:salam
Ana nak mintak tolong ikhwah semua bantu ana pasal bayi tabung uji. Kalau boleh dapat disertakan nas-nas dan pendapat-pendapat ulama' terutama Syeikh Dr Yusof Qaradhawi berkenaan bayi tabung uji dan teknologi-teknologi yang sewaktu dengannya
:wassalam
Yusuf Al-Qardhawi di dalam Kitabnya Al-halal Wal haram fil Islam, berpegang kepada pendapat syeikh Syaltut yakni percantuman benih yang bukan dari ikatan yang sah dan disuntik bukan kepada empunya rahim yang sah adalah sama dgn zina.
Apakah itu bayi tabung uji? Bayi tabung uji ialah percantuman benih di antara lelaki dan perempuan di luar tabi’ie (bukan secara persetubuhan normal).
Akademi Fiqh Islam kali ke-3 yang berlangsung di Amman Jordan 8-12 Safar 1407 memutuskan bahawa kaedah persenyawaan di luar tabie adalah haram dari segi syarak kerana ia akan menyebabkan percampuran keturunan, mensia-sia sifat keibuan dan lain-lain. Walaubagaimanapun persenyawaan tabung uji diharuskan dgn 2 cara berikut:
1. Persenyawaan dilakukan dgn mencantumkan benih suami dgn telur isteri secara persenyawaan luaran kemudian disuntik ke dlm rahim isteri
2. Persenyawaan dilakukan dgn cara mengambil benih suami kemudian disuntik ke mana-mana tempat munasabah di dalam saluran peranakan isteri atau rahimnya agar berlaku persenyawaan.
Majlis fatwa mesir mengeluarkan fatwa pada 23 march 1980
“Mensenyawakan telur isteri dgn sperma suami tanpa ada sedikit syakpun kemungkinan ia bercampur dgn sperma lelaki lain adalah harus hukumnya dan mensabitkan nasab anak yang dilahirkan. Andai kata sperma terlibat bukan milik suaminya, jelas hukumnya haram dan mengandungi unsure-unsur zina.
Mengambil telur isteri yang tidak dapat melahirkan anak kemudian mensenyawakan dgn sperma suami diluar rahim kemudian memasukkan kembali ke dalam rahim isteri selepas melalui peringkat kematangan, tanpa bertukar ganti atau bercampur dgn mani insan lain atau mani binatang, disebabkan keperluan perubatan dan setelah mendapat nasihat doctor pakar yang mahir yang mengesyorkan cara ini, hukumnya adalah harus.”
Majlis Akademik Fiqh Rabitah Alam Al-Islami, Makkah Al-Mukarramah, kali ke-8, pada Jun 1985 memutuskan bahawa:
“Keperluan isteri yang berkahwin yang tidak dapat melahirkan anak dan keperluan suamunya kepada anak dikira satu keperluan yang disyariatkan yang mengharuskan rawatan dilakukan dgn menggunakan teknik2 yang harus termasuklah melalui persenyawaan tabung uji. Sungguhpun begitu, resolusi majlis berpendapat kaedah ini tidak selamat dan boleh menimbulkan keraguan. Oleh yang demikian, resolusi majlis hanya membenarkan kaedah ini dalam keadaan dharurat yang amat sangat.”
Kenapa prinsip ibu tumpang (benih suami isteri dicantumkan di luar tabi’ie lalu disuntik kepada perempuan lain) tidak harus pada pandangan syarak? Ini kerana ia bertentangan dgn firman Allah S.W.T:
“Ibunya telah mengandungkannya dgn menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusu)” (Surah Luqman:2guin ayat 14)
Yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah ibu mengandungkan anak di dlm perutnya dan dia (ibu) mengalami kelemahan demi kelemahan dari sehari ke sehari, dan inilah punca kepada sifat keibuan.
“Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.” (Surah At-Tariq: ayat 7)
Ayat ini menjelaskan anggota-anggota dan kekuatan2 yang ada pada lelaki dan perempuan saling bekerjasama dalam membentuk asas permulaan kelahiran insane iaitu dgn mani lelaki dan ovum perempuan.
“Ia diciptakan dari air mani yang memancut ke dalam rahim.” (surah at-tariq: ayat 6)
http://www.zayed.com
:wassalam
Pengesahan:
Lulus utk Posting. JKK