SJ - 3051: [G] Suntikan Ubat di bulan Puasa- Adakah batal pu

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3051: [G] Suntikan Ubat di bulan Puasa- Adakah batal pu

Adakah batal puasa dengan suntikan ubat di bulan puasa ?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Suntikan Ubat di bulan Puasa- Adakah batal puasa ?

:salam

Berikut jawapan Dari Fatwa Muasirah Dr. Yusuf Qardhawi

Soalan:

1: Bolehkah seseorang yang sakit mengambil suntikan pada bulan puasa?

Jawapan:

Berkenaan dengan suntikan pada bulan Ramadan, ada beberapa jenis suntikan. Sebahagiannya bertujuan untuk perubatan dan rawatan sama ada pada urat leher atau anggota di kulit.

Tidak ada sebarang perselisihan di dalam masalah ini. la tidak sampai ke dalam perut dan tidak mengenyangkan. Oleh itu, orang yang disuntik itu tidak perlu berbuka.

Terdapat satu jenis lagi ubat suntikan yang boleh mengenyangkan dan menyegarkan tubuh badan seperti glukos.

la boleh mengenyangkan kerana bersambung dengan darah secara langsung. Ulamak salaf tidak mengetahui jenis-jenis jenis rawatan dan ubat-ubat ini, begitu juga sahabat dan tabiin. Perkara seumpama ini adalah ciptaan moden. Sebab itulah ulamak sekarang tidak bersependapat dalam masaalah ini.

Sebahagiannya berpendapat ia membatalkan puasa kerana makanan sampai secara langsung melalui darah ke dalam tubuh. Lagi pun ia mengenyangkan. Makanan itu sampai ke tempat yang paling akhir dalam pemakanan iaitu darah.

Sebahagiannya pula berkata ia tidak membatalkan puasa, walaupun ia sampai ke dalam darah. Yang dimaksudkan dengan berbuka itu ialah makanan yang sampai ke dalam perut dan menyebabkan rasa kenyang.

Apa yang dituntut dalam ibadat puasa itu ialah menahan diri daripada makan dan syahwat faraj. Ertinya manusia merasa lapar dan dahaga. Oleh itu suntikan makanan jenis ini tidak membatalkan puasa, mengikut pendapat ulamak ini.

Saya cenderung kepada pendapat yang akhir ini. Walaupun begitu, saya berpendapat setiap orang Islam mesti berhati-hati pada siang hari di dalam bulan Ramadan agar tidak mengambil suntikan ini. Dia boleh mengambilnya selepas berbuka. Jika dia sakit, dia diharuskan berbuka.

Sebabnya, suntikan ini, walaupun tidak mengenyangkan dengan cara makan dan minum secara perbuatan, tetapi sekurang-kurangnya membuatkan seseorang itu merasa cergas dan dapat menghilangkan keletihan.

Apa yang dikehendaki Allah daripada puasa ialah rasa lapar dan dahaga. la bertujuan untuk menilai nikmat Allah ke atas manusia, juga untuk menghayati penderitaan orang-orang yang berada dalam kesusahan.

Jika kita memberi kelonggaran di dalam masalah ini, nescaya orang kaya akan mengambil peluang dengan menggunakan cara ini untuk mendapatkan kecergasan tanpa merasa lapar dan penderitaan berpuasa.

Adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa menangguhkan suntikan sehingga selepas berbuka puasa.

sumber: www.bicaramuslim.com

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3051: [G] Suntikan Ubat di bulan Puasa- Adakah bata

:salam
Jawapan telah diTas-hihkan