SJ-2784: HARTA KARUN

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2784: HARTA KARUN

Ana ada sedikit kemusykkilan…

Dalam Fiqh… apa hukumnya jika kita menemui sesuatu yang berharga seperti emas, mutiara dan sebagainya dan letaknya di tempat-tempat awam yang tidak berkepunyaan…? Dan apa pulak hukumnya jika barang tu dijumpai di kawasan kita – tanah kita, rumah kita dsb?

Wa

semutapi (not verified)
Re: HARTA KARUN

:salam

Harta karun adalah harta yg dijumpai didlm tanah atau lain2 tpt spt gua dll dan ianya adalah harta lama. Dlm hukum fekah jika kita menjumpainya maka ia adalah milik kita dan harta tersebut perlulah dikeluarkan zakat serta merta (kalau tak silap saya masa belajar sekolah menengah dulu).Dibawah akta tanah negara tak tahulah pulak macam mana :adus(adakah ianya milik kerajaan?).

Jika kita menjumpai [email]emas@permata@mutiara">emas@permata@mutiara di tempat awam cth: bus stop, toilet awam dll,ia adalah sesuatu yg pelik, boleh kelabu mata dibuatnya.Sebabnya kebiasaan org awam akan menyimpan harta benda mereka ditempat yg selamat cth: beg tangan. Tetapi disebabkan ianya dijumpai ditempat awam maka ianya bukan lagi harta karun. Ia adalah harta kepunyaan 'awam' :nari, yakni sesiapa sahaja yg mungkin tertinggal atau terjatuh. Hukumnya..ia tidak boleh dijadikan hak milik melainkan ianya hendaklah diwartakan terlebih dahulu kepada khalayak umum, cth: diwartakan di sepiker masjid selepas solat jumaat selama beberapa kali jumaat...saya pun tak berapa pasti berapa lama ( kita serahkan kepada Ustaz2 kita yg mahir utk perincikan lagi). Tetapi jalan pintasnya, kita serahkan saja harta tersebut kepada pihak berwajib utk mereka selesaikan.

Adapun soalan berkaitan harta yg dijumpai dikawasan/tanah milik sendiri ianya memerlukan soalan yg lebih detail:
Adakah harta tersebut dlm bentuk 'raw material' atau dgn kata lain emas/permata/mutiara asal, atau bahan2 tadi telah diproses.

Jika ianya dlm bentuk asal cth: kita pergi kekebun utk tnm pisang...tiba2 masa berjalan 'pop' tersepak tunggul kayu sampai terjatuh, bila nak menyumpah tunggul kayu tadi dan ditenggok dekat2 rupa2nya seketul emas, terus tak jadi menyumpah. Maka mungkin tanah kita tadi adalah kawasan yg mengandungi emas, boleh mendulang emas...
maka ianya adalah milik kita. Tetapi mungkin tidak kesemuanya; bergantung kpd akta tanah negara, yg mana sesetengah bahan2 asli spt emas@bijih Tunggulah jawapan yg tepat berserta dgn dalil dari pada Al Fadhil Ustaz kita sekalian. Saya hanya memberi pandangan sahaja. Maaf dipinta jika ada bahasa yg terkasar atau tersasul.
Wallahualam. :wassalam

zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-2784: HARTA KARUN

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Saya akan salin dan terjemahkan satu fasal dengan lengkap mengenai Luqathah atau barang temuan berdasarkan mazhab Syafi'i. Ia saya salin dari Matan Abi Syuja;. Kita juga boleh dapatkan penjelasan mengenai luqathah ini pada mana-mana kitab feqh dari semua mazhab.

Ada satu jenis lagi barang temuan, tetapi yang terpendam. Ia dipanggil rikaz. Ia memerlukan satu penjelasan lain khusus mengenai bab berkenaan. Atau rujuk dalam mana-mana kitab feqh mengenai rikaz (ÑßÇÒ). Ini yang barangkali kita panggil sbg harta karun.

Yang dimaksudkan dengan rikaz ialah harta yang terpendam dari masa jahiliyah atau pra Islam. Jika ia bukan harta dari masa jahiliyah atau pra Islam, atau tidak diketahui samada ia dari zaman mana, maka ia tidak dihukum sbg rikaz tetapi luqathah/barang temuan. (Feqhus Sunnah)

Berikut ini adalah kitab matan Abi Syuja' yang saya salin dan terjemahkan:



ÝÕá: æÅÐÇ æÌÏ áõÞØóÉð Ýí ãóæóÇÊ Ãæ ØóÑöíÞ Ýáå ÃÎúÐõåÇ Ãæ ÊóÑúßõåÇ æÃÎúÐõåÇ Ãæáì ãä ÊóÑúßöåóÇ¡ Åä ßÇä Úáì ËöÞóÉ ãä ÇáÞöíóÇã ÈåÇ.

Fasal: Apabila seseorang itu menemui suatu barang (luqhatah/barang temuan) samada di tanah yang mati atau dijalanan, maka dia boleh mengambilnya ataupun meninggalkannya. Dan mengambilnya adalah lebih utama, itupun jika dia percaya bahawa dia boleh menjaga barang temuan itu.



æÅÐÇ ÃÎóÐóåÇ æÌóÈó Úáíå Ãä íÚÑÝ ÓÊÉ ÃÔíÇÁ: æöÚóÇóÁóåÇ æÚöÝóÇÕóåÇ¡ ææößóÇÁóåóÇ¡ æÌöäÓóåóÇ¡ æÚóÏóÏóåÇ¡ ææóÒäóåÇ.

Jika dia mengambilnya, maka wajib ke atasnya mengetahui enam perkara: 1. Bekas/tempatnya. 2. penutupnya. 3. talinya. 4. Jenisnya. 5. bilangannya. 6. timbangannya.



æíÍÝÙåÇ Ýí ÍöÑúÒö ãöËáöåóÇ¡ Ëã ÅÐÇ ÃÑÇÏ ÊóãóáøõßóåóÇ ÚóÑøóÝóåóÇ ÓäÉ Úáì ÃÈæÇÈ ÇáãÓÇÌÏ¡ æÝí ÇáãóæÖöÚ ÇáÐí æÌÏåÇ Ýíå¡ ÝÅä áã íÌöÏ ÕÇÍÈåÇ ßÇä áå Ãä íóÊóãóáøóßóåÇ ÈÔÑØ ÇáÖøóãóÇä.


Barang temuan itu wajib disimpan di tempat simpanan yang sesuai. Kemudian jika dia ingin memiliki barang temuan itu, dia mestilah mengumumkan selama setahun di pintu-pintu masjid dan juga di tempat di mana barang itu ditemui. Maka jika tidak dapat menemui pemiliknya, bolehlah dia memiliki barang temuan itu dengan syarat dhamaan (dia mestilah menggantinya jika pemilik itu ditemui).



æÇáøõáúÞóØÉ Úáì ÃÑÈÚÉ ÃóÖúÑõÈ: ÃÍÏåÇ ãÇ íóÈúÞì Úáì ÇáÏøóæÇã¡ ÝåÐÇ Íßãå.
æÇáËÇäí: ãÇ áÇ íÈÞì ßÇáØÚÇã ÇáÑøóØúÈ¡ Ýåæ ãõÎóíøóÑñ Èíä Ãóßúáöå æÛõÑúãöå¡ Ãæ ÈóíúÚöå æÍöÝúÙö Ëãóäöå.
æÇáËÇáË:ãÇ íÈÞì ÈÚöáÇÌ ßÇáÑøõØóÈö ¡ÝíÝúÚóáõ ÇáãóÕúáóÍóÉ ãä ÈóíúÚöå æÍöÝúÙö Ëãäå¡ Ãæ ÊóÌúÝöíÝå æÍöÝúÙöå. æÇáÑÇÈÚ: ãÇ íóÍúÊóÇÌ Åáì äóÝóÞóÉ ßÇáÍíæÇä¡ æåæ ÖóÑÈóÇä: ÍíæÇä áÇ íóãÊóäöÚõ ÈäÝÓå Ýåæ ãõÎóíøóÑñ Èíä :Ãßúáöå æÛõÑúãö Ëãäå¡ Ãæ ÊóÑúßöå æÇáÊøóØóæõÚö ÈÇáÅäÝÇÞ Úáíå¡ Ãæ ÈíÚå æÍÝÙ Ëãäå .
æÍíæÇä íóãúÊóäöÚõ ÈäÝÓå¡ ÝÅä æÌóÏóå Ýí ÇáÕÍÑÇÁ ÊóÑóßóå¡ æÅä æÌÏå Ýí ÇáÍóÖóÑ Ýåæ ãõÎóíøóÑñ Èíä ÇáÃÔíÇÁ ÇáËáÇËÉ Ýíå.


Barang temuan (luqathah) ada empat jenis:
1. Jenis yang kekal seperti emas dan perak. Maka itulah hukumnya (perkara yg disebutkan di atas).
2. Jenis yang tidak kekal seperti makanan basah. Orang yang menemuinya boleh memakannya, kemudian menggantinya, atau boleh menjualnya dan menyimpan wang hasil jualannya.
3. Jenis yang tidak kekal jika tidak dijaga atau diproses, seperti kurma yang basah. Penemunya hendaklah melakukan apa yang terbaik untuknya, samada menjual dan menyimpan wang hasil jualannya atau mengeringkan dan menyimpannya.
4. Jenis yang memerlukan biaya, seperti binatang. Jenis ini terbahagi dua jenis:
i. Binatang yang tidak boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Penemunya boleh memakannya dan menggantikan nilai harganya atau memeliharanya secara sukarela, kemudian menjual dan menyimpan wang hasil jualannya.
ii. Binatang yang boleh mencegah/menjaga dirinya sendiri. Jika ia ditemui di padang, hendaklah dibiarkan/ditinggalkan. Jika ia ditemui di kampung, penemunya boleg memilih melakukan antara 3 perkara yg tersebut di atas.



ÝÕá:æÅÐÇ æõÌöÏó áóÞöíØ ÈÞóÇÑöÚóÉ ÇáØÑíÞ ¡ÝÃÎÐå æÊóÑÈöíóÊå æßÝóÇáóÊå æÇÌöÈóÉ Úáì ÇáßöÝóÇíÉ.
æáÇ íõÞóÑøõ ÅáÇ Ýí íóÏö Ããíä¡ÝÅä æõÌöÏó ãÚå ãÇá¡ ÃäÝÞ Úáíå ÇáÍÇßã ãäå æÅä áã íæÌÏ ãÚå ãÇá ÝäóÝóÞóÊå Ýí ÈíÊ ÇáãÇá

Fasal: Apabila ada kanak-kanak yang ditemui di jalanan, maka hukum mengambilnya, menjaganya dan memeliharanya adalah fardhu kifayah. Kanak-kanak ini tidak boleh ditinggalkan kecuali di tangan orang yang boleh dipercayai.

Jika didapati pada kanak-kanak itu ada harta, hakim hendaklah menampung kos perbelanjaan kanak-kanak itu dengan harta berkenaan. Jika kanak-kanak itu tiada harta, maka kosnya adalah ditanggung oleh baitulmal.

--- Selesai ---

:wassalam