SJ - 2900 : Tanda cross pada lambang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2900 : Tanda cross pada lambang

:salam

Ada sesetengah lambang pasukan bola sepak,negara atau universiti luar negara yang mempunyai ilustrasi seakan-akan tanda cross. Adakah dibolehkan kita memakai baju seperti jersi bola sepak atau baju universiti yang mempunyai lambang tersebut?

Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2900 : Tanda cross pada lambang

Wa'alaikumussalam

Tidak ada masalah didalam memakai baju yang melambangkan sesuatu Universiti, pasukan dan sebagainya walaupun terdapat didalam logo tersebut ada bentuk berupa cross atau salib. Logo atau lencana ini melambangkan sesuatu organisasi dan tidak ada kena mengena dengan organisasi penyebaran agama Kristian. Menurut Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam fatawa Muasyirah Jilid 3 dimana beliau telah menjawab isu pemakaian baju yang mengandungi simbol salib oleh pelakon yang melakunkan watak tentera Salib, katanya:-

[="#0000ff" size="3"]Åä åÐÇ áÇ ÍÑÌ Ýíå Åä ÔÇÁ Çááå¡ áÃä ÇáãÞÕæÏ ãä ÅÙåÇÑ åÐå ÇáÕáÈÇä áíÓ ÊÞÏíÓåÇ æáÇ ÊÚÙíãåÇ -æåæ ãÇ íÍÑãå ÇáÅÓáÇã Úáì ÇáãÓáã æíÔÊÏ Ýí ÊÍÑíãå
"Tidaklah menjadi hal Insyallah, sesungguhnya maksud memperlihatkan salib bukanlah tujuan mensucikan (taqdis) dan tidak mengagungkan (ta'zim) - ia bukanlah sesuatu yang diharamkan oleh Islam dan perkara yang sangat diharamkan keatasnya"[1]

Maka persoalan ini berbalik kepada isu tidak mengagungkan atau memuliakan simbol tersebut, sebagaimana simbol kemuliaan Kristian pada rantai salib. Malah lambang-lambang salib ini terdapat juga pada bendera negara-negara, seperti negara Swiss, Norway dsb. Fatwa mengenai simbol cross diatas bendera pernah dikeluarkan oleh pihak islamOnline dan juga website fatwa Dr Ahmad Al-Haj Al-Kurdi.

-----
Fatwa bendera yang mengandungi simbol salib[2]

Mufti : Sheikh Muhammad Al-Hanooti
Name : Ahmed Noor Ahmed - Norway
Question : As-Salaamu Alaikum,
Sheikh, I live in Norway. The 17th of May is considered the Norwegian National Day, so we celebrate in the streets with flags and costumes. THe problem is the Norwegian flag has a cross. Second, sometimes I find some jackets and t-shirts which have the Norwegian flag, so the problem is the same as the cross. Some people say it is ok and some say it is haram. Could you give me your advice?
{"Sheikh, saya tinggal di Norway. 17 Mei dianggap sebagai hari kebangsaan Norway, maka kami menyambutnya di jalanraya dengan bendera dan pakaian. Maalahnya ialah bendera Norway mengandungi salib. Keduanya, kadangkala saya mendapati beberapa baju jaket dan baju-T mengandungi bendera Norway, Apakah masalah ini sama dengan salib? Bolehkan anda menasihati saya?"}

Answer : Wa Alaikum Salaam,
You should avoid any fabric or exposure of the cross. If there is something that you can't do without as a matter of a flag, then it is permissible because people nowadays don't look at that cross on the flag as the cross they have for religious activities.
{"Anda harus menjauhi dari mana-mana pakaian yang terdedah kepada simbol salib. Jika perkara itu anda tidak boleh melakukan apa-apa seperti bendera, maka ia dibolehkan kerana orang sekarang tidak melihat salib dibendera sebagai satu aktiviti keagamaan"}

----------

Jika tidak ada apa yang boleh dilakukan keatasnya, maka tidaklah mengapa digunakan, seperti didalam kes logo, selama-mana ia tidak memulia atau menyucikan sesuatu. Keadaan ini ada kebenarannya, seperti ijazah-ijazah yang mempunyai lambang Universiti yang mengandungi simbol salib, tak kan kita nak buang atau menghilangkan logo tersebut dari Ijazah tersebut. Begitu juga pada zaman sebelum SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), sijil-sijl MCE (Malaysian Certificate of Education) mengandungi simbol Universiti Cambridge, yang terdapat lambang salib didalamnya.

Cross yang ada pada logo Universiti atau negara, tidak lagi melambangkan agama kristian, malah ia hanyalah simbol kultur atau kebudayaan semata-mata.

Sikap kita terhadap perkara ini :-

1. Kalau boleh dielakkan, eloklah jangan dipakai, atau disimpan. Ini telah dijelaskan oleh Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi :

[="#0000ff" size="3"]ÝÅÐÇ áã íßä áÇÍÊÝÇÙß Èå ÖÑæÑÉ Ãæ ãÕáÍÉ åÇãÉ áß ÝÇáÊÎáÕ ãäå Ãæáì ÊäÒåÇ
"Jika memeliharanya Tidak terdapat sebarang dalurat atau maslahat penting kepada kamu, maka menanggalkannya adalah lebih utama "[3]

2. Jika tidak dapat dielakkan, seperti bendera, cop/logo jenama, lambang Universiti, bagde sekolah (eg: Sekolah St John dsb), maka hendaklah kita mengambil sikap Shiekh Al-Qardhawi, iaitu tidak memuliakan dan menyucikannya. Kita hanya menganggap ia nya sebagai simbol sesuatu jenama dan tidak ada kaitan dengan Kristian!

Logo-logo yang jelas melambangkan organisasi Kristian atau kufar, atau pun barangan seperti rantai Salib, jubah Paderi dan sebagainya adalah jelas haram digunakan. Sebagaimana yang di sebut didalam IslamWeb (dibawah pengawasan Dr Abdullah) :-

[="#0000ff" size="3"]æÚáíß Ãä ÊÒíáåÇ ãä ÇáËíÇÈ ÈÃí ØÑíÞÉ áíäÊÝÚ ÈÇáËíÇÈ Ïæä Ãä ÊÑãì.
"Keatas kamu hendaklah menanggalkan dari pakaian dengan cara apa sahaja agar pakaian tersebut boleh dimunafaatkan tanpa dibuangnya"[4]

Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan didalam sahihnya dari Ai'syah (r.a.) :-

[="#ff00000" size="3"]Úáì Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã áÇ íÊÑß ÇáÕáíÈ ÅÐÇ ÑÂå Ýí ÔíÁ ÅáÇ ÃÒÇáå ÅãÇ ÈÇáØãÓ áå ¡ Ãæ ÈÇáÞØÚ ÅÐÇ áã íÒá ÈÇáØãÓ ¡ áÃä ÇáÕáíÈ ããÇ ÚÈÏ ãä Ïæä Çááå ÊÚÇáì ¡ ÝæÌæÏå ãäßÑ áÇÈÏ ãä ÊÛíÑå åÐÇ ãÚäì ßáÇã ÇáÍÇÝÙ Ýí ÇáÝÊÍ .
"bahawa Nabi saw tidak akan meninggalkan apa-apa didalam rumahnya apa-apa tanda salib tanpa memadamkannya - didalam riwayatkan - memotongnya".

Al-Hafiz didalam Al-fath mengatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak akan meninggalkan apa-apa simbol ini tanpa memadamnya, mengunting/potongnya jika ia masih kelihatan. kerana simbol salib iaitu merupakan lambang pemujaan selain dari Allah.
-----------------------

Simbol cross pada logo jenama atau universiti bukanlah melambangkan agama Kristian, dan tujuan pemakaian (jenama barangan seperti sabun dettol) atau penggunaan (seperti badge sekolah, logo di ijazah) bukanlah maksud memulia dan mengagungkannya, maka ia adalah dibolehkan. Memandangkan simbol didalam logo ini hanyalah melambangkan kebudayaan dan bukannya agama. Akan tetapi jika simbol atau logo itu menunjukkan gerakan Kristian atau kufar, atau barangan yang dimuliakan oleh orang Kristian atau kufar, maka adalah dilarang memakainya.

Boleh juga merujuk kepada jawapan al-fadhil Ketua Panelist Fiqh al-Ahkam didalam jawapan beliau terhadap isu tanda salib pada catur :

SJ-1691: Rampai: solat-riddah-Qisas-Catur

-wassalam-

--------------------
Rujukan :

1. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - III. cetakan ke 2. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2002. ms. 396.

2. Sheikh Muhammad Ali Al-Hanooti . LiveFatwa. url : http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=wK6omh

3. Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi. Fatawa Al-Syariah - Al-'Aqaaid. [="#800000" size="3"]ÑÄíÉ ÇáÕáíÈ url : sumber : http://islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=6201#12238

4. Fatwa IslamWeb. [="#800000" size="3"]áÇ íäÊÝÚ ÈËæÈ Ýíå ÚáÇãÉ ÇáÕáíÈ ÍÊì ÊÒÇá url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=29320

خيرالأمين