SJ - 2886: [G] Surau tiada jemaah???

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2886: [G] Surau tiada jemaah???

:salam

Ustaz, saya mempunyai kemusykilan berkenaan dengan solat jemaah disurau (kampung).
1. Adakah dosa ditanggung oleh keseluruhan masyarakat kampung itu sekiranya tiada jemaah yang mengimarahkan surau yakni tiada solat berjemaah di surau tersebut, sekiranya adapun kadang² sahaja. Adakah ini merupakan fardhu kifayah atas tiap² masyarakat kampung itu?

2. Sebagai suami, kita solat di rumah mengimamkan keluarga kita sedangkan pada masa yang sama surau yang terdapat di kampung kita tiada jemaah.Kalau ada pun mungkin 2 atau 3 orang jemaah sahaja. Soalan saya manakah lebih afdal untuk suami berjemaah di surau atau berjemaah di rumah?
Harap mendapat penjelasan daripada ustaz. :wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Surau tiada jemaah???

:salam

Persoalan sdr nampaknya secara khusus membicarakan hukum solat berjemaah merut pandangan mazhab Syafi'i. Sepatutnya, sblm diajukan soalan ini, lebih baik kalau ditayakan terlebih dahulu pendpat yg rajih berkaitan hukum jemaah ini. Jwpn yg panjang diperlukan utk membahaskan isu hukum jemaah. Dan memandangkan sdr tidak menanyakan perihal hukum jemaah yg rajih, maka tidak perlulah saya menjawab panjang lebar. Cukup sekadar memberikan sdr URL berkaitannya disamping sedikit penambahan oleh saya. Insya Allah. http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab174.htm

Ulama' berbeza pendapat mengenai hukum solat jemaah ini. Sptmana yg kita ketahui fuqaha' syafi'iyah mengatakan hukum solat jemaah bagi solat fardhu adalah fardhu kifayah. Utk fuqaha' dari mazhab lain bolehlahdirujuk di URL yg diberikan di atas. Perbezaan pendapat ini semuanya berkisar pada hadis yg sama. Masing2 mmbahaskan pdgn cara yg belaianan antara satu dgn yg lain. Oleh krn itu, tidaklah hairan kalau ulama' yg mentahqiq kembali perihalhukum solat jemaah juga tidak sepakat. Namun begitu, rata2 hukum solat jemaah bolehlah dibahagikan kpd dua pendapat yg masyhur dikalangan ulama' mutakhirin iaitu:

1) Fardhu ain ttp bukan syarat sah solat. Pendapat ini disokong oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Ibn Hajar al-Asqalani, Dr Saalih ibn Ghaanim, TM Hasbi, dan lain2
Mereka berpendapat bahaw ahadis yg menerangkan kewajipan solat jemaah berdiri sepertimana ia.Manakala hadis yg menerangkan sebaliknya, menjelaskan bahawa solat itu sah secara sendirian.

2) sunat Muakkad. Disokong oleh Sheih Sayyid Sabiq, Dr Wahbah al-zuhailly, Ash Shawkanee dlln.

--------
Soalan 1

Sekiranya kita melihat kepada hukum fardhu kifayah sptmana yg ditanyakan oleh sdr, ulama' berbeza pendpt dimanakah kefardhuan solat jemaah itu mesti dilakukan iaitu:

1) Memadai solat jemaah di tpt selain masjid

2) Kefadhuan hanya terangkat utk jemaah di masjid shj.

Ibn Daqeeq al-Eid mengatakan bhw pendapat yg rajih ialah solat jemaah itu mesti dilakukan di masjid utk melepaskan hukum fardhu kpd org yg tidak berjemaah.

Menjawab soalan sdr, sekiranya tidak terdapat jemaah di masjid pada satu2 waktu, maka menurut mazhab syafi'i, dosa ditanggung oleh semua masyarakat kampung tersebut.

Soalan 2

Ulama' syafi'i mengatakan bhw berjemaah di masjid bagi lelaki lebih afdal kecuali apabila bilangan jemaah di rumah lebih ramai krn tpt yg ramai jmaahnya adalah lebih afdal, kecuali apabila sembahyang di rumah mengendalakan sembahyang di masjid yg berhampiran. Maka dalam hal ini, smbahyang di masjid lebih afdal. WA.

:wassalam

Rujukan

Solatul Jamaah
Dr saalih ibn Ghaanimal-Sadlaan

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Fiqh Islami
Dr wahbah al-Zuhaili

Fiqhus sunnah
Sayyid Sabiq

Fathul Bari
Ibn Hajar al-Asqalani

Kesilapan dalam Sembahyang Pada Pandangan Imam Ghazali

Fatwa islamiyyah vol 2

Subulus Salam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2886: [G] Surau tiada jemaah???

Disahkan oleh Panitia Fiqh Ahkam