SJ - 3055 : Doa berbuka puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3055 : Doa berbuka puasa

Assalamualaikum Warahmatullah

Saya ada satu kemusykilan ttg doa dan bida'ah.

Cuba perhatikan petikan dibawah;
"......

"Dari Anas, ia berkata : Adalah Nabi SAW : Apabila berbuka beliau mengucapkan : Bismillah, Allahumma Laka Shumtu Wa Alla Rizqika Aftartu (artinya : Dengan nama Allah, Ya Allah karena-Mu aku berbuka puasa dan atas rizqi dari-Mu aku berbuka).
(Riwayat : Thabrani di kitabnya Mu'jam Shogir hal 189 dan Mu'jam Auwshath).
Sanad hadits ini Lemah/Dlo'if

Pertama :
Di sanad hadist ini ada Ismail bin Amr Al-Bajaly. Dia seorang rawi yang lemah.

Imam Dzahabi mengatakan di kitabnya Adl-Dhu'afa : Bukan hanya satu orang saja yang telah melemahkannya.
Kata Imam Ibnu 'Ady : Ia menceritakan hadits-hadits yang tidak boleh diturut.
Kata Imam Abu Hatim dan Daruquthni : Lemah !
Sepengetahuan saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) : Dia inilah yang meriwayatkan hadits lemah bahwa imam tidak boleh adzan (lihat : Mizanul I'tidal 1/239).
Kedua :
Di sanad ini juga ada Dawud bin Az-Zibriqaan.
Kata Muhammad Nashiruddin Al-Albani : Dia ini lebih jelek dari Ismail bin Amr Al-Bajaly.
Kata Imam Abu Dawud, Abu Zur'ah dan Ibnu Hajar : Matruk.
Kata Imam Ibnu 'Ady : Umumnya apa yang ia riwayatkan tidak boleh diturut (lihat Mizanul I'tidal 2/7)
Sepengetahuan saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) : Al-Ustadz Abdul Qadir Hassan membawakan riwayat Thabrani ini di Risalah Puasa tapi beliau diam tentang derajad hadits ini ?
...."

Walaupun menurut ilmu hadis, hadis berkenaan (dan ada lagi hadis2 yang relevan ttg doa buka puasa) yg telah dilemahkan, adakah ia bermakna kita tidak boleh lagi beramal dgn doa itu? Maksud saya, ibadat yg dilakukan adalah berdoa. Ada hadis yg menerangkan bahawa "Doa itu Inti Ibadah." Quran pula menganjurkan kita berdoa.

Jadi persoalan saya, adakah dalam berdoa pun kita kena beramal dengan doa2 yg sahih dari Rasulullah atau kita bebas berdoa sepertimana kita hendak asalkan tidak melanggar etika berdoa?

Re: SJ - 3055 : Doa berbuka puasa

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Karim! Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Taqi dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Menurut Shiekh Abdul Karim Al-Khudayr do'a diluar solat boleh dibaca dengan apa-apa bahasa sekali pun. Menurut beliau, adalah lebih afdal dibaca do'a-do'a ini didalam bahasa arab kerana ia masih didalam ruang lingkup ibadat.

Menurut Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah :

æÇáÏÚÇÁ íÌæÒ ÈÇáÚÑÈíÉ ¡ æÈÛíÑ ÇáÚÑÈíÉ ¡ æÇááå ÓÈÍÇäå íÚáã ÞÕÏ ÇáÏÇÚí æãÑÇÏå ¡ æÅä áã íÞæøöã áÓÇäå ¡ ÝÅäøóå íÚáã ÖÌíÌ ÇáÃÕæÇÊ ¡ ÈÇÎÊáÇÝ ÇááÛÇÊ Úáì ÊäæÚ ÇáÍÇÌÇÊ ...
dir="ltr"> "Do'a dibolehkan didalam b.arab dan bukan b.arab, demi Allah mengetahui apa yang tersirat didalam do'a permintaannya, tidak kira bahasa apa yang disebutnya, kerana sesungguhnya dia mendengar semua suara dari pelbagai bahasa, memohon pelbagai jenis hajat...." (Majmu’ al-Fataawa, 22/488-489).

Mengenai persoalan, apakah boleh berdo'a dengan do'a-do'a yang bukan dari Al-Quran atau sunnah Nabi saw, jumhur ulama membenarkannya, asalkan ia tidak lari dari batas-batas dan adab-adab do'a yang dibenarkan. Dari segi derajat do'a sudah tentulah yang paling afdal diambil dari Al-Quran dan juga dari Hadith Nabi saw. Malah membacanya sahaja sudah mendapat pahala.

Menurut Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah lagi:

æíäÈÛí ááÎáÞ Ãäú íÏúÚæÇ ÈÇáÃÏÚíÉ ÇáÔÑÚíøóÉ ÇáÊí ÌÇÁ ÈåÇ ÇáßÊÇÈ æÇáÓäÉ º ÝÅäøó Ðáß áÇ ÑíÈ Ýí ÝÖáå æÍõÓäå æÃäøóå ÇáÕÑÇØ ÇáãÓÊÞíã ¡ æÞÏ ÐßÑ ÚáãÇÁõ ÇáÅÓáÇã æÃÆãøóÉ ÇáÏíä ÇáÃÏÚíÉó ÇáÔÑÚíøóÉ ¡ æÃÚÑÖæÇ Úä ÇáÃÏÚíÉ ÇáÈÏÚíÉ ÝíäÈÛí ÇÊÈÇÚ Ðáß.
dir="ltr"> "Manusia hendaklah berdo'a dengan do'a-do' yang dibenarkan didalam syariat iaitu yang datang dari Al-Quran dan Sunnah! Kerana sesungguhnya didalamnya tidak ada keraguan mengenai fadilat dan kebaikkannya, dan sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus. Ulama Islam dan Imam-Imam agama telah menyatakan do'a-do'a ini yang ada didalam syariah, dan berpaling dari do'a-do'a yang direka-cipta(bid'ah), maka hendaklah kita mengikuti mereka didalam perkara itu" (Majmu’ al-Fataawa, 1/346,348).

Disini ulama'-ulama' mengalakkan kita menggunakan do'a-do'a yang ada didalam Al-Quran dan juga hadith Nabi saw oleh kerana ianya mempunyai fadilat dan kebaikkan yang terkandung didalamnya. Seseorang itu tidak mungkin salah dan ragu jika dia menggunakan do'a-do'a yang warid ini, jika hendak dibandingkan dengan do'a-do'a yang disusun sendiri yang tidak mungkin bebas dari kesalahannya. Ini sebagai langkah berjaga-jaga dan juga cara mendapatkan fadilat dari Allah swt. Nanum demikian, do'a yang bebas dari unsur-unsur yang dilarang adalah dibenarkan membacanya.

--------------
Waktu berbuka merupakan salah satu daripada saat-saat do'a dikabulkan oleh Allah swt. Sheikh Al-Islam menyatakan :

æÇáÏÚÇÁ ãÓÊÌÇÈ ÚäÏ äÒæá ÇáãØÑ ¡ æÚäÏ ÇáÊÍÇã ÇáÍÑÈ ¡ æÚäÏ ÇáÃÐÇä æÇáÅÞÇãÉ ¡ æÝí ÃÏÈÇÑ ÇáÕáæÇÊ ¡ æÝí ÍÇá ÇáÓÌæÏ ¡ æÏÚæÉ ÇáÕÇÆã ¡ æÏÚæÉ ÇáãÓÇÝÑ ¡ æÏÚæÉ ÇáãÙáæã ¡ æÃãËÇá Ðáß ¡ ÝåÐÇ ßáå ããÇ ÌÇÁÊ Èå ÇáÃÍÇÏíË ÇáãÚÑæÝÉ Ýí ÇáÕÍÇÍ æÇáÓää
dir="ltr"> "Do'a akan dijawab sewaktu hujan turun, tatkala berada di medan pertempuran, ketika azan dan iqamah, didalam Solat, ketika sujud, do'a orang yang berpuasa, do'a orang musafir, do'a orang yang dizalimi, dan sebagainya. Kesemua ini telah datang dari hadith-hadith yang ma'ruf didalam kitab Sahih dan Sunan." (Majmu’ al-Fataawa, 27/129-130).

Do'a dan puasa merupakan ibadat, dan sudah tentu bacaan-bacaan yang diketahui benar datang dari baginda saw menjadi keutamaannya untuk diamalkan. Sudah tentu dibulan yang penuh berkat ini, umat Islam ingin mencapai semaksima mungkin darjat ibadatnya kepada Allah swt, maka ini termasuklah membaca do'a berbuka puasa yang terbaik yang dapat dikaitkan dengan baginda Nabi saw seperti do'a dibawah ini.

Umar berkata : Nabi Rasulullah saw didalam berbuka puasa berkata :

ÐåÈ ÇáÙãà æÇÈÊáÊ ÇáÚÑæÞ æËÈÊ ÇáÃÌÑ Åä ÔÇÁ Çááå
dir="ltr"> Translitrasi : - Zahabaz Zama'u wabtallatil 'uruuqu wathabatal Ajru Insyaallah.

Makna :-"Telah pergi kehausan, urat-urat telah dibasahi dan ganjaran ada pasti, dengan kehendak Allah" -[Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud #2357, Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar didalam al-Talhis al-Habiir (2/202) : Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadith ini Isnadnya Sahih"

Çááåã áß ÕãÊ æÚáì ÑÒÞß ÃÝØÑÊ
dir="ltr"> "Ya Allah, Aku telah berpuasa, keatas reskimu aku berbuka" - [Hadith riwayat Abu Daud #2358, Ia mursal hadith maka ia bertaraf daif. Al-Albani telah mengkelas hadith ini Daif didalam Daif Abi Daud].

Disebabkan do'a didalam hadith diatas ini datang dari hadith daef (lemah), maka lebih afdal kita mengambil do'a alternatif yang lebih baik isnadnya yang dapat kita munafaatkan didalam amalan sunat membaca do'a ketika berbuka puasa.
----

Sebagai kesimpulan, tidaklah menjadi satu kesalahan membaca do'a-do'a yang tidak bertentangan dengan syariat yang tidak terdapat didalam Al-Quran dan Hadith, sebagai contoh selepas Solat, kita boleh berdo'a kepada Allah swt memohon apa sahaja yang kita kehendaki asalkan ianya tidak lari dari batas yang dibenarkan oleh syara'.

Walaubagaimanapun, do'a-do'a (selain dari Solat) yang ingin dibaca didalam ibadat seperti puasa,haji hendaklah mengambilnya dari do'a-do'a yang ma'ruf dari Al-Quran atau Hadith Nabi saw, dimana terdapat fadilat dan kebaikkan yang terkandung didalamnya. wallahu'alam.

wassalam

==============
Rujukan :

1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 1, 22, 27. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.

2. Al-Hafiz Imam Nawawi. Al-Azkar. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, [????]. ms 172.

خيرالأمين