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim) iaitu makmum wajib diam ketika Imam membaca dgn jahar (kuat) dan makmum wajib membaca ketika Imam membaca dgn sirr (perlahan). Dalilnya AQ: 7: 204 (dan jika dibacakan alQur:an, maka perhatikanlah dan diamlah agar kalian mendapat rahmat)
Dalil hadis: HR Muslim dari Abu Hurayra ra (bahawasanya Imam itu wajar utk diikuti, jika ia bertakbir, takbirlah, dan jika ia membaca, maka diamlah). Key word: jangan fanatik pada satu-satu madzhab. WA