SJ - 3124: Al-Farabi dan Ibnu Hazm

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3124: Al-Farabi dan Ibnu Hazm

:salam

Bolehkah pihak ahkam.com memberikan maklumat tentang ulama Al-Farabi? Seperti latar belakang nya dan buku² yang di tulis oleh nya? Dan juga Ibnu Hazm kerana saya ada baca sebuah buku, dimana Nashiruddin Al-Albani ada memberi komen tentang Ibnu Hazm, tetapi tidak begitu detail untuk saya memahami nya :(Jazakallahu khair pada siapa yang sudi hendak memberikan maklumat tentang ulama² tersebut. Syukran :before

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3124: Al-Farabi dan Ibnu Hazm 1/2

:wassalam
Jawab:
AlFarabi
Ibn Abi Usyaibiyah (Uyun alAnba’, Tahqeeq Dr Saza Ridha, cet Beirut, 1965/ms 605), alFarabi adalah Abu Nasr bin Muhammad bin Awzalagh bin Tarkhan. Ibn Khalikan (Wafayat alA’yan, tahqeeq Dr Ihsan Abbas, cet Beirut 1972, ms 153), alFarabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan bin Awzalagh alFarabi; alBaihaqee (Tatimma Siwan alHikmah, Tahqeeq Muhd Syafi’iy, cetakan Lahore, 1959, ms 16-17), nama alFarabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad ibn Tarkhan
Rumusan: Dr Ali Abd Waheed Waafi (Turath alInsani, Jld 2, cet Jerman, 1964 ms 569), nama alFarabi yg disepakati ialah Muhammad, panggilan lazim ialah Abu Nasr, panggilan masyhur ialah alFarabi dan gelaran yg unggul yg diterimanya ialah alMu’aallim athThani (Mahaguru Kedua). Mahaguru kedua merujuk kepada Guru Falsafah kedua selepas Guru Falsafah pertama iaitu Aristotle.
Tarikh lahir: sekitar 257, 258 dan 259 Hijrah; yang paling masyhur ialah 259 H atau 872Masehi dan meninggal pada 339H atau 950 M (Era Daulah Abbasiyah)
Tempat kelahiran : pekan Wasij di daerah Farab, jajahan Transixiana, Turkey (Ibn Khalikan, Wafayat alA’yan/153), Farab sekarang dikenali dgn nama bandar Otrar di Turki. Maka alFarabi adalah ahli Fikr Turki yg ternama (MS Syeikh, Studies in Muslim Philosophy, 1969, Lahore, ms 82)
Wafat: 339H (950H) di Damsyiq, Syria pd umur 80 tahun, menurut riwayat Imam alBaihaqee, Tarikh alHukama’ alIslam.
Hasil karya alFarabi: Tidak dapat disahkan kerana ada sebahagiannya telah hilang dan sebahagian lagi berada di Eropah. Jumlahnya ada yg mengatakan 180 buah, ada yg mengatakan 100 buah (Abbas Mahmood, al (Farabi, cet Cairo, 1944/ms 39) tapi meliputi 6 katogori:
a. Mantiq (cth: Kitab fi Lughah)
b. AtTa’alim (cth: Kitab alMusiqi alKabir)
c. Ilmu Geografi, Kimia dan Tibb (cth: Syarh Kitab asSima’)
d. Ilmu Kalam (Cth: Kitab Lahu fi alRu’ya)
e. Madani (tamaddun) (cth: Kitab Ara’ ahlil Madinah alFadhilah)
f. Umum (Cth: Kalam fi ma’ana Ism alFalsafah
Masterpiecenya ialah Kitab ara’ ahli alMadinah alFadhilah dan alSiasah alMadaniyah.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3124: Al-Farabi dan Ibnu Hazm 2/2

Ibn Hazm (384h-456h/994M-1064M)
AlImam alHafeedz alMujtahid Abu Muhammad bin Ali bin Ahmad bin Sa’eed bin Hazm, Lahir di Kota Cordoba, Spain. Ia tokoh yg masyhur dan bibliografinya ada dalam kitab2 Tarikh Madzaahib (sejarah pertumbuhan madzhab) atau bibliografi Imam2 Besar Islam. Ia yg membukukan madzhab Daud Zahiri dan menjadikan madzhab resmiKerajaan Islam Spain selama 400 tahun. Akhirnya madzhab ini pupus kerana tiada penerusnya dgn tumbangnya kerajaan Islam Spain. Madzhab ini adalah madzhab yg termasuk dalam ahli sunnah wal jama’ah.
(Lihat: Ibn Khalikan, Wafayat alA’yan edisi asal Jld 1, ms 625 ke atas; alHafidz azZahabi, Siyar A’lam anNubala Jld 13/ms 106)
Manhaj (Dasar) Mazhab Zahiri:
a. AQ
b. AlHadis
c. Ijma’ sahabi
d. Zahir Nas
Kitab-kitab Ibn Hazm:
a. alMuhalla
b. alFisyal fi alMilal alAhwa’ an Nihal (agama dan aliran)
c. alIhkam fi Jami’ alUsyul
Kritikan Muhaddith AlAlbani terhadap Ibn Hazm banyak sekali, tapi semuanya dalam masalah furu’ (rantingan) agama sahaja, kita bawakan contoh-contoh:
a. Paha termasuk aurat
Ibn Hazm mengatakan paha bukan aurat; Albani (Tamamul Minnah/160): paha adalah aurat
b. Lelaki yg solat dgn bahu terbuka
Ibn Hazm: solat batal dan tidak sah; Albani: solatnya sah Cuma berdosa (Tamamul Minnah/163)
c. I’tikaf
Ibn Hazm: boleh I’tikaf di semua mesjid (Muhalla: 3/428); Albani: hanya mesjid jami’ yg dibuat solat Juma’at shj (Risalah alI’tikaf/36)
d. Hukum anak susuan
Ibn Hazm: orang dewasa yg menyusui perempuan juga menjadi muhrim (10/21); Albani: hanya bayi sahaja (alIrwa alGhaleel: 7/211)
e. isteri melakukan kerja rumah
Ibn Hazm: isteri tidak wajib melakukan kerja2 rumah sedikitpun (Muhalla: 9/227); Albani: isteri wajib melakukan kerja2 rumah (Adab azZifaf/288)
f. Menyetubuhi isteri ketika Haidh
Ibn Hazm: seseorang yg menyetubuhi isterinya ketika haidh tidak wajib sedeqah/kaffarat (alMuhalla:9/236); Albani (adab azZifaf/122), wajib sedeqah satu atau setengah Dinar) * 1 Dinar = 4.25 gm emas (Jika 1 gm emas berharga RM 35, maka 1 Dinar = RM 149)
g. Azl (mengeluarkan mani di luar faraj
Ibn Hazm: Haram hukumnya (alMuhalla:9/222); Albani (Adab azZifaf/130): harus
i. Mendengar musik (nyanyian) dan alat2nya
Ibn Hazm: membolehkan; alAlbani menegah musik dan mendengar alat musik dan nyanyian (arRaddu bil Wahyaini)
Rumusan: Albani mengkritik Zahiri (Ibn Hazm) kerana Zahiri menolak Qias secara mutlak, menolak atsar Khulafa arRasyidin dan sahabat. WA Sekian