SJ - 2707: Masalah rumahtangga

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2707: Masalah rumahtangga

A'kum w.t.w.

Saya telah berkahwin dengan pasangan saya sejak 6 bulan yang lepas. Pada masa ini, kami masih lagi didalam proses mengenali diri dan hati budi antara satu sama lain selepas perkahwinan.
Satu sikap isteri yang tidak saya sukai ialah dia akan menyalam dan mencium pipi dan dahi abangnya setiap kali berjumpa dan berpisah sedangkan sewaktu menyambut saya pulang atau berjumpa saya tidak pula disambut dengan cara tersebut. Telah banyak kali saya katakan pada dia, namun tiada perubahan yang kekal. Timbul rasa kecil hati pada diri saya dan saya tertanya-tanya sendiri adakah dia lebih menyayangi abangnya berbanding saya.

Atas dasar marah (mungkin) atau cemburu, saya telah mengarahkan dia supaya tidak mencium abangnya lagi dan menyebabkan pertelingkahan antara kami. Namun saya masih tetap dengan pendirian saya yang tidak membenarkan dia mencium lelaki lain selain saya, bapa dan budak lelaki yang berumur dibawah 12 tahun. Mungkin saya gila agaknya kerana berkata demikian.

Soalan saya, adakah ianya merupakan taklik yang akan menyebabkan penceraian/jatuh talak sekiranya dia melakukannya lagi.
Ayat saya keluarkan ialah " Tidak dibenarkan cium abangkan kau ataupun lelaki lain kecuali ayah dan budak lelaki berumur dibawah 12 tahun sekiranya dia masih sayangkan saya. Kalau tidak.. tak tahulah....."
Dia jawab " Okey"
Apa pendapat ustaz???

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2707: Masalah rumahtangga

:wassalam
Pendapat kami:
Anda begitu keras terhadap isteri anda!
HR Bukhari-Muslim dari Abi Hurayra ra," (hadis wanita dari tulang rusuk Adam)..maka seandainya kamu hendak meluruskannya secara mendadak nescaya patahlah dia.."
Adat isteri anda itu agak anih dan di luar dari uruf kebiasaan. Biasanya si adik tidak memeluk dan mencium abang, yg biasa ialah si adik mencium tangan abang tanda senioriti.
Maka kami bersetuju dgn teguran anda kepada isteri anda dan tidaklah sampai memberi katadua (ultimatum) berupa taklik itu. Ia sebenarnya tidak perlu. Semua perkara boleh dibawa berbincang dan anda sebagai suami boleh menetapkan apa yg anda fikirkan kena dgn citarasa anda. Pada pendapat kami lafaz yg anda ucapkan itu bukanlah lafaz cerai taklik kerana anda menggantung pada kalimah..Kalau tidak, tak tahulah!..Kalimah tak tahulah itu menandakan perasaan emosi anda. WA