SJ - 3096: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan

8 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 3096: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan

:salam

Soalan dari saudara Allawudden:

Seorang rakan saya bertanya kepada saya " Saya telah bermimpi yang menghairahkan ketika saya tidur diwaktu siang pada bulan puasa.Semasa saya asyik melayan mimpi tersebut, saya berasa seronok dan ingin mengeluarkan mani.Tetapi secara tiba - tiba saya terjaga dari tidur dan saya dapati saya mengeluarkan hanya sedikit mani sahaja (tidak sampai tahap kepuasan.Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan mani menggunakan tangan (onani)kerana saya risau mani yang tertinggal akan memudhoratkan"..

soalan:

1.Apakah pendapat ustaz pada masalah diatas?.Bolehkah diberi ulasan atau apa - apa yang boleh membantu.

2.Apakah hukum saya membuat keputusan beronani dibulan puasa?

3.Saya musykil pada masalah:
i- pada awalnya bermimpi dan mengeluarkan sedikit mani.
ii- beronani untuk membuang semua lebihan mani yang tertinggal. Adakah batal puasa saya dan apakah hukumnya.

:wassalam

jamalsahara (not verified)
Re: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan *DELETED*

Post deleted by thtl

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan
syawal19792002 (not verified)
Re: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan

Quote:
jamalsahara menulis sbg berikut:

Harus jimak bagi suami-isteri yang 'dharurat' sewaktu berpuasa ramadhan,TETAPI HENDAKLAH MEMBATALKAN PUASANYA dahulu sebelum jimak untuk mengelakan dam.

:salam

Oleh yang demikian, boleh lah berjima` di siang hari pada bulan ramadhan, asalkan buka puasa dahulu. Betul ke macam tu.

Lagi satu, kalau berjima` di siang hari dalam bulan Ramadhan ni, wajib berpuasa 2 bulan berturut2,bagi lelaki. Bagaimana pula dengan perempuan yang dijima`,benarkah mereka tak perlu berpuasa kerana 'DIJIMA`'

Zullbrutal (not verified)
Re: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan

:salam
Saya amat berharap pihak ahkam dapat menjawab soalan ini.
Setahu saya meninggalkan puasa dengan sengaja adalah haram, melainkan uzur, musafir,,ibu mengandung, menyusukan anak dan sebagainya. Saya tidak pernah terjumpa yang mengatakan harus jika 'dharurat' dalam hubungan seks. Cuma setahu saya, jika pasangan tidak berpuasa, maka tidak dikenakan kafarah jika berjimak di siang ramadhan, namun perbuatan tidak berpuasa itu tetap haram. Ada jugak sesetengah pendapat mengatakan yang tetap dikenakan kaffarah kerana tujuan pasangan membatalkan puasa adalah untuk berjimak.
Harapkan komen panel ahkam serta jawapan untuk soalan ini.
Suami bekerja shift dari 7 mlm hingga 7 pagi. Waktu rehat yang singkat tidak memungkinkan dia balik sebentar untuk bersama isteri. Dalam hal ini adakah dibolehkan pasangan tidak berpuasa pada saat teruja.
:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3095: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan

:wassalam
Jawab
1. Keluar mani dgn sebab mimpi atau khayal tidak membatalkan puasa. Apabila seorang bermimpi dan keluar mani dia telah mencapai orgasm, mani akan keluar secara terpancar deras. Jika sedikit itu mungkin bermaksud madzi.
Perbuatan meneruskan dengan onani itu adalah suatu yg tidak wajar dilakukan. Ini adalah akibat tidak ada ilmu agama, maka telah melakukan yg haram. Perbuatan melancap itu telah membatalkan puasa dan alasan anda itu tidak menasabah langsung. (Fiqh Sunnah)
2. Keputusan anda beronani itu tercela dan membatalkan puasa menurut pendapat yg rajih (Fiqh Sunnah)

3. i) mani yg keluar secara bermimpi dalam kuantiti yg sedikit/banyak tidak membatalkan puasa
3. ii) Onani atas alasan/dakwaan membuang sisa mani adalah berbuatan yg membatalkan puasa. Alasan ini adalah sesuatu yg diada-adakan dalam agama. WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan

:wassalam

Quote:
jamalsahara menulis sbg berikut:

Harus jimak bagi suami-isteri yang 'dharurat' sewaktu berpuasa ramadhan,TETAPI HENDAKLAH MEMBATALKAN PUASANYA dahulu sebelum jimak untuk mengelakan dam.

Kenyataan JS ini adalah perlu didelete sahaja. Itu merupakan tafsiran fuqaha' sahaja. Saranan supaya berbuka dahulu kemudian jima' adalah cadangan yg batil kerana perbuatan berbuka dgn sengaja adalah suatu kesalahan yg besar dan menurut ahli Tahqeeq tidak boleh diganti lagi (qadha') (alMuhalla: 6/191). Ahli Tahqeeq spt Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim tetap berfatwa mereka yg berbuka dgn air dan kemudian berjima' tetap dikenakan kaffarat. WA

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Mimpi dan Onani di bulan Ramadhan

:wassalam
Komentar

Quote:
Saya tidak pernah terjumpa yang mengatakan harus jika 'dharurat' dalam hubungan seks

Statement JS ini adalah ganjil dan perlu dideletekan sahaja.

Quote:
Dalam hal ini adakah dibolehkan pasangan tidak berpuasa pada saat teruja.

Kita tidak tahu apakah maksud 'TERUJA"