SJ - 2731: memakan sesuatu dari majlis yg bidaah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2731: memakan sesuatu dari majlis yg bidaah

assalamualaikum
Berdasarkan pandangan yg mengatakan sambutan harijadi adalah bida'ah, bagaimanakah hukumnya jika saya menerima pemberian makanan dari seseorang yang menyambut harijadinya ?
btw, saya dah pun makan dan ada juga berfikir utk mengucapkan selamat hari jadi serta mendo'akan kesejahteraan utknya.
wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2731: memakan sesuatu dari majlis yg bidaah

:wassalam
Jawab:

Inilah bentuk salah faham istilah BID'AH yg menyebabkan masyarakat menjadi huruhara. Mulai sekarang hendaklah kita faham Bid'ah yg diperangi agama ialah definasi bid'ah secara syar'iy bukan lughawi (definasi kalimah Bid'ah menurut syara' bukannya menurut bahasa).
Bid'ah yg diperangi ialah bid'ah dalam urusan agama atau perbuatan berlebih-lebihan dalam ibadah (definasi Imam asySyatibi). Definasi Syatibi ini hendaklah dianggap definasi yg standard yg perlu diseragamkan kerana tersibarnya semua bid'ah adalah sesat dan semuanya keNeraka.
Adapun bid'ah spt sambutan hari jadi itu bukanlah bid'ah dalam ibadah. Ia adalah bid'ah dari segi lughawi (bahasa) sahaja.
Kita ulangi sekali lagi: Bid'ah yg sesat ialah bid'ah yg berlaku dalam ibadah yg diciptakan utk berlebih2an dalam ibadah. Cth: tawaf di kubur orang soleh.
Bid'ah dalam urusan selain agama spt adat dan kebiasaan dilihat secara kes demi kes.

Hari jadi adalah sambutan universal dan sambutannya tidak tercela cuma meninggalkannya lebih baik kerana manfa'atnya terlalu kecil memandangkan peningkatan umur bukanlah suatu yg unik dan satu pencapaian luar biasa. Jika ada 6 bilion manusia, kesemua 6 bilion itu ada birthday masing2..jadi apa signifikannya?
Jadi mengucap, mendo'akan dan memakan jamuan birthday bukanlah suatu dosa. Ini berdasarkan kaedah yg masyhur: asal setiap sesuatu adalah mubah (harus) kecuali ada nas yg menegahnya. WA