SJ - 3136 : Perbelanjaan Haji Ibubapa

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3136 : Perbelanjaan Haji Ibubapa

Assalamualaikum,
1- Adakah wajib si anak menyediakan perbelanjaan haji untuk ibubapanya terlebih dahulu sebelum untuk dirinya sendiri?

2- Bolehkah orang Islam menggunakan perabot yang pernah digunakan oleh orang kafir untuk meletakkan alat/berhala penyembahan mereka?

Re: SJ - 3135 : Perbelanjaan Haji Ibubapa

wa'alaikumussalam. Eid Mubarak

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan no:1 sdr anaksoleh dengan kadar kemampuan yg ada, Insyallah. Soalan no:2 sudah dijawab oleh Ustaz Gayat.

1. Haji merupakan salah satu rukun dari rukun-rukun Islam yang lima. Menafikan kewajipan Haji, hukumnya Kaafir. Haji hukumnya wajib apabila memenuhi syarat berkemampuan atau Al-Istithaa'ah [="#800000" size="4"](ÇáÇÓÊØÇÚÉ) sebagaimana didalam Al-Quran surah Aali Imraan ayat 97 :-

[="#ff00000" size="3"]æóáöáøóåö Úóáóì ÇáäøóÇÓö ÍöÌøõ ÇáúÈóíúÊö ãóäö ÇÓúÊóØóÇÚó Åöáóíúåö ÓóÈöíáðÇ
"dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya... "

Definisi kemampuan ini dapat kita lihat secara lebih terperinci lagi didalam Fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah didalam Kitab Haji, Umrah dan Ziarah :-

[="#0000ff" size="3"]ÇáÇÓÊØÇÚÉ ÈÇáäÓÈÉ ááÍÌ Ãä íßæä ÕÍíÍ ÇáÈÏä ¡ æÃä íãáß ãä ÇáãæÇÕáÇÊ ãÇ íÕá Èå Åáì ÈíÊ Çááå ÇáÍÑÇã ãä ØÇÆÑÉ Ãæ ÓíÇÑÉ Ãæ ÏÇÈÉ Ãæ ÃÌÑÉ Ðáß ÈÍÓÈ ÍÇáå ¡ æÃä íãáß ÒÇÏÇð íßÝíå ÐåÇÈÇð æÅíÇÈÇð ¡ Úáì Ãä íßæä Ðáß ÒÇÆÏÇð Úä äÝÞÇÊ ãä ÊáÒãå äÝÞÊå ÍÊì íÑÌÚ ãä ÍÌå æÃä íßæä ãÚ ÇáãÑÃÉ ÒæÌ Ãæ ãÍÑã áåÇ Ýí ÓÝÑåÇ ááÍÌ Ãæ ÇáÚãÑÉ .
"Kemampuan/Al-Istithaa'ah didefinasikan boleh menunaikan Haji didalam keadaan sihat badan, mesti mempunyai pengangkutan ke Baitullah Al-Haram dengan menaiki kapal terbang, atau kereta, atau binatang, boleh membayar sewa pengangkutan; mempunyai cukup bekalan (makanan) pemergian dan kembali; Mesti ada nafkah yang lebih bagi mereka yang dinafkah (yg tinggal, tidak pergi Haji) didalam tempuh sehingga dia pulang dari Hajinya; bagi wanita ia mesti ditemani oleh suami atau mahram apabila dia bermusafir untuk menunaikan Haji atau Umrah".

Jika ibu-bapa sdr atau sesiapa sahaja yang tidak mempunyai syarat kemampuan diatas, maka Haji tidaklah wajib bagi mereka.

Apakah wajib bagi seorang anak membiayai perbelanjaan Haji ibu-bapa mereka?

Syarat kemampuan itu disyaratkan keatas diri sendiri dan bukan keatas ibu-bapa atau sesiapapun. Sheikh Ibn Utsaimin didalam menjawab soalan diatas mengatakan :

[="#0000ff" size="3"]áÇ íÌÈ ¡ áÃäø ÇáÚÈÇÏÇÊ ãÔÑæØÉ ÈÇáÇÓÊØÇÚÉ ¡ æÇáÇÓÊØÇÚÉ áÇ ÊÊÃÊøì ãä ÇáÛíÑ ¡ ÝáÇ íÌÈ Úáì Ãí ãä ÇáØÑÝíä ÔíÁ Ýí åÐÇ ááÂÎÑ ¡ áßä Åä ØáÈ ÇáæÇáÏ ãä ÇáæáÏ ÇáÞÇÏÑ äÝÞÉ ÇáÍÌø ßÇäÊ ÅÌÇÈÊå ãä ÈÇÈ ÇáÈÑ ÇáãÃãæÑ Èå Ýíßæä æÇÌÈÇ ÈåÐÇ ÇáÇÚÊÈÇÑ .
"Tidak wajib, sesungguhnya syarat ibadat itu bergantung kepada kemampuannya, Kemampuan tidak boleh datang dari orang lain, Tidak wajib bagi mana-mana pihak melakukan kepada pihak yang lain, Akan tetapi jika bapa meminta anak yang mampu untuk membiayai Hajinya, maka ia diperbolehkan. Ini adalah dari bab tanggung jawab seorang anak keatas ibu-bapanya, maka dari sudut itu dilihat sebagai kewajipan".

Keutamaan anak kepada ibu-bapa dan isteri dan anak-anaknnya ialah memberi mereka makan dan minum, pakaian dan tempat berteduh mereka. Prioriti tanggung jawab utama ialah berlaku ihsan kepada kedua ibu-bapanya. Walaubagaimanapun jika anak itu merupakan anak yang berkemampuan, membiayai ibu-bapa bersama dengan beliau bagi menunaikan fardu Haji merupakan satu perkara kebajikan sangat baik. Kalau hendak disenaraikan prioriti siapa yang harus dibiayai untuk menunaikan Haji, ia adalah seperti berikuit :- Ibu, Bapa dan isteri.

Apakah Haji ibu-bapanya sah jika anak tersebut mendahulukan ibu-bapanya?

Menurut Fatwa bernombor 4765 bahawa :

[="#0000ff" size="3"]æÈÑ ÇáæÇáÏíä æÅÚÇäÊåãÇ Úáì ÃÏÇÁ ÇáæÇÌÈ ÃãÑ ãÔÑæÚ ÈÞÏÑ ÇáØÇÞÉ ¡ ÅáÇ Ãä Úáíß Ãä ÊÍÌ Úä äÝÓß ÃæáÇð ¡ Ëã ÊÚíä æÇáÏíß Åä áã íÊíÓÑ ÇáÌãÚ Èíä ÍÌ ÇáÌãíÚ ¡ æáæ ÞÏãÊ æÇáÏíß Úáì äÝÓß ÕÍ ÍÌåãÇ.
"Melakukan kebajikan kepada kedua ibu-bapa keatas sesuatu syariat yang diwajibkan adalah sesuatu yang dibenarkan jika seseorang itu mampu melakukan. Tetapi anda mesti melakukan Haji untuk diri anda dahulu, kemudian baru menolong ibu-bapa, jika sukar melakukan kedua-duanya sekali. Jika keutamaan diberikan kepada ibu-bapa keatas dirinya, Hajinya masih Sah". -[Al-Lajnah Al-Daaimah 11/70]

wallahu'alam. wassalam.
============
Rujukan :

1. [i]Fatawa Al-Lajnah Al-Daaimah LilBuhuth Al-'Alamiyah wa Al-Iftaa' - 11[/b]. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Muayyad, 2000.

خيرالأمين

Re: SJ - 3135 : Perbelanjaan Haji Ibubapa

:salam

Quote:
Soalan : 2- Bolehkah orang Islam menggunakan perabot yang pernah digunakan oleh orang kafir untuk meletakkan alat/berhala penyembahan mereka?

Jawapan al-Fadhil Tuan Haji Kamin :

Quote:
Soalan no:2 sudah dijawab oleh Ustaz Gayat.

T A M B A H A N :

Al-Fadhil Ustaz Haji Kamin tidak menjawab soalan ke-2 yang ditanya oleh Saudara anaksoleh memandangkan jawapan mengenainya telahpun dijawab oleh Ustaz Gayat . Tapi , mungkin disebabkan Ust Hj Kamin terlupa maka beliau tidak pula memberikan URL Rujukan bagi Soalan ke-2 di atas .

Saya sekadar memberikan URL bagi jawapan di atas demi memudahkan RUJUKAN dan MAKLUMAT kita semua . URL nya ialah :

SJ - 3136 : [G] Perabut Terpakai
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=21684

P/S : Sepatutnya dieja PERABOT , dan bukannya PERABUT . Ejaan yang salah menyebabkan kekeliruan para pengunjung untuk menggunakan SEARCH ENGINE / ARKIB .

" Bahasa Jiwa Bangsa " :grin: :yess

:wassalam