:salam
Ana nak tanya skit berkenaan awwalliyat...ana tinggal berhampiran dgn surau..Utk solat Subuh kadang-kadang ana terjaga ketika azan. Sudah selesai bersiap utk solat, imam telah mula solat. Adakah ana perlu solat sunat subuh dan kemudian pergi ke masjis utk berjamaah dan masbuq pd rakaat kedua tetapi yang pastinya ana sempat utk berjemaah di surau. Mana lebih utama solat sunat atau takbir pertama bersama imam?
:wassalam
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ateed ini dengan sekadar yang mampu, Insyallah.
Persoalan yang mana lebih aula, sudah tentu yang wajib lebih aula dari yang sunat. Malah menurut Ibnu Utsaimin didalam Fatwanya (1/345), bahawa jika seseorang itu sedang menunaikan solat sunat, dan ia berada di rakaat ke2, hendaklah ia memendikkannya, dan jika ia baru berada didalam rakaat pertama, hendaklah di menyertai Imam didalam solat jemaah. Ini berdasarkan Hadith Nabi saw :"Jika berlaku iqamah untuk solat, maka tiadalah solat lain melainkan yang wajib" (Sahih Muslim,1/493). Inikan pula kalau belum memulakan solat sunat, maka lebih prioriti didahulukan yang wajib, iaitu melakukan Solat Subuh berjemaah.
Didalam SJ yang lepas, kami ada membincangkan waktu Solat Sunat Subuh ini :
SJ - 2754 : Solat Sunat Fajar Sebelum Masuk Waktu Subuh
Ringkasnya, mazhab Syafie menjelaskan bahawa waktu solat sunat ini adalah :"pada waktu masuk solat Subuh, dan ia bermula dari Fajar Saadiq sehinggalah terbit matahari" - (Fiqh 4 mazhab).
Disana terdapat hadith yang membolehkan Solat Sunat fajar walaupun matahari telah terbit. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :
Ulama' Salaf dan beberapa Imam yang lain (seperti Imam Ahmad) membenarkan solat sunat subuh bagi mereka yang tidak sempat dilakukan sebelum subuh, di qadho' selepas subuh. Bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Ibn Baaz (Majmu' Fatawa 4/332) mengatakan :
Bagi mereka yang tertidur sehingga naiknya matahari juga dibenarkan menunaikan Solat Sunat Fajar. Ini dapat dilihat didalam Kenyataan Fatwa Al-Lajnah Daaimah Saudi Arabia mengatakan :
Imam Malik dan Ahmad berkata (Lihat Ensaiklopedia Fiqh Kuwait):
wallahu'alam, wassalam
-----------
Rujukan :
1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz - 4. cetakan 1.
Riyad : Dar Al-Watan, 1995.
2. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 7. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000.
3. Ensaiklopedia Feqh Kuwait. [="#800000" size="3"]ÞÖÇÁ Óää ÇáÕáÇÉ http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=74350
خيرالأمين