SJ - 3079: Toollooonnngggg! (pasal kentut)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3079: Toollooonnngggg! (pasal kentut)

Saya ada satu masalah tentang solat, saya baru dapat tahu yang jika semasa kita solat kita terkentut kecil sekalipun akan batal solat itu.

Tetapi saya telah mendapati bahawa saya selalu terkentut semasa solat. Apa yg saya boleh buat ni? [="pink"] [/]

Re: SJ - 3079: Toollooonnngggg! (pasal kentut)

Jawab:

Terkejut kami dibuatnya, ingatkan mintak tolong apa tadi. Kecil atau besar, berbunyi atau meletupnya kentut itu tidak menjadi isu. Isunya ialah YAKIN angin telah keluar. Nabi saw mengajarkan kepada kita dua cara: bau dan bunyi.
Kentut yg kecil ni selalunya orang yg was-was. Ubatnya kena ada keyakinan bahawa memang kentut yg keluar.

Cara mengatasi angin ini ialah mengelakkan memakan makanan yg berangin spt kekacang, labu, balance diet: buah-buahan, sayur-sayuran dan mengambil over the counter drugs spt ENO, ACTAL, banyak minum air atau berjumpa dgn doktor anda.

Apa yg boleh anda lakukan ialah solat dgn segera sebaik sahaja berwudhu'. Jika terbatal kerana kentut, anggaplah ia dugaan, sedangkan orang yg terdahulu di uji dgn lebih dahsyat lagi dari bom kentut. Ada yg terpaksa solat dgn darah2 menitis dari luka2 mereka kerana perang sabil. Maka setakat kentut aje maka bersabarlah...WA