:salam
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang hadis-hadis dibawah:-
Telah berkata ibnu Mas'ud : Nabi saw telah bersabda kepada kedua anak Malikah...,,'' ibuku bersama ibumu''(yakni di neraka)
(HR Ahmad)
Telah berkata Anas bin Tsabit : bahwa seorang lelaki bertanya : Ya Rasulullah!Dimanakah tempat ayah saya' Jawab beliau:''Di neraka''.Maka tatkala orang lelaki itu berpaling pergi,dipanggil oleh beliau sambil bersabda: ''Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka''.(HR Muslim)
Terima kasih
:salam
Kedua hadith ini adalah sahih tetapi kita perlu meneliti maksudnya.
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas R.A bahawa ketika rasulullah S.A.W ditanya oleh seorang lelaki yang bertanya baginda di manakah bapanya? Lalu baginda S.A.W menjawab:
“Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.” (Riwayat Muslim dalam kitabul Iman, hadith ke 347. Juga terdapat dalam hadith no. 203, Abu Dawud no. 4718 Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra 7/190)
Pada riwayat yang lain, Nabi S.A.W berkata kepada kedua anak Mulaikah, "Ibu kamu di Neraka", keduanya belum boleh menerima, lalu Nabi S.A.W panggil dan baginda bersabda, "Sesungguhnya ibuku bersama ibumu di Neraka" (Thabrani dalam Mu'jam Kabir (10/98-99 no. 10017) dan Hakim 4/364)
Pendapat pertama:
Kalau dilihat secara literal hadith ini, ia membawa maksud Bapa Nabi Muhammad S.A.W adalah ahli neraka. Apakah dosa Abdullah b. Abdul Muttalib yang menjadikan dia penghuni neraka sedangkan beliau adalah daripada golongan ahli fitrah. Mengikut pendapat yang sahih, ahli fitrah terlepas daripada azab neraka.
Tetapi kalau diselaraskan dengan kaedah berinteraksi dgn dalil, maka kita akan dapat lihat dgn lebih jelas. Di dalam al-quran, firman Allah S.W.T ketika mengisahkan anak-anak Nabi Ya’qub yang berkata:
“Kami menyembah Tuhan Engkau dan Tuhan bapa-bapa engkau Ibrahim, Ismail dan Ishaq, Tuhan yang satu dan kami berserah kepadaNya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 133)
Dari segi susur galur para Nabi, Nabi Ismail adalah bapa saudara Nabi Ya’qub tetapi Al-quran menyebut bapa. Kalau kita kembali kepada hadith awalan tadi, perkataan ‘bapa’ boleh membawa seerti dgn bapa saudara seperti yang dimaksudkan dlm ayat al-quran itu tadi. Ini akan membawa kita kepada sirah Nabi di mana bapa saudara Nabi S.A.W, Abu Talib adalah golongan ahli neraka kerana keengganan beliau mengucapkan kalimah tawhid sehingga akhir hayatnya. Dan terdapat juga hadith yang sahih menyatakan bahawa dia (Abu Talib) adalah penghuni nar yang menerima azab yang paling ringan.
Pendapat kedua
Golongan yang memahami hadith secara literal, menganggap bahawa kedua ibu bapa Nabi S.A.W sememangnya mati dalam keadaan kafir. Kalau ada yang bertanya, "Bukankah pada saat itu belum diutus Rasulullah S.A.W ?" Saat itu sudah ada millah Ibrahim. Sedangkan kedua orang tua Nabi S.A.W tidak masuk dalam millah Ibrahim sehingga keduanya masih dalam keadaan kafir
Nabi Ibrahim juga pernah memintakan ampun kepada Allah S.W.T untuk kedua orang tuanya yang masih kafir, kerana pada waktu itu Ibrahim belum tahu dan belum turun wahyu tentang adanya larangan tersebut. Setelah turun wahyu, Ibrahim kemudian menahan diri. Kisah ini boleh dilihat dalam surat At-Taubah ayat 114.
"Dan permintaan ampun dari Ibrahim kepada Allah untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya, sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya dan lagi menyantun"
Wallahua'lam
Rujukan:
1. ßíÝ äÊÚÇãá ãÚ ÇáÓäÉ ÇáäÈæíÉ , Syeikh Yusuf Al-Qardhawi
2. Adillah Mu'taqad Abi Hanifah fil A'zham fii Abawayir Rasul Alaihis Shalatu wa Salam ta'lif Al-'Alamah Ali bin Sulthan Muhammad Al-Qary
:wassalam
http://www.zayed.com
:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq
Jawapan yg menepati piawai Fiqih alAhkam. JKK