SJ - 3146: [Z] 100 hadis popular tetapi dhaif dan palsu

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3146: [Z] 100 hadis popular tetapi dhaif dan palsu

:salam

Soalan saya macam ni, hadis2 yang dhaif dan palsu tu memang betul2 tak ada ke? Ataupun lafaz hadis tu je yang tak betul tetapi maksud hadis tu betul, maksudnya sebagai contoh hadis no 47 berkenaan solat jemaah yang tak tertinggal satu waktu.....ila akhir...hadis tersebut dhaif dan memang popular sebab selalu gak dulu keluar kat tv3 bila time solat masuk waktu....persoalannya ialah, ada ke hadis yang kata solat tanpa tingggal takbir pertama berjemaah terlepas dari azab kubur dan sifat munafik. LAgi satu, sanad dan matan, keliru maksudnya.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: 100 hadis popular tetapi dhaif dan palsu

:salam

Utk mengetahui tentang perkara ini, kita kena dalami ulumul hadith. Dlm ulumul hadith kita akan mempelajari klasifikasi hadith mengikut darjat dan asbab kenapa dikategorikan sedemikian rupa.

Dlm hadith, terdapat ãßæäÇÊ ÇáÍÏíË yakni komponen hadith terbahagi kpd bhgn
1. ÇáÓäÏ – Al-sanad (Rantaian perawi). Cthnya: Ibn Majah -- Hisham bin Umar –baqiyyah--Sadaqah bin Khalid --Yahya bin Al-Harith Az-Zumari--Aba Asma’ -- Tsauban (Maula Rasulullah S.A.W) --Rasulullah S.A.W bersabda:
2. ÇáãÊä – Al-Matn (Tek hadith atau kandungan hadith)
3. ÇáØÑÝ – At-Tharaf (Ayat yg menyatakan samada sesuatu hadith itu menyatakan perkataan, perbuatan atau sikap rasulullah S.A.W)

Dlm pengklasifikasian hadith { ÊÞÓíãÇÊ ÇáÍÏíË}, para ulama hadith membahagikan kpd 5 wajah:
a. ãä ÃÓäÏ Çáíå Ke mana isnad itu terhenti
b. Kesinambungan isnad samada terputus ataupun tidak
c. Bilangan perawi dlm isnad
d. Dinilai melalui keadaan matan dan perawi hadith
e. Sifat2 perawi samada boleh dipercayai atau tidak dsb. Di sinilah munculnya klasifikasi sahih, hasan, dhaif atau maudhu’.

Kenapa sesebuah hadith itu dikatakan dhaif, mari kita lihat definisi hadith dhaif.

Dr Nuruddin ‘Itr dlm kitabnya Manhaj al-Naqdi:
“Sebaik-baik takrif hadith dhaif adalah : Sesuatu (hadith) yang hilang satu syarat dari beberapa syarat hadith yang maqbul (diterima).

Dan syarat-syarat hadith yang diterima (maqbul) ada enam: ‘Adil perawi, kuat hafalan rawi (walaupun tidak sempurna), bersambung sanad, ketiadaan keganjilan, ketiadaan kecacatan yang jelek dan terdapat penyokong apabila berhajat kepadanya.

Begitulah yang di jelaskan oleh Al-Buqa`ie dan Al-Suyuti dan selain mereka ……”

Jadi, kesimpulannya:
Samada hadith itu mardud atau maqbul (ditolak atau diterima) ia bergantung kpd banyak faktor, antaranya (merujuk kpd kategori sifat perawi)
1. ‘Adil perawi
2. kuat hafalan rawi (walaupun tidak sempurna)
3. bersambung sanad
4. ketiadaan keganjilan
5. ketiadaan kecacatan yang jelek
6. terdapat penyokong apabila berhajat kepadanya.

:wassalam

syawal19792002 (not verified)
Re: 100 hadis popular tetapi dhaif dan palsu

:salam

Terima kasih dengan jawapan yang diberikan. Oleh yang demikian, hadis yang dikatakan palsu tu tak boleh pakai langsung la. Bukan apa, kadang2 bila kita membaca, macam saya ni, bukannya tau tentang hadis ni dhoif ke,palsu ke dll, terus je nak beramal dan kadang2 jadi topik nak sembang. Kalau macam ni la gayanya, nak kena study kaw-kaw la bab ni. (Apsal la aku tak belajar betul2 dulu aaa?)

Lepas ni tak boleh nak sembang la pasal hadis lagi. Takut2 hadis tu palsu. Nak amal boleh kan, ngan hadis dhoif ni.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3146: [Z] 100 hadis popular tetapi dhaif dan palsu

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Ulum hadis atau Pengajian Bidang Hadis sudah semakin popular di Malaysia. Maka baik sekali jika anda mengaji sikit sebanyak bab hadis ini kerana ia sumber kedua selepas alQur:an. Mengenai ber'amal dgn Hadis2 Lemah (Dha'eef), sudah dijelaskan banyak kali dan sila browse Archive kami atau Surf SJ Agama Ulangan. WA