SJ - 3064: [F+Z] Kesilapan (fallacy) dlm pemikiran logik

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3064: [F+Z] Kesilapan (fallacy) dlm pemikiran logik

:salam

Saya tak pasti, ni masuk bawah soalan feqah ke tidak. Apapun, soalan saya pasal logik2 sebegini...cuba dengar ye:

Bila dengar hadis pasal orang yg hanya dpt lapar dan dahaga bila puasa, dan dapat mengantuk je bila bangun tahajjud, difikirkan, "Baik tak payah puasa (puasa wajib) kalau dpt lapar dan dahaga je..baik tak payah bangun tahajjud kalau dapat mengantuk je..."

Bila dibaca maksud ayat Quran yg menerangkan betapa neraka Wail disediakan utk org2 yg solat, lantas difikirkan, "Baik tak yah solat. Orang yg solat pun masuk neraka."

Ataupun, idea meninggalkan satu2 amalan baik, kerana takut tak ikhlas. "Aku malas la nak pegi masjid solat jema'ah. Nanti takut tak ikhlas dan menunjuk2 pulak. Tak nak la kawan2 aku kata aku macam tu.."

Saya sedia maklum pemikiran2 sebegini adalah amat2 palsu dan berbahaya, tapi kurang hujah dan jawapan untuk menghadapinya. Pernah dengar Sheikh Hamza Yusuf kupas, tapi kurang ingat dan kurang mendalam utk audio yg saya dengar tu. Satu yg saya ingat, contoh yg beliau kata, (lebih kurang), lebih baik solat jugak walaupun mungkin akan menunjuk2 berbanding dengan meninggalkan terus solatnya, kerana kejahatan meninggalkan solat lebih besar drpd kejahatan timbul sifat menunjuk2 dlm solat. Sekurang2nya perintah wajib sudah ditunaikan. Lagipun, sifat menunjuk2 itu sedikit sebanyak mungkin akan dpt dikikis. Macam kaedah "lesser between two evils". (Saya minta ampun dgn Allah kalau apa yg saya taip ni tak menyamai dengan apa yg Sheikh tu cakap.)

Minta pendapat dan buah fikiran dr panel al-ahkam sekalian untuk perkemas dan perhalus supaya senang utk org awam seperti saya.

Jazakumullah.

:salam

Fathoni (not verified)
Re: Kesilapan (fallacy) dlm pemikiran logik

Akhie,
Saya bukan ahli panel al-hakam, tapi sekadar memberi pendapat semampu yang saya tahu. Harap2 panel al-hakam dapat memperbetulkan jika ada salah pada jawapan saya.

Sesungguhnya Iblis itu sangat pandai tipu helahnya. Bukan sahaja mengajak org supaya melanggar perintah Allah tetapi tipu helahnya jugak membisik secara halus kedalam hati manusia supaya melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Jatuh sesuatu perkara itu kepada syirik bukan sahaja melakukan sesuatu kerana manusia bahkan TIDAK melakukan sesuatu kerana manusia juga dianggap syirik.
Jadi kena hati2 dalam perbuatan kita. Ramai yang terlepas pandang perkara2 ini sebab segala perbuatan kita kena berpusat kepada Allah semata-mata.
Contoh mudah, tak mahu berada di saf hadapan kerana takut riya'. Masalahnya disini bukan riya' tetapi kita tidak mahu melakukan kerana takut orang kata kita riya'. Jadi kita TIDAK melakukan sesuatu kerana manusia. Padahal sepatutnya, apa peduli orang kata apa. Yang penting kita niat ikhlas kerana Allah.
Kesimpulannya kita kena faham cara2 Iblis merosakan amalan kita. Bulatkan hati segala perbuatan kita ini kerana Allah. Pemahaman takut nak buat baik sebab tak ikhlas adalah salah. Itu sahaja yang termampu buat saya sampaikan.
Wallahu a'lam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Kesilapan (fallacy) dlm pemikiran logik

:salam

Riya’ berasal dari kata araa dan riya'un yang bererti memperlihatkan . Kata riya’ dapat kita temui di antaranya dalam Al-Qur'an surat Al Maa'uun ayat 6 yang Allah menyebutkan sebagai salah satu sifat orang-orang yang mendustakan agama.

[ÇáøóÐöíäó åõãú íõÑóÂÁõæäó ]
“(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),” (Surah Al-Maa’un: ayat 6)

Berkenaan ayat ini, Ibn Katheer menafsirkan ayat ini dgn riwayat berikut

æóÞóÇáó ÇáúÅöãóÇã ÃóÍúãóÏ ÍóÏøóËóäóÇ ÃóÈõæ äõÚóíúã ÍóÏøóËóäóÇ ÇáúÃóÚúãóÔ Úóäú ÚóãúÑæ Èúä ãõÑøóÉ ÞóÇáó ßõäøóÇ ÌõáõæÓðÇ ÚöäúÏ ÃóÈöí ÚõÈóíúÏóÉ ÝóÐóßóÑõæÇ ÇáÑøöíóÇÁ ÝóÞóÇáó ÑóÌõá íõßóäøóì ÈöÃóÈöí íóÒöíÏ ÓóãöÚúÊ ÚóÈúÏ Çááøóå Èúä ÚóãúÑæ íóÞõæá ÞóÇáó ÑóÓõæá Çááøóå Õóáøóì Çááøóå Úóáóíúåö æóÓóáøóãó " ãóäú ÓóãøóÚó ÇáäøóÇÓ ÈöÚóãóáöåö ÓóãøóÚó Çááøóå Èöåö ÓóÇãöÚ ÎóáúÞå æóÍóÞøóÑóåõ æóÕóÛøóÑóåõ "

---------------------------
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Nuaim meriwayat dari Al-A’masy dari `Amr bin Murrah bahawa dia telah berkata, “Kami duduk bersama Abu `Ubaidah ketika orang bercakap tentang riya’. Seorang lelaki bernama Abu Yazid berkata, “aku mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

«ãóäú ÓóãøóÚó ÇáäøóÇÓó ÈöÚóãóáöåö¡ ÓóãøóÚó Çááåõ Èöåö ÓóÇãöÚó ÎóáúÞöåö¡ æóÍóÞøóÑóåõ æóÕóÛøóÑóå»

“Barangsiapa yang cuba memperdengarkan tentang amalannya kepada orang lain, Allah Maha Mendengar akan hambaNya, mendengar dan akan membencinya dan merendahkannya.”

Syeikh Al-Izz Din Abdussalam mendefinisikan riya’ sebagai perbuatan yang lakukan bukan kerana Allah.

Tidaklah dikatakan riya’ apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan tetapi diperkatakan oleh manusia akan amalannya itu. Riya’ sebenarnya bersangkut paut dgn niat. Sekiranya niat amalan itu bukan ikhlas kerana Allah taala tetapi niat menunjuk2, maka dia dinamakan riya’.

Berbalik kepada aqal logic itu tadi. Sebenarnya pokok segala persoalan adalah niat. Niat itu sepertiga amalan.

Quote:
Baik tak payah puasa kalau setakat lapar dan dahaga

--masalah ini dapat diselesaikan kalau niat berpuasa itu diluruskan. Kalau niat tidak betul, tentunya hanya mendapat lapar dan dahaga.

Dari segi amalan, bermula dgn niat kmdn diikuti dgn perbuatan (fi’li dan qauli). Kalau amal ibadah itu mengikuti segala rukun2 dan dgn niat yang betul, maka selepas itu terserah kepada Allah. Bukan manusia utk mengukur samada ia diterima atau ditolak. Kalau niat dah tak betul, maka rosak amalannya.

Allah S.W.T berfirman,

æóãóäú ÃóÍúÓóäõ ÏöíäðÇ ãöãøóäú ÃóÓúáóãó æóÌúåóåõ áöáøóåö æóåõæó ãõÍúÓöäñ æóÇÊøóÈóÚó ãöáøóÉó ÅöÈúÑóÇåöíãó ÍóäöíÝðÇ æóÇÊøóÎóÐó Çááøóåõ ÅöÈúÑóÇåöíãó ÎóáöíáðÇ
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan?" (Surah An-Nisa': ayat 125)

Menyerahkan diri kepada Allah artinya memurnikan tujuan dan amal kerana Allah. Sedangkan mengerjakan kebaikan ialah mengikuti Rasulullah S.A.W dan Sunnah beliau.

Allah juga berfirman,
æóÞóÏöãúäóÇ Åöáóì ãóÇ ÚóãöáõæÇ ãöäú Úóãóáò ÝóÌóÚóáúäóÇåõ åóÈóÇÁð ãóäúËõæÑðÇ
"Dan, Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23)

Amal yang seperti debu itu adalah amal-amal yang dilandaskan bukan kepada As-Sunnah atau dimaksudkan bukan kerana Allah. Nabi S.A.W pernah bersabda kepada Sa'ad bin Abi Waqqas R.A, "Sesungguhnya sekali-kali engkau tidak akan dibiarkan, hingga engkau mengerjakan suatu amal untuk mencari Wajah Allah, melainkan engkau telah menambah kebaikan, darjat dan ketinggian kerananya."

Al-Fudhail berkata, "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya', Mengerjakan amal kerana manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya."

Al-Junaid berkata, "Ikhlas merupakan rahsia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulisnya, tidak diketahui syaitan sehingga dia merosaknya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya."

Yusuf bin Al-Husain berkata. "Sesuatu yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. Berapa banyak aku menghindarkan riya' dari hatiku, tapi seakan-akan ia tumbuh dalam rupa yang lain."

Rujukan:
Tafsir Ibn Katheer, Ibn Katheer
Madarij As-Salikin, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3064: [F+Z] Kesilapan (fallacy) dlm pemikiran logik

:wassalam
Tahqeeq/Tas-hih

Tambahan:
Hal-hal yg diajukan itu dewasa ini dirawat dgn Personal Development Course (Kursus Pembangunan Diri) atau Personal Excellence (Kecermelangan diri) dan banyaklah pakar2 Motivasi Luar dan Dalam Negeri; Islam dan Non-Muslim yg terlibat. Tokoh2 dalam Negeri spt Dr Hasan Ali, Dr Fadzilah Kamsah, Luar negeri spt; Dr Stephen Covey, Dale Carnegie, dsbnya.
Syaikh Muhd alGhazali juga menulis buku berjodol 'Jaddik Hayaatak" (Perbaharuilah Kehidupanmu) khusus merawat sikap dan penyakit batin spt ini. Manakala kitab2 klasik khusus utk merawat jiwa kami syorkan Madarij asSalikin oleh alHafeedz Ibn Qayyim dan Talbis Iblis oleh alhafeedz Ibn alJawzee. Kedua-dua kitab ini sudah diterjemahkan. WA